Article,

Apa Perlu Kita Tahu Sebelum Mengambil Insurans

Isnin, Oktober 29, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam semua rakan2 dan juga pembaca yg sering memberi comment dan juga pendapat kepada blog Mah@mahu. Anda adalah kekuatan kepada blog ini yg terus berkongsi pendapat dan pandangan untuk kegunaan semua. Kali ni nak kongsi korang semua pengalaman apabila di hubungi oleh agent insuran melalui call. Pasti ramai pengalamankan, ada yg buat tak tahu ada siap marah lagi and ada gak yg tak angkat langsung ehehehe..


Sekarang ni bagaikan menjadi trand kepada wakil insuran mahupun agent yg mengaku mereka memang daripada insurans untuk menghubungi pengguna ini melalui phone number. Satu tips paling mudah untuk anda mengesan adakah mereka ini memang wakil insuran yg betul atau hanya agent sahaja tanya mereka no ahli atau no pekerja. Kalau mereka tak kasi tu maknya mereka ni hanya agent biasa sahaja yg jual2 insuran ni buat partime. Tak salah buat partime tapi kadang2 tak kena pada masa and cara mereka lah.

Tapi yg pasti sekarang target mereka adalah kepada pengguna card credit itu paling besar sekali target mereka. Mana mereka dpt no kita pasti daripada pembekal perkhidmatan card credit. Kadang2 bank card credit tu sendiri buat insuran sebab tahu pasaran besar insuran di Malaysia. Kalau nak tahu mereka ni akan gunakan ayat "Anda adalah pengguna kami yg bertuah" dan "Perkhidmatan insuran ini tidak di tawarkan kepada org2 lain kerana tuan/puan adalah pengguna kami yg bertuah sahaja" tu semua ayat2 dah biasa dengar. 

Malah bukan bank sahaja yg ada insuran, siap insuran syarikat lain yg buat kerjasama lagi. Kalau korang pernah kena Telekom Malaysia juga ada insuran yg dibuat kerjasama dengan syarikat AIG, lepas tu baru2 ni lak muncul BonusLink buat kerjasama insuran dengan Allienz untuk pengguna BonusLink. Sebenarnya mereka yg buat kerjasama ini adalah cuma untuk mengaburi mata pengguna bahawa mereka sebenarnya mendapatkan info pengguna daripada syarikat tersebut. Ini adalah tujuan untuk tidak di dakwa membekalkan maklumat pengguna kepada pihak ketiga. Sebab kalau korang call syarikat2 yg tiada kaitan dengan insuran itu mesti meraka akan suruh kita call agent insuran itu sendiri kerana mereka tak tahu cuma mereka mendapat komisyen kerana menjual maklumat pengguna kepada agent insuran ini.


Walau apa pun insuran yg anda ambil berapa bayaran yg di kenakan kita kena tgk perkara penting sebelum kita mengambil insuran ini. Pertama sekali kena tgk adakah agensi insuran ini di lindungi dengan PIDM atau Perbadanan Insurans Deposit Malaysia. Ini penting kerana ia melindungi setiap pelaburan insuran kita daripada lesap sekiranya sayarikat insuran itu bankrap atau tamat perkhidmatan. Chek juga adakah plan insurans yg ditawarkan kepada kita termasuk dalam skim pelindungan PIDM tersebut. Kalau tak cover jng ambil untuk keselamatan kita.Nak maklumat lanjut layari http://www.pidm.gov.my kat situ dpatkan maklumat lengkap.

Kedua pastikan kita mendapat semua dokument skim atau plan yg kita terima itu. Maksudnya meraka menghantar segala dokument lengkap terma dan peraturan insurans kepada kita di alamat yg diberikan. Termasuk segala detail dan juga maklumat syarikat mereka. Ini mudah untuk membuat tuntutan sekira pekara tak di ingini belaku kepada kita atau kepada syarikat insuran tersebut.

Ketiga apabila mereka menjanjikan kita bahawa kita boleh claim insuran lebih daripada satu insuran hanya dengan menggunakan salinan document yg di sahkan sahaja minta mereka penyataan dalam document plan yg kita terima nanti. Memang kita boleh ambil lebih dari satu insurans kalau kita mampulah kan tapi kita kena pastikan bahawa kita boleh claim insuran2 tu semua. Patikan terma itu jelas sekali kerana kadang2 mereka ckp jer leh pakai document photostat untuk claim tapi lain lak nanti bila tiba masa nak claim.

Keempat pastikan juga setiap insuran yg kita ambil atau laggani mesti mempunya nama pewaris atau penuntut yg hak. Kat sini setiap insuran mesti menyediakan nama pewaris untuk menuntut semua hak insuran yg telah kita ambil sekiranya kita telah meninggal dunia. Lagi penting maklumkan kepada mereka yg menjadi waris kita tentang insuran yg telah kita bayar tu nanti senang mereka nak buat tuntutan. Jng biarkan ia tidak berwaris penting tu, duit KWSP pun kena ada pewaris takut nanti harta jadi hak milik Bank Negara Malaysia yg di boleh di tuntut.

Sebenarnya ambil insuran ini bagus memang di galakkan kerana negara2 maju pun semua rakyat di wajibkan ambil insuran. Tapi kita kena tahu bahawa setiap pelaburan kita itu akan dpt pulangan di masa hadapan. Nanti silap2 melabur dah bertahun2 dan bayar tiap2 bulan ni bila tiba masa kemalangan nak claim jer mcm2 alasan diberikan sehinggakan yg sakit bertambah sakit silap ada yg dah mati baru dapat claim insuran tu. Itu yg kita tak nak sebab memang dah byk belaku kerana syarat nak masuk insurans mudah tapi nak claim macm2 alasan di berikan. Kita sebagai pengguna ada hak dan kena berhati2 ok.