DKayangan Steamboat,

D'Kayangan Buffet Steamboat & Grill Kemeriahan Dan Kenikmatan Ketika Makan

Jumaat, Disember 12, 2014 Mahamahu 0 Comments

D'Kayangan Buffet Steamboat & Grill Kemeriahan Dan Kenikmatan Ketika Makan - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pelbagai pilihan steamboat and grill yg terdapat di KL mahupun Selangor. Semua ada kelebihan dan kehebatan yg tersendiri begitu juga restoran steamboat yg Mahamahu nak citekan kali ini. Variasi makan yg banyak daripada makanan laut mahupun makanan darat semua ada di D'Kayangan Buffet Steamboat and Grill.




Terletak di Seksyen 13 Shah Alam berdekatan dengan Stadium Shah Alam dan juga Gaint Shah Alam. Kalau anda dah ada are sana cuma cari Acapella Servis Appartment and terletak betul kat bawah tu. Kalau guna Waze atau google maps boleh juga just ikut arahan jer. Tempat ni memang besat kerana ada khemah tambahan untuk memenuhi kehadiran org yg ramai. 


Konsep restoran ini ialah steamboat, grill atau BBQ dan masakan panas yang disediakan secara buffet. Keistimewaan disini ialah sup tomyam, sup ayam dan sos BBQ yg boleh di nikmati  bersama kambing panggang setiap hari di sediakan di sini. Mahamahu dtg sini sampai rambang mata untuk mula mana satu last makan sayur2an dulu hehehe. Kat steamboat ni kena makan slow and steady kerana nak pastikan kita makan cukup tak membazir dan tak terlalu kenyang.





Kalau korang yg suka seafood steamboat adalah paling sesuai untuk makan seafood dengan banyaknya pada harga berpatutan. Boleh pilih ketam, kerang, siput, sotong dan mcm2 lagi semua ada. Untuk grill pula semua makanan telah di perap dengan rempah ratus untuk kesedapan ketika membakar. Ada daging lembu, ayam, seafood grill pun ada untuk anda boleh panggang ikut citarasa anda sendiri.





Makanan buffet panas pun ada yg telah di masak seperti nasi goreng, spaghetti, kari ayam dan mcm2 lagi. Semua buffet ini akan di gilirkan setiap hari jadi anda akan dapat menu berbeza setiap kali dtg. Lepas makan kenyang dengan makanan berat mesti nak rest kejap dengan hidangan ringan2 kan. Kat sini ada juga makanan seperti bubur, aiskrim dan juga buah-buahan.

 

 


Last bagi pencuci mulut pula di sini ada kuih muih dan kek yg sedap dan manis. Padan dengan selera kita lah tak terlalu berat. Aiskrim lah menjadi pilihan utama untuk kanak-kanak yg dtg dengan keluarga. Boleh buat bubur aiskrim yg menjadi pilih dan kegemaran tokei restoran ini. 




Buat anda yg nak dtg bersama keluarga atau kawan2 dengan kuantiti yg ramai Mahamahu cadangkan booking itu adalah keutamaan. Ini akan memudahkan lagi untuk anda mendapat tempat tampa perlu menunggu lama sebab hari2 minggu selalu memang penuh org kata sini. D'Kayangan Buffet Steamboat and Grill ini memulakan operasi setiap hari dari pukul 5ptg hingga 2pagi. 


Pakej-pakej yang ditawarkan:-
ALL YOU CAN EAT (Set 1)
Sizziling Grill + Stimboat + Kambing Panggang + Masakan Panas + Buah +Dessert + Air Sejuk + Teh Tarik.
HargaDewasa : RM33nett sahaja
Harga Kanak2 (5-12tahun) : RM17nett sahaja 

D'KAYANGAN BUFFET STEAMBOAT & GRILL
Sri Acappella Servis Apartment Rest.
D'Kayangan,Sri Acapella Servis Appartment.
No. 1, JLN Lompat Tinggi 13/33m Seksyen 13,
40400 Shah Alam
Email : dkayangan_steamboat@yahoo.com.my
Facebook D'Kayangan Steamboat
Instagram D'Kayangan Steamboat