Anugerah,

Anugerah Makanan 2014 Buat Pertama Kali Di Malaysia

Khamis, Mei 08, 2014 Mahamahu 0 Comments

Anugerah Makanan 2014 Buat Pertama Kali Di Malaysia - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu pun terkejut bila tahu bahawa ada satu anugerah yang menghargai makanan2 terbaik di Malaysia. Anugerah ini dari sebuah applikasi yg di bangunkan oleh OpenRice Malaysia dan juga kerjasama antara SAYS Malaysia. Applikasi yang di beri nama OpenSnap dimana rakyat Malaysia suka makan dan suka ambil gambar makanan. Oleh itu mereka adalah penyumbang utama kepada Anugerah Makanan 2014 ini.


Mahamahu mula2 pun agak confuse mcm mana menentukan makanan terbaik di Malaysia melalui apps ini. Rupanya undian pembaca dan pengguna apps OpenSnap ini yg akan menentukan makanan terbaik melalui undian mereka. Mcm mana pula nak sertai award ini dan nak antar penyertaan, caranya mudah saja tak perlu borang cuma ikut step yang Mahamahu sediakan ini ok.


1) Muaturun applikasi OpenSnap daripada iOS atau Android anda
2) Ambil gambar dan upload gambar makanan kegemaraan anda itu dengan #SAYSFoodAwards
3) Undi dengan klik "Liking" makanan kegemaran anda dalam applikasi OpenSnap dan juga minta kawn anda untuk 'like' gambar makanan anda.
4) Anda berpeluang untuk menang RM500 untuk undian tertinggi.


Mudah sahajakan caranya tak percaya lak Mahamahu bahawa sekarang dah ada Anugerah Makanan 2014 untuk semua jenis makanan tersedap di Malaysia. Kita sebagai peminat makanan ni lah masa untuk pilih dan undi makanan kegemaran kita. Ada 3 kategori makanan yang di pertandingkan iaitu Malaysian, Dessert dan Others.


Dalam setiap kategori banyak pulak jenis makanan yg boleh di calonkan, anda yg suka selfie dan ambil gambar dengan makanan memang layak untuk sertai. Tapi bagi Mahamahu ini adalah peluang paling bagus untuk pengusaha tempat makan bagi mempromosi makanan kegemaran pelanggan mereka. Jadi tak salah kalau pemilik restoran nak calonkan makanan yang ada di restoran mereka betul tak. 

Mai mai kita meriahkan lagi Anugerah Makanan 2014, pertandingan ini berlangsung dari 5 Mei 2014 sehinggalah 5 Jun 2014. Tak lama jer tempoh kejap jer dan nak habis cepat sementara masih buka. Mahamahu dah muaturun OpenSnap apps ni maklumlah memang seorang yang suka ambil gambar makanan. Nanti jgn lupa untuk vote gambar makanan Mahamahu, mcm gambar satay kat atas ni ada logo MM tu Mahamahu punya gambar lah ok. Selamat mengundi......