Kempen,

Disebabkan PRU13 Kipas Jadi Untung

Sabtu, April 06, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua rakan2 dan pembaca blog Mah@mahu ni. Mahamahu.com bukan lah blog politik yg nak bercerita asal PRU13. Tapi  bila tgk gelagat rakyat Malaysia yg begitu teruja jadi seronok gak and rasa tak sabar gak nak mengundi. Tahun ini adalah kali ke 2 Mah@mahu mengundi dan rasakan bagai tak sabar kerana tahun ni persaingan sengit. Kita sebagai rakyat yg ada hak perlu membuat pilihan bijak kerna ia penentu masa depan diri kita, bangsa dan agama tercinta.

Mah@mahu tak nak berkempen pun kat sini tapi Mah@mahu tertarik dengan cara perniaga sekrang cari untung. Mungkin rezeki mereka lah dengan pilihan raya yg bakal tiba setelah pembubaran parlimen oleh PM kita. Mungkin ini juga sebahagian daripada kempen kepada parti2 ini secara lebih dekat dengan pengundi mereka. Yg Mah@mahu maksudkan adalah penjualan KIPAS PRU.


Apa tu kipas PRU? Kipas adalah alat untuk membekalkan udara tambahan kepada kita dan menyejukkan badan. Tapi Mah@mahu dapat satu email pagi tadi tentang ada satu usahawan ni rupanya pembekal kipas PRU untuk pengguna. Hehehe Startegi sungguh tepat pada masanya mana tak kipas ni pula datang dengan manifiesto dan juga ikrar parti2 yg bertanding. Bukan satu parti jer tapi parti kerajaan dan juga parti pembangkang pun ada jual. Makin menjadi2lah perang berkempen sekrang ni bukan sahaja perang bendera tapi nanti jadi perang kipas lak hehehe...


Memang hebat lah marketing usahawan sekrang pandai mencari strategi untuk meraih keuntungan secepat mungkin. Hehehe Mah@mahu tak tahulah pulak yg jual kipas PRU ni sokong mana pihak sebab tgk dia jual kipas untuk semua parti hehehehe.. Memang bestlah kalau kawn2 nak beli untuk parti masing2 boleh lah hubungi brother tu terus. Mah@mahu cuma nak ingat tanggungjawab kita untuk keluar mengundi walaupun hanya satu undi sangat2 berharga dan jgn pandang rendah pada undian anda.