Pendapat,

Status Berbaur Lucah Lepas Gian Bulan Syawal

Ahad, Ogos 18, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam semua pembaca dan rakan2, masih meraikan Syawal yg kita sambut sebulan ni. So meriahkan bulan raya ini dengan kunjung mengunjung kerumah kawan2 dan sedara mara yg jauh. Agar ia mendekatkan kita seisi keluarga dan menyatukan saudara jauh dekat. Tapi ramai lak yg buat huru hara dalam bulan Syawal ni dengan perkara2 tak baik di laman sosial. Kalau dah niat untuk salah gunakan medan sosial ini memang akan tak kemana pun kita ini.

Sebab itu kerajaan kena ketatkan undang2 untuk pengguna laman sosial ini agar mereka tidak menyalah gunakan laman sosial untuk menyebarkan perkara2 tak sihat. Baru ni Mah@mahu tgk kat laman sosial ni memang tak terbendung niat untuk mencari perkara tak sihat di laman sosial. Bukan mahu menyekat kebebasn untuk bersuara kat laman sosial tapi ini nak kawal agar masyarakat kita tidak terus rosak dan melahirkan generasi yg bermasalah.


Tgk kat status yg Mah@mahu sempat snap ni mesti tak percayakan ia adalah daripada masyarakat kita yg berbudaya timur. Cukup mudah untuk mendapatkan sesuatu yg tidak sihat dan juga menyebarkan perkara2 yg berbaur lucah ini. Mah@mahu bukan nak tambahkan lagi kisah2 tidak sihat ini tapi nak bagi peringatan bahawa teknologi ini bukan untuk di salah guna. Byk perkara2 lain yg baik2 boleh kita gunakan dalam laman sosial ini. Mcm buat business yg sihat mencari pendapatan dan juga menyebarkan perkara2 yg baik seperti nasihat dan pedoman.

Mah@mahu tak adalah baik sgt untuk nasihatkan semua org tapi ia dah mcm berleluasa. Habis jer bulan Ramadhan semua org seperti nak lepaskan geram dan nak lepaskan segalanya. Guna laman sosial ini secara sihat dan secara baik kerana ia melambangkan budaya dan peribadi kita sendiri. Kalau letak perkara yg tak senonoh mcm ni malu lah kat keluarga kita kalau mereka yg baca status ini. Hehehehe sama2 kita membuat perkara baik dan sihat di laman sosial ini kerana ia di bina untuk memudahkan kita dan mengeratkan silatulrahim yg jauh. Ok selamat bersosial dan berblog.......