Buffet Ramadhan,

Pak John Steamboat & Yong Tau Foo Ramadhan Buffet

Jumaat, Jun 06, 2014 Mahamahu 0 Comments

Pak John Steamboat & Yong Tau Foo Ramadhan Buffet - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ni satu lagi buffer Ramadhan yg Mahamahu nak perkealkan kepada semua. Ni lain sikit daripada yg lain kerana ia bertemakan Steamboat & Yong Tau Foo. Bertempat di eCurve Mutiara Damansara nama restoran ni Pak John Steamboat & Yong Tau Foo kawasan luas dan boleh muat ramai org dalam satu-satu masa.


Pak John Steamboat & Yong Tau Foo menyediakan buffet Ramadhan pada harga RM39++ merangkumi lebih daripada 100 jenis makanan buffet dan steamboat. Special untuk Ramadhan ini mereka sediakan hidangan buffet masakan Melayu. Kat sinilah boleh dapatnya Rendang Daging dan juga Rendang Ayam dan Chicken Wing Coke. Tiga hidangan ini hanya ada pada buffet Ramadhan di Pak John Steamboat & Yong Tau Foo. 

Rendang Ayam

Rendang Daging

Chicken Wing Coke

Mahamahu sempat cuba juga hidangan lain yg di sediakan khas untuk buffet Ramadhan sahaja di sini, antaranya Nasi Tomato, Bubur Ramdhan, Tempura Sayur dan Pulut Bersama Sambal XO. Ini cukup special yg ada khas bagi tetamu yg booking untuk buffet Ramadhan ini nanti. 

Nasi Tomato

Bubur Ramdhan

Pulut Bersama Sambal XO

Tempura Sayur

Paling special ada satu hidangan masakan chines tapi telah di garap untuk mendapatkan rasa khas sempena Ramadhan nanti iaitu Dim Sum Seafood. Kalau tgk pada rupanya memang cukup menarik dan comel jer dengan warna yg terang membuka selera untuk di nikmati. Boleh di jadikan starter bila nak buka puasa nanti selepas makan kurma dan minum air. Dalam Dim Sum ini ada inti yg tak pernah org buat iaitu telur ikan sedap juga.

Dim Sum Seafood

Selain itu juga makanan steamboat yg selalu ada di Pak John Steamboat & Yong Tau Foo juga di sediakan untuk mereka yg dtg buffet Ramadhan nanti. Boleh makan sampai kenyang lah semua makanan yg ada di situ nanti. Lagi special di steamboat ini adalah sup yg di sediakan bukan calang2 calang sup seperti mana tempat lain. Di sini ada 6 jenis sup yg anda boleh pilih iaitu paling popular Sup Daging, Sup Ayam, Tomyam Sup, Kari Sup, Miso Sup dan satu lagi sup baru iaitu Sup Udang.


 


Memang special mcm2 jenis bahan2 steamboat yg segar dan juga penuh perisa di rebus dalam sup2 yg berbagai perisa ini menjadikan makanan steamboat ini special sgt. Yg lagi extra kat sini bukan sahaja ada steamboat tetapi ada grill. Susahkan nak cari tempat steamboat dengan grill beberapa jer kat Malaysia ni. 







Paling popular kat Pak John Steamboat & Yong Tau Foo ini adalah grill daging yg telah di perap dengan rempah ratus sungguh enak dan segar. Pulak tu di cicah dengan sos2 yg enak dan penuh rasa masam, pedas dan manis. Kat sini ada 4 jenis sos yg popular untuk di makan bersama steamboat dan grill iaitu Sambal Belacan, Sos Hijau, Sos Tau Foo dan juga Sos Pedas


Bila dah puas makan steamboat dan grill tiba masa nak nikmati dessert yg ada di Pak John Steamboat & Yong Tau Foo. Dessert ni lagi mcm2 ada nak yg sejuk atau panas semua ada. Yg sejuk semestinya home made aiskrim dan juga ais krim potong. Special tu aiskrim kat sini ada banyak perisa buah-buahan. Selain aiskrim ada juga puding dengan pelbagai warna dan perisa.


Untuk dessert panas pula boleh makan Waffer yg di masak panas2 oleh chef di sana. Boleh pilih nak selek kan dengan jem atau apa2 sahaja perisa. Kalau nak panas lagi ada juga jagung manis yg di sediakan panas2 boleh buat banyak2. So apa lagi tunggu mcm2 makanan yg ada kat Pak John Steamboat & Yong Tau Foo Mahamahu pun dah rambang mata mana nak makan.






Selain cawangan di eCurve ada satu lagi cawangan Pak John Steamboat & Yong Tau Foo iaitu di Wangsa Walk. Sama jer sana pun ada menghidangkan buffet Ramadhan sama seperti mana yg Mahamahu telah cite tadi. Mulanya buffet Ramadhan ini pada 28 Jun 2014 hingga habis sebulan puasa iaitu 28 July 2014. Jadi jgn lepaskan peluang booking untuk buffet Ramadhan anda nanti ok. Maklumat lanjut boleh di dapati dari laman di bawah.

Waktu operasi : 10.00 pagi - 11.00 malam
Laman web : http://www.pakjohn.com/index.html 
Tel : 03-7733 3913 / 018-386 3139