Gym,

Lelaki Spornoseksual Di Malaysia

Selasa, Ogos 12, 2014 Mahamahu 0 Comments

Lelaki Spornoseksual Di Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Perkataan baru yg kini telah menjadi fenomena bukan sahaja di luar negara malah di Malaysia sendiri. "Spornoseksual" adalah gabungan dua perkataan Sport dan juga Porno yg telah di tulis oleh seorang wartawan Britain Mark Simpson.

Spornoseksual adalah satu perkataan yg menjurus kepada lelaki yang lebih suka kepada arah kesihatan badan dan menonjolkan akan kelebihan tubuh badan yg mereka ada. Terus terang kata ia adalah perkataan untuk lelaki yg membuat badan dan juga begitu kemaruk untuk menayang tubuh mereka di dalam media sosial.

Gambar Sekadar Hiasan

Mahamahu tgk pun sejak 2 3 tahun yg mendatang ini pekermbangan lelaki untuk lebih menjaga kesihatan dan rupa tubuh badan cantik alah begitu tinggi. Boleh lihat sejak kebelakangan ini penubuhan pusat kesihatan atau gym byk bekembang di negara kita. Jumlah pengunjung yg dtg ke gym juga meningkat dan malah tidak kurang yg buat sendiri di rumah. Ini adalah satu fenomena baik dan satu petanda sihat tentang keperihatinan rakyat Malaysia menjaga kesihatan.

Tapi lebih dasyat lagi menurut artikel yg di tulis dalam akhbar Kosmo semalam menyatakan kebanyakan "lelaki Spornoseksual menyebarkan fahaman lelaki tidak memerlukan kebijaksanaan sebaliknya tubuh badan yang kekar". Betul ker itu atau memang itu yg cuba di tonjolkan oleh lelaki yg menjaga badan ini? Mahamahu tiada jawapan untuk persoalan ini dan anda sahaja yg tahu tentang diri anda.

Apa pun yg anda buat atau lelaki Spornoseksual sekarang cuba lakukan biar ada batasan dan juga adab budaya ketimuran negara kita. Mungkin fenomena Spornoseksual ini ada keburukan yg kadang2 kita tak tahu akan belaku, dimana mungkin ada org menyalah gunakan pic yg anda kongsikan itu untuk tujuan jahat. Satu lagi mungkin dalam photo yg anda share itu juga anda tidak tahu ada pekara yg tidak sepatutnya di tayangkan kepada umum atau tidak. Cuma mereka yg pakar boleh menjawab tentang perakara ini.