Kelainan Citarasa Mexico Di Vogue Cafe Renaissance Kuala Lumpur

Kelainan Citarasa Mexico Di Vogue Cafe Renaissance Kuala Lumpur - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mesti teringinkan kita kalau nak sampai ker negara America Utara seperti Mexico. Susahlah kalau bukan atas urusan rasmi atau sebab tugas untuk melancong bagi org mcm Mahamahu ni. Tapi kini tak jauh pun setelah Renaissance Kuala Lumpur bersama dengan kedutaan Mexico di Malaysia membawa kepada rakyat Malaysia hidangan terkenal dari Mexico.



Melalui Vogue Cafe mereka memperkenalkan chef terkemuka iaitu Chef Jorge Carlos Gonzalez Rangel yg menyediakan beberapa hidangan utama negara Mexico. Chef ini menawarkan pelbagai hidangan menyelerakan asli Mexico dari daerah Oaxaca di Mexico Selatan. Chef membawa bersama beliau pengalaman akan memberikan penduduk tempatan peluang untuk menikmati masakan tradisional dan kontemporari Mexico disediakan dengan bahan-bahan yang diimport dari Mexico serta sumber tempatan.




Mahamahu yg berkesempatan dalam majlis memperkenalkan makanan hidangan istimewa ini memang teruja dapat makan hidangan Mexico. Tak pernah terfikir akan makan hidangan hebat dengan rasa yg asli. Paling Mahamahu minat adalah Mole Verde iaitu sejenis makanan dari daging kambing yg di masak dengan bawang putih, Jalapenos, Tomatillos dan kacang putih. Rasa lembut dan belemak sedap.

Mole Verde
Saute Raisins Spinach

Mole Negro

Mole Amarilllo
 
White Rice

Selain itu juga antara hidangan special Mexico yg anda harus cuba adalah seperti Saute Raisins Spinach, Mole Negro dan Mole Amarilllo yg boleh di nikmati bersama nasi putih. Bagi hidangan pembuka selera pula seperti Herbasanta Dressing, Hibiscus Flower Vinagrette, Chintext Dip, Stuffed Chile Pasilla in a Cream of Goats Cheese and Nuts dan Mexican Shrimp Soup. Semua ni bila makan buat anda berasa seperti berada di negara Mexico sebenar kerana hidangan menggunakan rempah ratus dan bahan negara asal mereka.





Stuffed Chile Pasilla in a Cream of Goats Cheese and Nuts

Mexican Shrimp Soup

Menarik kat sini adalah hidangan pencuci mulut mereka yg nampak memang lain serta rasa juga lain. Sepcial hidangan pencuci mulut seperti Fiqs Tart With Reduction, Nicuatole Oaxaqueno, Pumpkin In a Mexican Brown Sugar Syrup dan juga Orange and Mousse. Semua hidangan pencuci mulut ini Mahamahu cuba memang lain sgt dan ada rasa manis serta rasa buah2 yg di guna pakai dalam hidangan ini.

Fiqs Tart With Reduction

Nicuatole Oaxaqueno

Pumpkin In a Mexican Brown Sugar Syrup

Orange and Mousse

Bagi anda yg berminat untuk mencuba hidangan Mexico ini anda boleh dtg sendiri ker Vogue Cafe Renaissance KL bermula dari 24 hingga 30 November ini sahaja. Harga yg di kenakan berpatutan iaitu RM108++ untuk seorang. Jadi ini masa anda untuk nikmati hidangan Mexico tanpa anda perlu pergi ke sana. Segala telah di bawa sendiri ke Malaysia untuk anda nikmati. 





Sebarang tempahan boleh hubungi mereka di talian 03-2716 9388 atau email rhi.kulrn.fb@renaissancehotels.com. Penting untuk anda buat tempahan awal segala harga subjek to 10% service charge and 6% service tax. Jom dtg Mahamahu dan makan anda bila lagi nak cuba makanan dari jauh ini. Selamat menjamu selera ok.








0 comment... add one now