Bulan Bahasa Kebangsaan,

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 Peringkat Wilayah Persekutuan KL

Selasa, Oktober 14, 2014 Mahamahu 0 Comments

Majlis Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 Peringkat Wilayah Persekutuan KL - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Bahasa lambang bangsa bahasa pencipta kejayaan kepada bangsanya. Siapa lagi kalau bukan kita yg mencintai bahasa kita. Tiba2 pula Mahamahu begitu patriotik dan berjiwa cintakan negara hehehe. Bersempena denga pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan 2014 peringkat Wilayah Persekutuan KL baru2 ini di Auditorium DBKL.



Bulan Bahasa Kebangsaan atau BBK merupakan acara tahunan negara bagi memperkasakan bahasa kebangsaan. Kempen ini telah bermula sejak dekad 60-an sehingga ke tahun ini pasti banyak program telah di laksanakan dalam memenuhi bulan bahasa ini. Di antara program yg telah di anjurkan oleh pihak kerajaan seperti pameran dan jualan buku2 bahasa melayu, pertandingan mencipta karangan, pertandingan pidato dan nyanyian lagu bahasa Melayu dan berbagai lagi.

YBhg. Encik Kamarul Zaman Bin Shaharudin

YBhg. Datuk Seri Haji Ahmad Phesal Taib

Pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan peringkat wilayah telah di rasmikan oleh YBhg. Datuk Seri Haji Ahmad Phesal Taib iaitu selaku Datuk Bandar Kuala Lumpur. Menurut ucapan beliau pada mlm tersebut menyentuh tentang "Penggunaan bahasa Melayu mungkin lebih menyerlah jika setiap warga negara memahami dan mengambil perhatian mengenai tanggungjawab asasnya terhadap negara dengan memberi perhatian yang tidak berbelah bahagi terhadap penggunaan bahasa kebangsaan".

Acara Penyerahan Watikah Ikrar

Acara Penyerahan Cenderamata

Tema bagi Bulan Bahasa Kebangsaan adalah "1 Bahasa 1 Bangsa 1 Negara" bersesuaian dengan kita sebuah negara berbilang kaum, bangsa dan agama di bawah satu bumbung. Dalam acara tersebut juga semua hadirin bersama tetamu VIP telah menyampaikan ikrar taat setia dalam memartabatkan bahasa kebangsaan. Mahamahu rasa memang sangat penting bulan bahasa ini kerana ia akan menjadikan bahasa Melayu itu terus bergema sehingga peringkat dunia. Selama menyambut  Bulan Bahasa Kebangsaan 2014.


*Gambr dari www.dikbee.com