Informasi,

Kepentingan Watermark Kepada Blogger

Khamis, Oktober 17, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan rakan blogger sekalian moga sentiasa bahagia selalu. Isu sebenar hari ini apabila seorang rakan blogger isukan pasal hak milik blogger. Sebenarnya apa hak blogger yg boleh di lindungi oleh blogger sendiri. Yer lah blogger atau instagramer atau facebooker bila post gambar2 yg cantik dan menarik pasti akan menjadi perhatian byk pihak. Bukan sahaja pembaca tetapi juga kepada piracy. So mcm mana kita blogger ni nak lindunig hak cipta kita.

Sebenarnya secara rasmi kita ada satu badan yg melindungi hak cipta bagi pengusaha. Dalam Perbadanan Hatra Intelek Malaysia ada satu ruang untuk hak cipta dalam penulisan dan penerbitan. Kalau nak tahu lebih lanjut bagaimana hakcipta ini di lindungi oleh Perbadanan Harta Intelek Malaysia boleh pergi ke laman sesawang MYIPO. Segala maklumat ada kat sana.

Tapi kat sini Mah@mahu nak share pendapat blogger yg Mah@mahu terima. Soalannya mcm ni.

Rakan Blogger: Knp perlu ada Watermark kat gambar2?
Blogger: Perlulah nak lindungi gambar2 yg kita ambil daripada digunaka pakai oleh org lain tanpa kebenaran.
Rakan Blogger : Mcm mana nak buat Watermark dalam gambar?
Blogger : Byk cara nak buat gambar kat Instargram pun perlu Watemark.

Kat atas ni adalah sedikit perbulan antara blogger dan juga rakan blogger yg lain. Memang benar bahawa pentingnya Watermark kepada blogger. Bukan sahaja blogger malah semua gambar yg anda ambil sendiri menggunakan skill dan juga tenaga anda adalah hasil asli milik anda. Maka ia perlu di lindungi dengan Watermark daripada anda. Cara bekesan untuk menghasilkan Watermark juga memainkan peranana.


Watermark yg bagus haruslah mempunyai nama pemilik gambar yg asal. Bagi blogger letak lah nama blog atau link blog anda. Ini penting kerana ia bukan sahaja menunjukkan bahawa gambar itu adalah original milik anda, tetapi juga adalah sumber untuk penontot yg melihat gambar anda itu untuk menghubungi anda sekiranya gambar itu ingin di guna pakai di tempat lain. Jadi pastikan Wtermark anda adalah melambangkan hak peribadi anda.

Selain itu, tempat untuk meletakkan Watermark juga penting untuk di pertimbangkan oleh anda. Apabila mahu meletakkan Watermark anda perlu pastikan bahawa Watermark itu tidak menjejaskan image asal anda. Saiz perlu lah lebihkecil daripada gambar agar ia tidak mencacatkan gambar anda. Watermark perlu juga lebih jelas dengan contras warna yg sesuai dengan gambar anda agar ia tidak mudah di hapuskan atau di selindungi oleh pihak2 yg tidak bertanggungjawab.

So lepas ni kita perlu kepada Watermark setiap gambar yg ingin di postkan tak kiralah di blog ker, di facebook ker atau di Instagram sekali pun. Ini akan memberi pelindungan yg lebih jelas kepada mereka yg sesuka hati untuk memanipulasi hasil karya anda. Mah@mahu cuma boleh nasihatkan anda sahaja terpulang kepada individu bagaimana untuk menggunakannya. So selamat berblog dan selamat membaca..