Aduan,

Mahamahu Menang RM430, 000,00 Daripada Air-Asia

Jumaat, Mac 22, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua rakan2 dan juga pembaca blog Mah@mahu yg tak seberapa ini. Hari Jumaat yg mulia dan penuh keberkatan ini di harap memberi kita satu hari yg cukup bertuah kepada kita. Mulakan hari anda dengan niat dan doa agar di lindungi dan mendapat rahmat daripadaNya Insyallah. Itulah Mah@mahu nak kongsi bersama rakan2 sekalian tentang tuah hari ni.

Tapi ni bukan tuah bak kata Husin dalam Hantu Kak Limah "ni bala ni" hehehehe. Bukan apa hari ni pagi2 selalu Mah@mahu mcm biasa org lain juga akan semak email dan juga melihat apa perkembangan terbaru sebelum memulakan tugas. Tapi hari cukup memeranjatkan yg Mah@mahu telah di umumkan menang sebuah peraduan dengan tawaran hadiah RM430,000,00 tak ke gila tu. Itu lagi lah tak logik kan memang gila. Malah peraduan ni pula siap guna nama sebuah syarikat penerbangan tambang murah terpopular di Malaysia siapa lagi kalau bukan Air Asia.


Percaya tak korang bila buka email dan dpat satu email menyatakan anda menang hadiah wang tunai RM430 ribu. Mesti menjeritkan bila baca tapi hakikatnya korang sendiri tidak pernah masuk contest tu. Ini lah tektik penipuan daripada mailware or spamer yg mahu maklumat kita secara penipuan melalui email. Kalau korang tak caya baca email yg di hantar kepada Mah@mahu pagi tadi.

Tapi Mah@mahu tahu ni bukan keje Air Asia tapi kerja2 mereka yg tidak bertanggungjawab. So apa lagi tugas kita kena mengadu sebrang masalah email ni kepada SKMM atau CFM untuk dia org ambil tindakan kepada pihak2 yg berniat jahat ni. Lepas ni kawn kena hati jng mudah percaya kepada email2 palsu dan perangkap ni. Cuma nasihat dan ingat mengingati sahaja hehehe...