Bunga,

FLORIA Putrajaya 2014 Kini Kembali Lebih Segar dan Lebih Bunga

Isnin, April 14, 2014 Mahamahu 0 Comments

FLORIA Putrajaya 2014 Kini Kembali Lebih Segar dan Lebih Bunga - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tahun ini pada tanggal 14 Jun 2014 hingga 22 Jun 2014 bakal berlangsung festival bunga terbesar di Malaysia. Bagi penganjuran ke 7, Floria Putrajaya 2014 tahun ini lebih segar dan lebih bunga. Ini kerana tahun ini temanya adalah "Mesmerizing Colours" iaitu menggabungkan berbagai spesies bunga daripada iklim lembap subtropika dan tropika di taman-taman yang direka khas. 


Perbadanan Putrajaya (PPj) masih menjadi tuan rumah dengan menyediakan ruang pameran lebih besar dan luas untuk memuatkan lebih penglibatan luar dan dalam negara. Lebih daripada 80 taman luar yg di reka khas oleh agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat, sektor swasta, persatuan-persatuan,  penanam, universiti dan sekolah menengah dan rendah di seluruh Malaysia dan antarabangsa. 


Mahamahu pernah pergi FLORIA Putrajaya dan memang cukup memukau mata memandang dengan bunga2 yg cantik2 dan rekaan yg begitu menarik, memberI ketenangan dan idea kepada pelawat seperti Mahamahu ni. Menurut penganjur FLORIA Putrajaya 2014 tahun ini lebih hebat lagi dengan penekanan kepada rekaan2 Taman Perkahwinan, Taman Bandar, Pereka Taman, Taman Fantasi, Taman Futuristik, Taman Begonia, Royal Garden, Tea Party Garden, Inovasi dan Taman Pavilion Dalaman. Wow lebih hebat FLORIA Putrajaya 2014 ni rugi sangat kalau sapa2 tak dtg Mahamahu pasti dtg nak ambil gambar kat sana nanti. 



Bukan sahaja pamerantaman disediakan dalam FLORIA Putrajaya 2014 ini, mereka juga akan mengadakan aktiviti jualan seperti  Bazaar Taman, Pasar Hortikultur yang menjual segala-galanya keperluan tukang kebun, Jualan pokok bunga untuk pokok-pokok, perabot taman, peralatan taman, produk bioteknologi dan perkhidmatan landskap serta seni dan kraf kepada semua pelawat yg hadir. 

 
 
Pengisian aktiviti FLORIA Putrajaya 2014 tidak terhad kepada bunga-bungaan sahaja malah ada lebih daripada 200 aktiviti lain yg bakal diadakan sepanjang 9 hari FLORIA 2014 berlangsung di Putrajaya nanti. Antara aktiviti tersebut yang paling menarik adalah seperti demonstrasi gubahan bunga, bengkel berkebun, hiburan, pertandingan fotografi, pertandingan cat air serta seni dan kraf yg boleh di sertai oleh pelawat pada hari tersebut. Kalau pertandingan fotografi tu memang sesuai dengan Mahamahu mesti nak masuknyalah hehehehe. 

 
FLORIA Putrajaya 2014 ini pasti menjadi satu festival bunga paling meriah setiap tahun yg di tunggu-tunggu oleh semua peminat bunga kerana ia bukan sahaja mempamerkan keindahan bunga dan juga kreativiti daripada bunga, malah ia menjadikan malam yg cukup bermakna sepanjang anda berada di FLORIA Putrajaya 2014 ini. 


Pada tahun ini FLORIA Putrajaya 2014 berpindah lokasi ke Presint 4, Putrajaya. Bakal berlangsung selama 9 hari bermula daripada 14 Jun 2014 sehingga 22 Jun 2014 bermula dari pukul 9.00 pagi hingga 10.30 malam sepanjang hari Isnin hingga Khamis. Manakala pada hari minggu iaitu Jumaat hingga Ahad acara akan berlangsung dari pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tgh malam. Jadi anda ada banyak masa untuk menikmati keindahan flora dan fauna yg ada di pameran FLORIA Putrajaya 2014


Bagi anda mendapatkan maklumat lanjut boleh layari laman informasi FLORIA Putrajaya 2014 seperti di bawah. 

Laman sesawang :     www.floriaputrajaya.com.my
Laman Facebook :    https://www.facebook.com/FloriaPutrajaya
Laman Twitter     :    https://twitter.com/Official_Floria

Penganjur
Perbadanan Putrajaya
Kompleks Perbadanan Putrajaya,
24, Persiaran Perdana,
Presint 3, Putrajaya, 62675 Malaysia
Tel : 603 8887 7137
www.putrajaya.gov.my