Cadbury,

Cadbury Harus Di Ambil Tindakan Lebih Tegas

Ahad, Mei 25, 2014 Mahamahu 0 Comments

Cadbury Harus Di Ambil Tindakan Lebih Tegas - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Setelah kecoh di laman social tentang penyebaran satu laporan analisis tentang product Cadbury yg di katakan mengandungi DNA Babi kini kisah itu telah di ambil serius oleh pihak yg berwajib. Tetapi persoalannya adakah tindakan di ambil selepas penyebaran siasatan itu di laman social? Adakah memang perlu penyebaran lebih banyak lagi siasatan, baru pihak berwajib ambil tindakan?

Entah tak tahu di mana silapnya tapi Mahamahu tak nak salahkan sapa2. Cuma Mahamahu begitu terkejut setelah beberapa hari tak mengikuti sgt tentang isu semasa dan berita, tiba2 timbul isu DNA Babi lagi. Itu pun Mahamahu dapat tahu dari laman social juga, memang begitu kuat sekali pengaruh media social kepada masyarakat kita. Knp media lain tidak ada tindakan yg begitu agresif untuk isu2 seperti ini?


Mahamahu sangat tekejut dan rasa sngat2 tak wajar tentang sebuah industri besar yang memang cukup lengkap alatan teknlogi tinggi boleh buat mcm ni pada pengeluarannya. Cadbury Malaysia seharusnya di ambil tindakan lebih tegas kerana mereka telahpun memiliki sijil Halal tetapi tetap masih menggunakan bahan2 yg tidak halal. Seolah-olah memang saja mencabar perundangan halal daripada Jakim kerana mereka tahu tindakan yg di kenakan tidak begitu berat kepada mereka.

Mahamahu setuju sangat dengan pandangan dan pendapat daripada Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan (sila rujuk laporan berita Awani) di mana semua produk daripada pengeluaran kilang yang mana coklatnya tercemar DNA Babi harus di tarik balik, bukan dua jeni product sahaja. Ini kerana DNA Babi yg terdapat pada dua jenis product Cadbury itu bukan lah di suntik atau saja2 di masukkan ke dalam dua product itu. Tapi penghasilan product coklat Cadbury adalah secara pukal dan banyak dalam satu masa. 

Maka lebih bagus semua product yg di keluarkan daripada kilang tersebut hendak di tarik balik status halal dan juga productnya. Kalau tidak pun kita sebagai umat Islam tidak boleh was-was, sekiranya ada rasa was-was maka lebih baik tidak ambil atau tidak makan satu pun product daripada keluaran kilang tersebut. Bukan nak boikot tapi nak elak daripada tersalah makan akibat DNA Babi dalam produk keluaran Cadbury tersebut.

Mahamahu bukan cakap atas dasar boikot tapi kenyataan yg telah di keluarkan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga Jabatan Kemajuan Islam Malaysia melalui kenytaan media mereka (sila rujuk laman facebook KKM dan JAKIM untuk kenyataan media lengkap). Maka ia adalah benar dan yakin benar bahawa tiada lagi was-was. Cadbury seharusnya mengeluarkan kenyataan untuk memohon maaf kepada pengguna Islam di Malaysia dan juga seharusnya menarik balik atau memberhentikan pengeluaran daripada kilang tersebut sehingga siasatan tentang pencemaran DNA Babi terhadap product Cadbury selesai.

Sedih sangat sebab Mahamahu percaya 100% kepada JAKIM tapi bila ada sebaran dalam media social baru nak gantung sijil halal yg di berikan kepada produk Cadbury. Maksudnya semakan atau prosedure SOP yg di lakukan oleh pihak JAKIM dalam kes ini tidak begitu bekesan sehinggakan contoh yg di guna untuk analisis lanjut oleh KKM mendapati masih ada bahan terlarang dalam prodcut Cadbury. Habis lepas ni sapa lagi yg Mahamahu nak percaya untuk dapatkan makanan halal? Kena masak sendirilah lepas ni baru kita yakin halal.

Apa pun Mahamahu harap ada tindakan lebih tegas terdap pengusaha yg cuai seperti ini kerana ini kes yg dapat di kesan kita tak tahu lagi berapa banyak kes yg tidak dapat di kesan. Jgnlah kita terantuk baru nak terngadah kan. Ambil iktibar pada mana2 kes yg telah berlaku agar kita lebih prihatin pada semua pihak.