Aktiviti,

Parti Blogger BBQ Poolside Kemeriahan Bila Blogger Berkumpul

Sabtu, Mei 23, 2015 Mahamahu 0 Comments

Party Blogger BBQ Poolside Kemeriahan Bila Blogger Berkumpul - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sekarang memang ramai blogger di Malaysia ini tapi bagaimana blogger nak bersatu dalam satu acara yang santai dan meriah. Kali ini Maha dapat join satu parti bersama blogger2 otai dan yang berpengalaman di tepi kolam renang. 17 Mei 2015 jam 4.00petang Maha sampai di sana untuk menikmati kemeriahan parti ini.


Terima kasih kepada Sidney Kan, bukan nak bodek tau tapi ini kerana beliau berani untuk mengajurkan parti sebesar ini yang melibatkan ramai blogger seluruh Malaysia. Parti yang di panggil Blogger BBQ Poolside Party ini memang diadakan betul2 di kawasan kolam renang dan juga kawasan kondo kediaman beliau. Tak sangka bahawa beliau begitu nekad dan berani untuk buat parti mcm ni kerana ia melibatkan banyak tugas. 


Paling best lagi parti ini apabila dapat tajaan yang begitu banyak, sapa tak kenal Sidney Khan. Jadi makin meriahlah parti pada hari tersebut. Hampir semua dari makanan, kek dan aktiviti serta hadiah dan cenderamata semua adalah tajaan. Terima kasih juga kepada penaja2 seperti Zung The Photoz, Eastin Hotel, Bakarlah BBQ, GST Group, Shills, NY Steak Shack, Hei Sushi, Face Body Art by Fennie, Ellegant Jewellery Studio, Kelvin Gems dan Ballonbuzz USJ Taipan.


Banyakkan penaja parti beliau ini, sebab tu Maha nak sangat datang parti ni kerana part makanlah. Maklumlah makanan BBQ di taja oleh Bakarlah BBQ. Kalau korang tengok makanan yang Maha sempat ambil pada hari tersebut memang banyak dan kenyang sangat. BBQ yang di sediakan juga sedap dan menarik kerana ada banyak pilihan.






Lepas tu pula ada photographer international yang datang mengambil gambar2 blogger pada hari tersebut. Kalau sebut jer nama Zung The Photoz sapa tak kenal sampai luar negara beliau hasil kerja beliau di iktiraf. Memang tengok gaya beliau cukup profesional dan menarik semua hasil2 kerja. 




Bila dah ada kat pool tak sah kalau tak mandikan tapi sayang Maha tak dapat mandi sebab tak bawa baju mandi. Jadi cukup lah dapat tengok orang mandi manda dan juga dapat makan BBQ di tepi kolam renang. Kawasan ini memang luas dan meriah kerana ia sangat tenang. Untuk lah sapa yang tinggal di Opal Damansara Condo



Kanak2 pula ada bahagian meraka iaitu permainan untuk menang hadiah2 menarik. Paling best ada part lukisan muka yang di taja oleh Face Body Art By Fennie. Budak suka lah tapi yang banyak melukis ini bukan budak sahaja ibu bapa pun suka wakakaka. Kanak2 juga di beri peluang untuk membuat rantai dan gelang hasil tajaan dari Ellegant Jewellery Studio dan Kelvin Gems


So memang banyak aktiviti pada hari tersebut dan Maha ada kat parti tu sampai pukul 7.00 petang jer sebab dah kena balik ada urusan di rumah. Apa pun Maha ucapkan jutaan terima kasih buat Sidney Kan kerana sudi menjemput Maha untuk memeriahkan majlis parti ini. Memang dapat berkenalan dengan blogger2 yang baru dan yang popular pun ada hehehe. Apa pun kalau sapa2 blogger nak buat parti jemput lah Maha ok. Selamat berhibur semua.

Terima kasih kepada penaja :-
#ZungThePhotoz #EastinHotel #Bakarlah #GSTgroup #shills #NYSteakShack #HeiSushi #FannieFaceArt #EJS #KelvinGems #BalloonbuzzUSJtaipan