Aktiviti,

Bangi 'Fun Cat Show' Pamer Kecantikan Kucing

Selasa, April 09, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua pembaca blog Mah@mahu dan juga pengikut yang setia memberi pendapat dan pandangan dalam blog ni. Entry ni Mah@mahu nak cite pasal pameran dan pertandingan kucing yang telah di anjurkan di Komplek PKNS Bangi anjuran bersama Kelan Kucing Malaysia. Dari tak ada buat apa2 pergi lah tgk gelagat dan juga kucing2 yg comel2 di pemerkan di sana.



Acara ni berlangsung 2 hari iaitu pada 6 & 7 April 2013. Yg best nyer tu ada acara kemuncak iaitu kenduri makanan kucing Brit yg di berikan kepada semua kucing2 yg bertanding pada hari tu. Meriah lah mereka dpt makan free Mah@mahu pun sempat tgk gelagat kucing2 ni makan. Kalau kita ni ada jiwa yg penyanyang mesti bila dtg tgk kucing ni pasti akan seronok dan ketawa sambil berakata 'Ala comel-comel kucing ni'....




Selain tu ada gak pertandingan kucing2 yg di adarkan seperti pertandingan Kucing Bulu Panjang dan pertandingan Kucing Bulu Pendek. Heheheh tak sempat nak tgk pertandingan tu sebab ia di adakan pada hari ahad Mah@mahu dtg hari sabtu. Dapat lah snap2 pic kucing yg comel2 dan byk sgt ada kat sana rasa macm nak jer bawa kucing Mah@mahu masuk sekali tapi syg kucing Mah@mahu tgh bercuti kat kg hehehehhe..




Kat sana bukan setakat dpt tgk kucing dan aksi2 manja kucing saja tapi kalau bernasib baik kita dapat bawa pulang kucing2 yang hendak di adoptkan oleh tuannya. Ada juga kucing2 baka2 seperti Persian dan juga Markun yang hendak di jual pada hari tu. Boleh nego sebab owner kucing tu ada sekali byk gak Mah@mahu tgk nak di jual pada hari tu. Tapi paling best bila tgk nama2 kucing ni mcm2 ada Snow White lah, Tuah lah, Chi Chi lah mcm2 lagi lah nama kucing.. Kawan2 yg tek sempat pergi layan pic yg Mah@mahu ambil sepanjang acara tu berlangsung.




Kalau kawn2 nak sertai klub kucing ni leh layari Facebook Kelab Kucing Malaysia untuk sebarang aktiviti baru. Tak rugi kadang2 boleh bertukar pendapat dan juga tips2 penjagaan kucing. Tgk kat facebook KKM ni byk lagi rupanya pameran dan pertunjukan kucing yg akan di anjurkan pada tahun ni. Apa lagi nak sertai jom lah Like facebook KKM ok.....