Baju Raya,

Tudung Cotton Turki By Wany Hasrita Mesti Dapatkan Untuk Raya Ini

Isnin, April 11, 2022 Mahamahu 19 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Siapa sini yang dah cari persiapan untuk Hari Raya. Tak kiralah cari pakaian raya ker atau juga kelengkapan lain seperti tudung. Jom kali ini Maha nak tunjukkan kepada korang semua satu lagi koleksi tudung baharu yang wajib ada dalam koleksi wanita muslimah untuk tampil lain dan menarik di hari Lebaran nanti.



Walaupun Maha tak pakai tudung tapi Maha ikut juga perkembangan dan juga trend tudung ini sebab adik Maha selalu minta tolong belikan kalau ada sahaja keluaran tudung terbaharu dipasaran. Seperti sekarang ini tengah popular dan menjadi sebutan Tudung Cotton Turki by Wany Hasrita. Makin jadi rebutan lah bila saja artis menjadi ikon kepada tudung-tudung yang terkini dan cantik.



Siapa sahaja tak kenal kepada penyanyi Wany Hasrita yang popular dengan lagu 'Menahan Rindu'. Seorang wanita yang lemah lembut dan juga sopan tetap mengenakan hijab walaupun mengikut trend terkini. Itu satu contoh yang baik kepada generasi muda kita yang mula nak berjinak-jinak dengan memakai hijab. Kini melalui BidadariHouse mengeluarkan tudung terbaharu Wany Hasrita yang telah boleh didapati sejak 7 April 2022 yang lalu. 

Bidadarihouse merupakan pembekal utama tudung labuh Plain di Malaysia. Kepakaran mereka ialah menyediakan pelbagai pilihan warna tudung untuk memudahkan kita semua membuat pilihan yang bijak supaya imej dan penampilan terjaga dan cantik dan tetap patuh syariah. Mesti ramai yang nak kelihatan cantik dan ayu, Bidadarihouse tampilkan material terbaik dan berkualiti dari Turki supaya selesa dipakai sepanjang hari.

Tudung Cotton Turki by Wany Hasrita


Tahun ini mereka memperkenalkan Tudung Cotton Turki by Wany Hasrita untuk Raya 2022. Koleksi Tudung Cotton Turki by Wany Hasrita ini diilhamkan dengan corak jenis terkini dan exclusive serta menggunakan kain kapas yang diimport terus dari Turki. Kalau korang nak tengok corak yang Maha maksudkan jom kita tengok satu per satu Maha listkan kat bawah ini :

1) Bursa Blossom





Diinspirasikan dari keindahan bunga mawar musim bunga Turki, ia membawakan perincian rumit pemandangan musim bunga yang indah. Diperbuat daripada Kapas Kilima, kapas bercetak istimewa ini pastinya merupakan tudung yang paling selesa di dunia! Bagi mereka yang telah menjadi peminat tegar, ini adalah berita baik kerana warna baharu telah dipilih sendiri untuk memenuhi keperluan wanita Malaysia. 

2) Enes Luxs





ENES LUXS mewakili cinta yang mewah. Itulah ilham yang dilakar pada tudung ini betapa untuk memastikan reka bentuk akhir ini membuatkan kita semua jatuh cinta dengannya. Juga diperbuat daripada Kapas Kilima, kapas bercetak istimewa ini pastinya merupakan tudung yang paling selesa. Mungkin anda juga akan jatuh cinta pandang pertama dengan corak tudung ini. 

3) Marmaris Bold





Ringan dan riang, cetakan Marmaris Bold membawakan warna Mediterranean yang diilhamkan oleh Marmaris merupakan sebuah daerah kecil di Wilayah Mugla, Turki yang sangat ceria dan indah. Peringatan halus kepada semua untuk menghargai apa yang kita miliki sebelum ia hilang, dan lambang keamanan dan ketenangan yang diberikan oleh alam semula jadi kepada kita.

4) Istanbul Spring





Diinspirasikan oleh blossoms bunga semasa musim berbunga di Istanbul. Kalau musim bunga di Istanbul kita dapat lihat bagaikan taman bunga menutupi sekitarnya yang penuh warna-warni dan flora yang cantik. Juga diperbuat daripada Kapas Kilima, kapas bercetak istimewa yang exclusive dengan corak flora menjadi jati diri wanita yang lemah lembut.

5) Izmir Vintage





Ä°zmir mempunyai lebih 3000 tahun kisah sejarah sebuah bandar yang direkodkan dan sehingga 8500 tahun sejarah sebagai penempatan manusia sejak zaman Neolitik. Oleh itu, ia membawa kembali intipati klasik dalam reka bentuk tudung ini untuk mewakili Turki lama. 

Kelebihan Tudung Turki Cotton Raya 2022 dari BidadariHouse 


Bagi koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022 ditawarkan kali ini ada 30 jenis rekaan plain (kosong) dan 5 jenis bercorak (terdapat 6 warna untuk setiap rekaan tudung bercorak). Tudung yang sememangnya sangat berkualiti, cantik terletak jika dipakai. Rentetan daripada koleksi tudung ini menggunakan fabrik cotton istimewa yang dibawa khas daripada negara Turki itu sendiri.





Terdapat bidang 50' dan 55' sekaligus memberi kelebihan kepada wanita untuk memilih saiz yang mana mereka lebih gemari. Ini terutama bagi mereka yang ingin memakai tudung yang lebih labuh ataupun memilih mengikut keselesaan serta kesesuaian mengikut saiz badan. Tudung Turki Cotton Raya 2022 ini juga ditawarkan pada harga cukup berpatutan iaitu bermula RM89 untuk setiap satu.




Dengan setiap pembelian sehelai tudng dari koleksi Enes Luxs, Istanbul Spring dan Izmir Vintage anda diberikan hadiah istitimewa iaitu Ziplock bag dan juga 5 keping sampul raya esklusif Bidadari House. Lebih berbaloi lagi jika anda membeli 3 tudung dengan hanya RM229, anda akan menadapat 1 lagi tudung PERCUMA serta kotak raya esklusif Wany Hasrita, 3 sampul duit raya esklusif, 5 sampul duit raya Bidadari House dan penghantaran PERCUMA. 



Untuk Marmaris Bold dan Bursa Blossom pun terdapat promo kombo juga. Dapatlah jimat bila buat belian kombo ini. Boleh dapat sampul raya dan exclusive raya box tau dan free shipping lagi. 



Istimewa untuk Tudung Turki Cotton Raya 2022 korang boleh dapatkan diskaun RM10 untuk setiap pembelian dengan mengisi maklumat di sini https://www.bdr.house/BHRM10Raya. Juga bagi yang ingin mendapatkan koleksi Tudung Turki Cotton Raya 2022, boleh layari https://www.bidadarihouse.com atau pergi beli di Shopee Malaysia dengan cari Bidadarihouse.

Maklumat lanjut atau juga nak beli di kedai mereka boleh terus ke alamat :
58-3, Petaling Utama Avenue, Jalan PJS 1/50, 46150 Petaling Jaya, Selangor.



#TudungCottonTurkibyWanyHasrita #TudungCottonTurki #WanyHasrita #Raya2022









19 ulasan:

  1. Design Istanbul tu kita suka betul Maha.. cantikk, betul ala Turki kannn.. memang nak beli selai huat pakai tukar masa raya nanti..

    BalasPadam
  2. Personally Sally suka koleksi Enes Luxs tu...warna soft, corak pun tak berat sgt...eee...rasa nak beli semua warna :)

    BalasPadam
  3. Cantik betul la corak floral Bursa Blossom tu. Sis memang suka corak floral ni. Nampak feminin je kalau pakai. Ken tengok la mana tau kot ada yang berkenan.

    BalasPadam
  4. Halah halah cantik and soft betul design cotton turki dia cair sangat yaya tengok. Nak kena grab juga ni hee

    BalasPadam
  5. Rawlins suka sangat dengan design dan warna dia nie. Siap beli untuk hadiahkan kat kawan hehe

    BalasPadam
  6. So so pretty & lovely the scaft design, I'm gonna check out to buy as Raya gift for my Muslim buddy :) thanks for this. Cheers Siennylovesdrawing

    BalasPadam
  7. Berbaloi grab kombo tu. Suka corak Enes Luxs , eksklusif sungguh

    BalasPadam
  8. Memang cantik pun koleksi tudung Wany Hasrita nie kan. Kak Sue paling suka yang Istanbul tu..

    BalasPadam
  9. Wany Hasrita is such a fashion icon and hijabista! Love her styles! Cantik2 design tudung2 nie sumer. Semoga bergaya sakan.

    BalasPadam
  10. Nampak cantik mungkin sebab Wany Hasrita yang pakai, haha, apapun design nampak sopan dan cantik. Good.

    BalasPadam
  11. Tahun ni banyak keluaran bawal... Agknya ramai x yg raya dgn bawal hehe.. Cantik suka bawal turki cotton ni

    BalasPadam
  12. letops tai design dr koleksi wany haarita.. semua vantik2.. rambang mata memilih

    BalasPadam
  13. Cantik betul design2 tudung from this brand ya! Nampak sgt classy, lembut dan confirm selesa kan ! Harga pun sgt berpatutan dan mampu milik!

    BalasPadam
  14. not only are the designs are feminine and beautiful, but the prices are so affordable too. this is the perfect raya gift!

    BalasPadam
  15. Lawa2 tudung dia, berkenan pulak. Tudung Cotton Turki by Wany Hasrita ni pun cantik jgk

    BalasPadam
  16. Wah cantiknya design dia, nampak lembut dan eksklusif. Makin banyak beli makin murah pulak. Sesuai untuk hari raya ni

    BalasPadam
  17. CANTIK DESIGN DIA...Tahniah Bidadari House dan Wany Hasrita Untuk koleksi pertama Tudung Turki Cotton Raya 2022.

    BalasPadam
  18. Cantik sangat design² dia..nanti nak beli lagi Istanbul dengan Izmir tu..suka sangat design yang kemas gitu..

    BalasPadam
  19. Agak2 kalau kite pakai nampak macam Wany Hasrita tak?? hehe.. geram la tengok. semua cantik2

    BalasPadam