Menikmati Nasi Beryani Gam Johor di KL

Salam sejahtera kepada semua pembaca dan rakan2 blogger sekalian Mah@mahu nak ucapkan Salam Maal Hijrah yg baru kita tempuhi. Moga tahun baru Islam ini membawa kepada perubahan dalam diri dan juga sikap kita. Mah@mahu pun ada buat perubahan sikit kalau kawn2 perasan header kat atas tu pun dah lain hehehehe sikit jer. Apa pun intipati masih sama iaitu buat review makanan pagi panduan kawn2 dan pembaca sekalian.


So entry kali ni nak buat pasal tempat makan Nasi Beryani Gam terbaik yang selalu kita hanya boleh dapat di Johor sahaja. Tapi kali ni org KL dan Selangor sekitarnya boleh nikmati nasi beryani gam dengan mudah dan sama sedapnya. Nasi Beryani Gam Johor di Seri Kembangan salah satunya untuk anda nikmati. Nasi Beryani Gam Johor ni ada byk cawangan seluruh Malaysia ni ada Mah@mahu sempat singgah kat cawangan Seri Kembangan.





Kalau pergi Nasi Beryani Gam Johor tak cuba menu utama nasi beryani tak sah lah kan. Mah@mahu cuba Nasi Beryani Ayam Berempah dan kawn Mah@mahu try Nasi Beryani Kambing Kurma. Kedua2 memang sedap dan sgt2 sedap dan terbaik. Terasa original nasi beryani daripada Johor kerana pemilik anak jati Johor. Satu pinggan siap set dengan archa mentah, papadom dan juga kuah nasi beryani. Wow cukup sedap dan terangkatlah bila makan rasa nak order satu pinggan lagi.




Makan pula dengan air buah lagi lah terangkat dan cukup lengkap makan tgahari Mah@mahu hari tu. Kalau kawn2 yg dtg nak cuba makanan lain pun ada juga kat sana. Sebab ramai org maka byk citarasa jadi ada jugalah makanan western dan juga makanan tradisional. Kalau tradisional tu adalah nasi goreng dan juga makanan tempatan. Harga kat sana pun cukup padan dan sesuai untuk di nikmati olah org yg berada pada golongan bawah dan tgh ni hehehe.



Lepas ni kalau nak nikmati nasi beryani boleh lah pergi cari Nasi Beryani Gam Johor di Seri Kembangan. Mah@mahu dah tahu port yg best and sedap nak makan nasi beryani ni nampaknya akan selalu lah ker sana bila mengidam nak makan nasi beryani. Sapa2 ada tempat makan yg nak share tapi tak tahu nak tulis just inform kat email Mah@mahu nanti akan dtg singgah Insyallah. Selamat menjamu seleras semua....








0 comment... add one now