Bubur ChaCha,

Dapur Mahamahu Cha Cha + Nangka Madu = Bubur Cha Nang

Khamis, November 06, 2014 Mahamahu 0 Comments

Dapur Mahamahu Cha Cha + Nangka Madu = Bubur Cha Nang - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Lama dah mengidam nak buat bubur yg mudah dan sedap. Mahamahu suka lak makan bubur Cha Cha. So hari ni kita belajar buat Bubur Cha Nang iaitu bubur Cha Cha di campur dengan Nangka Madu.


Saja nak buat lain daripada lain so Mahamahu tambah Nangka madu sebab buah nangka ni manis jadi akan menambah kemanisan dalam bubur ini nanti. So mcm biasa kita tgk apa bahan2 yg di perlukan mudah jer boleh dapat kat sekeliling kita. Mahamahu gunakan Sago, Gula Melaka, Daun Pandan, Gula putih, air kosong, Santan Kelapa sebab tak ada santan segar Mahamahu guna santan kotak jenama Rasaku. Yg penting mesti kena ada bahan ChaCha dan juga Nangka Madu.


Pertama sekali kita kena basuh dan rendamkan bahan ChaCha supaya bersih dan lembut. Lepastu rebus sekejap dalam 10 minit untuk pastikan ChaCha tu betul2 lembut dan toskan air untuk dapat ChaCha nya sahaja. Kemudiah basuh pula Sago dan buat sama mcm ChaCha tadi rebus sekejap ajar tidak terlalu hancur.


Lepas tu baru boleh start memasak dengan memanaskan periuk di atas api tuangkan air kosong bersama gula melaka dan gula putih tadi. Pastikan bahan tu cair sekata sebelum masukan santan bersama daun pandan yg telah di simpul. Sambil2 tu kena selalu kacau santan supaya tak beketul dan lepas sedikit mendidih masukan Nangka Madu tadi dan terus gaul. Kemudian baru masuk bahan ChaCha dan gaulkan perlahan. Akhir sekali masukan Sago untuk pastikan ia tidak terlalu hancur gaulkan dengan perlahan-lahan.



Bila semua dan sedikit pekat baru boleh di angkat dan dihidangkan di dalam mangkuk. Pastikan masak sehingga kuah sdikit perkat jgn terover pekat tak berapa nice lak hehehe. Nak hidangn boleh di makan secara panas atau suam2. Kalau nak nikmat sikit boleh masukan ais batu untuk makan sejuk boleh juga sedap. So sapa2 nak cuba Bubur Cha Nang Mahamahu ni boleh try ok kat rumah mudah dan cepat. Selamat mencuba..


Dapatkan resepi ini di sini juga LetsMasak.com






0 Pandangan: