Mahamahu,

Masterchef Malaysia All Star Terasa Nak Jadi Seperti Zamir

Rabu, Januari 29, 2014 Mahamahu 0 Comments

Masterchef Malaysia All Star Terasa Nak Jadi Seperti Zamir - Salam semua pembaca blog Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Semalam tgk final Masterchef Malaysia All Star kat tv terasa sgt nak jadi seperti pemenangnya. Tahniah kepada Zamir kerana berjaya menjuarai Masterchef Malaysia All Star menewaskan Celina di peringkat akhir. Seronokkan kalau dpt menang Masterchef Malaysia boleh jadi mcm Dato Dr Fazli daripada penyanyi, motivator dan kini jadi chef.


Zamir berjaya memenangi hadiah piala Masterchef Malaysia All Star dan juga berjaya menyumbang RM5,000 kepada rumah kebajikan pilihan beliau. Bagi Celina pula ini adalah kekalahan kali kedua beliau di peringkat akhir sebelum ini tewas dengan Syura dalam Masterchef Malaysia Selebriti musim ke 2. Bila Mahamahu tgk pertandingan tu terasa mcm nak masuk jer Masterchef Malaysia dah lama tak ada ujibakat untuk pertandingan tu. Tiba masa lak untuk Masterchef Malaysia mencari lagi bakat2 baru untuk di ketengahkan seperti Dr Izani dan juga Izyan. Mahamahu pernah pergi ujibakat Mastechef Malaysia Musim pertama tapi bukan rezeki time tu sampai stage ke 3 jer.

Ni masa memasak untuk Blogger Masterchef Malaysia

Ingat pula kenangan masa Mahamahu dpt pergi melihat sendiri dapur Masterchef Malaysia tahun 2012. Masa tu berlangsung Masterchef Malaysia musim ke 2, Mahamahu dpt masuk dapur Masterchef pun dah rasa terpegun dan terpukau. Tgk dapur yg di susun kemas cantik dan juga besar sebab kawasan gudangkan. Tapi Mahamahu rasa puas hati tak dpt masuk program Masterchef Malaysia tapi dapat masuk dpur and jumpa chef2 yg hebat pun dah ok.


Harap tahun ni ada lak buka ujibakat baru untuk Masterchef Malaysia musim ke 3, memang Mahamahu akan pergi dan buat yg terbaik nak sgt masuk terpilih menjadi peserta. Kena praktis memasak dari sekarang ni huhuhuhu. Geram tgk org lain pandai masak and dpt masak sedap2 hebat kat gelanggang Masterchef Malaysia. Hehehe korang tak nak ker kalau ada nanti roger2 Mahamahu ok kita masuk sama2 ok hehehehe....(poyo)







0 Pandangan: