Berita,

Perang Adik Beradik 'HTC One Mini Vs Samsung Galaxy S4 Mini'

Sabtu, Julai 27, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam Ramadhan masuk hari ker 16 kepada semua pembaca blog Mah@mahu dan juga pengikut setia selama ini. Kini dunia teknologi masuk kepada fasa persaingat sengit siapa paling cepat update teknologi akan terus menjadi ketua dan yg lambat akan di kata sebagai penduplikasi yang hebat. Tapi ia semua adalah terpulang kepada pengguna utk memilih mana yg bersesuaian dengan minat dan bajet mereka.

Oleh sebab itu HTC dan Samsung terus bersaing dalam menegluarkan peranti paling diminati ramai dan paling mudah untuk di gunakan dan di bawa kemana-mana. Tanpa mengurangkan ciri2 yg terlalu ketara tetapi masih mengkalkan identiti sendiri dan juga rupa mereka sendiri. Sebenarnya mereka adalah mini dan jauh lebih kecil saiz daripada generasi si abg. 


Baru2 ini HTC One telah melancarkan HTC One Mini dengan ciri2 yang tidak jauh bezanya dimana kelajuan processor adalah 1.4Ghz Dual Core. Dengan paparan yg lebih kecil iaitu 4.3inci ia turut maish memberi gambar lebih jelas dan kelebihan ketara kepada HTC One Mini ini adalah pada sistem audio BoomSound yg diwarisi daripada di abg. RAM bagi product ini di datangkan dengan  1Gb dan juga kamera pada 4Mpxl dan bekelebihan lagi pada storan dalaman di mana HTC One Mini disediakan dengan 16Gb dan bateri pula berkapasiti 18000mAh.


Itu bagi persaing kepada Samsung Galaxy S4 Mini yg telah di lancarkan beberapa minggu lepas dengan kekuatan yang tidak jauh beza dengan si abg. Di lengkapi dengan processor 1.7Ghz Dual Core ia lebih laju berbanding yang lain. Namun saiz yg lebih kurang sama iaitu 4.3inci Super Amoled 256ppi ia lebih terang di sokong oleh kelajuan RAM yg lebih iaitu 1.5Gb menyaingi pesaing mini yg ada. Kamera juga tidak kurang hebat dimana 8megapixel yg ada cukup untuk menyaingi persaing dan juga meletakkan ia adalah leader kepada konsep mini yg ada di pasaran. Namun setiap yg hebat pasti ada kekurangan kepada Samsung Galaxy S4 Mini kurang storan yg ada hanya 8Gb sahaja. 

Apa pun persaingan antara dua gergasi peranti telekomunikasi ini ia tetap di jalankan dengan OS Android 4.2.2 JellyBean keluaran Google. Namun telah di perbaharui oleh pengeluar kepada peranti ini untuk memastikan mereka tetap berada no 1 di hati pengguna telephone pinta di dunia. Paling pasti, kedua-duanya adalah pilihan terbaru kalau anda tidak berminat atau tidak mampu membeli si abang!.



 *Sumber berita dan gambar daripada Yahoo Malaysia