Teringin Nak Makan Itik Panggang Di Restoran Cina Muslim

Teringin Nak Makan Itik Panggang Di Restoran Cina Muslim - Salam Sejahtera semua kawn2 dan juga pembaca blog makan Mahamahu. Peringatan mesra jgn lupa untuk vote Mahamahu di MSMW 2014 bagi kategori Best Foodie Blog ok jasa anda di kenang sgt hehehe. Ok lah ni cite mengidam punya pasal nak makan itik panggang gigih Mahamahu pergi cari tempat makan yg muslim halal. So ada kawan rekmen satu tempat makan Restoran Cina Muslim AL Munawarah Taipan USJ Subang



Restoran ni teletak dekat dengan Murni USJ dan Nasi Lemak Opah yg Mahamahu pernah buat review sebelum ini [klik sini]. Cawangan lain kalau tak silap ada kat Shah Alam satu mungkin tu HQ kot. Apa pun menu nak terjah kat situ apa lagi Itik Panggang lah jadi sasaran. Harga boleh tahan lah kat sini padan lah untuk kita makan seisi keluarga.

Itik Panggang

Kangkung Masak Belacan

Telur Dadar

Selain daripada Itik Panggan kat restoran ni pun ada menu lain. Malam tu Mahamahu sempat cuba Kangkung Goreng Belacan dan juga Telur Dadar yang di makan bersama dengan Nasi Kosong sebab nak rasa keaslian itik panggang terbaik doh. Selain dari menu2 ni ada byk lagi menu lain tapi Mahamahu tak sempat cuba semua. Ni semua pic Mahamahu ambil daripada Facebook Restoran Al Munawarah sendiri.

Udang Nestum

Ketam Nipah Kam Heong

Lala Kam Heong

Siakap Masam Manis

Ketam Telur Masin

Taufu Jepun Hotplate

Kalau rasa nak dtg cuba tak rugi bagi Mahamahu ia adalah tempat makan yg lain sikit daripada lain kerana menu2 yg ada terutama itik panggang. Kalau dtg bersama keluarga sesuai makan kat sini. Pasti restoran ni di jamin halal dah paling best restoran ni pilihan Jalan-jalan Cari Makan TV3 tgk mereka ada plug JJCM lagi hehehe. So tak rugi cuba nak cari rasa lain jom makan kawn2. Selamat menjamu selera.

Informasi Restoran
Waktu Operasi : 11.00 pg - 11.00 mlm
Alamat : N0.1, Jalan USJ 9/5N, Subang Jaya Business Centre, 47620 Subang Jaya, Selangor






0 comment... add one now