Ayam Goreng,

Crispy Crust Kerangupan Daging Ayam Tiada Tandingan Di Bandar Sunway

Sabtu, Disember 13, 2014 Mahamahu 0 Comments

Crispy Crust Kerangupan Daging Ayam Tiada Tandingan Di Bandar Sunway - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Terbaru di Bandar Sunway kalau sapa2 yg berada berhampiran atau mereka yg nak cuba satu lagi restoran baru di sana. Mahamahu telah pergi atas jemputan untuk menikmati hidangan baru di Restoran Crispy Crust



Memang cukup dekat dengan jajahan Sunway kalau student Kolej Sunway memang sebelah sahaja dan bagi student Kolej Monash berhadapan denganya sahaja. Kat situ pun tgh buat kemudahan BRT (Bus Rapid Transit) yg menyediakan laluan khas untuk bas sahaja dan station bas di atas. Nak tgk kena tunggu siap nanti lagi mudah untuk org kat area Subang nak bergerak. Tapi bukan tu yg Mahamahu nak cite yg penting sekarang kat sana ada tempat makan baru dan menarik Crispy Crust. 




Crispy Crust ini berkonsepkan santai dan relax sambil menikmati kerangupan dan kelazatan ayan goreng rangup. Keutamaan meraka adalah ayam goreng yg rangup dengan rempah ratus tersendiri. Menurut kata pemilik semua bahan di hasilkan sendiri daripada tepung sehinggalah ke perapan ayam untuk memastikan keaslian dah kelainan rasa. Teruja sgt Mahamahu bila dgr bahawa semua di hasilkan dan di jaga sendiri oleh pemilik jadi time untuk merasa. 




Pertama sekali Mahamahu rasa adalah Grilled Chicken Sandwich dan Big Sandwich. Kedua2 hidangan ini adalah dua kali ganda daripada sandwich biasa. Ini kerena ayam di di gunakan cukup besar dengan salad segar dan juga sos special di dalamnya. Kalau korang dtg makan breakfast memang akan kenyang sampai petang tak tipu. Roti yg di guna pakai juga masih segar dan rangup walaupun dah di gabung dengan sos dan salad yg lembab. Itu adalah kehebatan sandwich kat sini sekali makan sudah kenyang.

Grilled Chicken Sandwich

Big Sandwich

Kemudian kalau untuk makan tghari kat sini banyak pilihan untuk anda. Mahamahu sendiri tak tahu mana nak pilih nak makan dengan nasi ker, spaghetti, atau dengan french fries, dan hot dog. Korang boleh tgk sendiri menu yg boleh di reka sendiri oleh anda. Jadi guna kan imaginasi nafsu makanan anda untuk menikmati kehebatan hidangan makan tghari. 


Fried Chicken with Rice and Sausage

Kalau nak yg set pun dah ada semua tersedia memudahkan dan mencepatkan waktu makan anda. Nak bungkus atau dinning mana2 terpulang sama sahaja harga dan saiz. Kalau cadangan Mahamahu untuk lunch kat sini pilih Grill Chicken Chop with Sausage and French Fries dan juga Double Layer Chicken Chop Spaghetti. Untuk hidangan beramai-ramai atau dtg berkumpulan korang boleh pilih hidangan Platter yg boleh di makan untuk 4 org. Kat sini paling best makan dengan Chili Sauce yg di reka sendiri oleh mereka baru tahu uhmppp ker tidak.

Grilled Chicken, Salmon Grilled with Sausage and French Fries

Spaghetti with Fried Chicken and Sausage
 

Contoh Hidangan Platter
 

Semua makanan kat Crispy Crust segar dan rangup di sediakan bila ada tempahan sahaja untuk menjaga kualiti. Sampai begitu sekali sebab tu dtg sini ada system nombor di mana anda dtg ambil order, bayar dan ambil nombor. Nanti dah siap masakan nombor di panggil ambil makanan dan boleh makan. Anda rasa puasa hati boleh komen kat Facebook dan juga ambil gambar sebanyak mungkin dan tag Instagram mereka. Mcm yg Mahamahu buat. So selamat menjamu selera dan selamat makan.

CRISPY CRUST
Alamat : No 39, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 46100 Petaling Jaya, Malaysia