Ayam Penyet,

Perkena Kopi Di Kopi O Coner Dulu

Khamis, Oktober 30, 2014 Mahamahu 0 Comments

Perkena Kopi Di Kopi O Coner Dulu - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Post yg lepas Mahamahu ada cite pasal Taman Orkid kan kalau pada yg tak sempat baca boleh tgk kat sini [klik sini]. Tu baru tempat pertama Mahamahu singgah dalam rangka lawatan ke Kuching. Dah penat jalan masa untuk menghilangkan lapa dan dahaga lah pulak. Jom kita soru dulu di Restoran Kopi O Coner Kuching.


Ni restoran pertama Mahamahu makan di bandar Kuching ini, kat org kat Kuching mesti kena cuba makan popular mereka. Tapi Mahamahu baru sampai tak berpeluang lagi untuk cuba Mee Kolok, Lasak Sarawak atau Manok Pansoh. Hari pertama ini Mahamahu makan yg biasa2 jer tapi yg sedapnya juga sini Ayam Penyeknya.





Petang tu Mahamahu makan nasi campur sahaja dan keluarga lain makan Ayam Penyek. Sambil tu perkena air buah layan petang2 yg panas. Tapi masa Mahamahu sampai sana Kuching dalam keadaan mendung dan kadang kala hujan. 



Restoran ni memang luas dan cantik ramai org dtg makan tghari dan ada juga sarapan pagi. Ayam Penyek kat sini di gunakan ayam bakar bukan ayam goreng. Sedap juga ayam bakar kat sini layan lah. Kalau anda dtg kat Kuching tak tahu mana nak cari makan kat sini pun ok boleh cuba. Ada juga stall jual Mee Kolok dan Laksa Sarawak kat dalam restoran ni. Selamat menjamu selera ok lepas ni kita jalan2 lagi kat Kuching yer.