Anugerah,

Harian Metro Anjur Anugerah Blogger Prihatin 2013

Ahad, April 07, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua rakan dan juga pembaca blog Mah@mahu sekalian. Hari minggu di habiskan dengan aktiviti yang berfaedah dan manfaat pada kita sendiri. Maklumlah bekerja seminggu penuh dengan kepenatan dan juga memerah fikiran dan tenaga. Time2 ni lah nak santai2 dan juga chill bersama kawn2. Tapi bagi blogger time2 cuti ni lah nak cari idea and tempat2 menarik untuk di buat entry kongsi dengan kawn2....

Ni Mah@mahu nak kongsi tentang satu Anugerah khas untuk blogger2 generasi Y ni yg nak menjadi sebahagian daripada blogger prihatin. Anugerah Blogger Prihatin 2013 anjuran Harian Metro bersama dengan Perdana Leader Fellowship kini di bukan kepada blogger2 tempatan. Bukan majlis anugerah yg bagi2 hadiah tu tapi ia berkongsepkan blogger yg buat entry khas untuk komuniti atau rumah2 kebajikan seluruh Malaysia. Nak tahu lebih jelas tgk syarat2 penyertaanya kat sini.

Konsep yang diguna pakai ialah program yg mewajibkan blogger untuk menghasilkan karya/entri mengenai rumah anak yatim / rumah jagaan org tua / rumah OKU di tempat mereka dan perlu menepati kriteria yang ditetapkan sebagai contoh nama tempat, ulasan tidak kurang 120 patah perkataan, kekurangan / masalah yang dihadapi, peralatan apa yang diperlukan, bilangan penghuni rumah berkenaan, dan alamat pusat jagaan serta no.telefon pemilik sebagai rujukan untuk memastikan maklumat yang dinyatakan betul.


Harian Metro akan memilih 3 pemenang terbaik yang menepati kriteria yang telah dimaklumkan akan menerima wang tunai , sijil dan trofi , komuniti yang terpilih akan menerima sumbangan daripada syarikat syarikat yang meberikan tajaan.

Terma dan Syarat
  1. Terbuka kepada semua blogger dan warganegara Malaysia berumur antara 18-31 tahun.
  2. Penyertaan daripada warga kerja NSTP akan terbatal secara automatik.
  3. Hasil karya perlulah ORIGINAL/ASLI
  4. Karya seharusnya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
  5. Peserta boleh menggunakan blog sedia.
  6. Penggunaan bahasa yang betul akan menjadi satu kelebihan dalam penyertaan.
  7. Link entri perlu dihantar kepada perdanaleaderfellowship01@gmail.com (sertakan nama, alamat, no telefon dan umur)
  8. Penyertaan mulai dibuka pada 5 April 2013
  9. Tarikh tutup penyertaan adalah 30 April  2013
  10. Pemilihan pemenang akan bermula daripada 1 Mei 2013 sehingga 10 Mei 2013
  11. Seorang blogger satu penyertaan sahaja.
  12. 3 orang pemenang akan dipilih melalui kriteria ditetapkan
  13. Pemenang akan diumumkan pada 15 Mei 2013
  14. Sebarang terma dan syarat yang tidak dipatuhi boleh menyebabkan penyertaan tersingkir dari pertandingan
  15. Pihak penganjur berhak menukar mana mana hadiah dengan nilai yang sama.
  16. Keputusan akhir adalah muktamad dan bantahan tidak akan dilayan
Hadiah 
 
Tempat Pertama = Sijil + Trofi + Wang Tunai RM 300
Tempat Kedua   = Sijil + Trofi + Wang Tunai RM 200
Tempat Ketiga   = Sijil + Trofi + Wang Tunai RM 100


Untuk mana2 blogger yg nak sertai boleh lah berhubung terus seperti di bawah. 
Mohamad Redzuan Bin Saib
PERDANA LEADER FELLOWSHIP
    013-7573269