Kesihatan,

Insuran Gigi Perlukah?

Sabtu, Mac 09, 2013 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera semua pembaca dan juga pewacana di blog Mah@mahu ini. Hari kita selalu teringat akan menjaga keselamatan diri. Di bimbangi akan bencana yg tidak di ingini berlaku. Kita juga telah melengkapkan diri dengan skim perlindungan diri daripada kemalangan atau apa2 sahaja, Tu semua kita sedia maklum dan juga sedia memiliki. Tapi tahukan anda bahawa ada juga insuran untuk perlindungan gigi?

Mcm pelikkan tapi sebenarnya ia adalah perkara lama yg telah ada di negara maju. Sebenarnya nak cite Mah@mahu baru jer beberapa hari lepas dpt panggilan daripada agen insuran. Mereka tawarkan untuk insuran gigi. Firstime dgr ni and dpt panggilan mcm ni selalunya mesti insuran kesihatan dan kemalangan kali ni lain sikit. Insuran di tawarkan bukan lah dalam bentuk wang ringgit yg ketara tetapi adalah pengurangan kepada jumlah bayaran penuh untuk sebrang rawatan gigi.


Contohnya anda ingin membuat rawatan menampal gigi dalam tempoh setahun hanya sebanyak 3 kali sahaja rawatan penampal gigi boleh anda lakukan dan di tanggung percuma oleh agensi ini. Tapi hanya untuk hospital dan klinik panel sahaja yg di senaraikan manakala kalau bukan klinik panel bayaran separuh dikenakan kepada anda. Ok lah tu kalau dah pergi klinik kerajaan ramai sgt baris and kena buat temu janji sehingga berbulan-bulan, baik pergi klinik swasta mahal sikit tapi berbaloi.

Lain2 rawatan yg di tawarkan mcm rawatan dipanggil kosmetik iaitu rawatan untuk membetulkan gigi seperti memakai brases dan juga rawatan memutih gigi serta rawtan lain untuk tampak cantik tu di beri diskaun. Sebab skim ni katanya ada life card yg di berikan untuk anda membuat tuntutan. Bagi kawn2 lah adakah berbaloi kalau ambil insuran untuk gigi ni. Adakah ia sesuatu keperluan yg sgt penting sehinggakan kalau tak ambil akan merbahayakan diri. 

Entah Mah@mahu ni bukan jenis selalu pergi dentist untuk rawatan gigi sebab alhamdulillah setakat ni gigi tak meragam lagi. Tapi kalau dah mankin meningkat usia tak tahu lah. Insuran gigi tak cover untuk gigi palsu ok hanya untuk gigi betul sahaja. Kawn2 semua mcm mana ok ker atau tak perlu bagi pendapat.