iPhone,

Telephone Pintar Pilihan Pengguna 2013

Rabu, Disember 18, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua akhir tahun pasti ramai nak tahu antara telephone pintar pilihan pengguna pada tahun 2013 kan. Mahamahu pun ada buat sedikit review beberapa telephone pintar dalam tempoh setahun ni. Tak adalah begitu terliti tapi sekadar pengetahuan am sahaja untuk semua pembaca dan diri sendiri. So kat sini Mahamahu nak senaraikan antara telephone pintar yg menjadi pilihan pengguna di Malaysia.

iPhone 5S dan iPhone 5C
Pengeluar telephone pintar paling popular dan di minati ramai di Malaysia iPhone adalah peneraju utama dalam carta tahun 2013. Ditambah lagi dengan pengeluaran model baru mereka pada awal November iPhone 5S dan di ikuti oleh iPhone 5C menjadi mereka sebagai pemain terkuat dalam industri teknologi telephone pintar di Malaysia. Siri iPhone 5 adalah siri paling terkini dan mendapat permintaan tinggi di seluruh dunia.

Samsung Galaxy Note 3 dengan Gear

Persaing terdekat dalam dunia telephone pintar ini adalah Samsung satu2 gergasi besar dari Asia yg telah menguasai banya negara. Antara telephone paling laris jualan di Malaysi kerana model2 yg di keluarkan sesuai untuk semua kegunaan dan peringkat usia. Terbaru Samsung telah keluarkan Galaxy Note 3 bersama dengan Gear yg paling pintar dalam kumpulannya. Ini memikat lagi hati pengguna terutama golongan remaja terhadap product keluaran Samsung.

Sony Xperia Z

Telephone yg berani tampil dengan gaya dan juga kelebihan lain daripada telephone lain iaitu mampu untuk di rendam di dalam air tanpa rasa bimbang. Sony juga pemain yg masih kukuh di arena telephone pinta keluar dengan model terbaru lebih besar dan lebih laju iaitu Sony Xperia Z. Membuka kepada byk pilihan pengguna di Malaysia untuk mendapatkan telephone pintar mereka.

Ninetology U9 X1

Satu ini adalah penerajun baru di Malaysia yg mula juga mendapat tempat di hati pengguna terutama mereka yg mencari telephone pintar murah dan canggih. Menggunakan segala teknologi yg ada di pasaran mereka bersaing secara sihat untuk membantu generasi muda merasai kehebatan seperti telephone pintar yg ada. Ninetology U9 X1 adalah yg paling tercanggih dalam kumpulan mereka. Namun masih baru untuk menilai semua ini kerana meraka juga pemain baru membina nama di Malaysia.

Itu adalah antara 4 jenis telephone pintar pilihan Mahamahu dalam tahun 2013 yg dikirakan mendapat tumpuan pengguna muda di Malaysia. Namun masih banyak lagi telephone boleh di pilih kerana kita di tawarkan dengan pelbagai kecanggihan dan lebihan masing. Namun terpulang kepada kita untuk membuat pilihan. Tahun 2014 adalah tahun yg di jangkakan bahawa telephone pintar akan lebih jauh berkuasa daripada sekarang.






0 Pandangan: