Aduan,

Tips Tak Nak Kena Tipu Pembelian Online

Sabtu, Mac 17, 2012 Mahamahu 0 Comments

Salam hujung minggu buat semua pembaca blog Mah@mahu. Hari minggu ramai lah mula buat aktiviti luar seperti shopping atau berjalan dengan yg tersayang. Namun ada gak yg mengambil masa ini untuk rehat di rumah atau shopping dari rumah. Mcm mana tu ini lah dinamakan Online Shopping. Mah@mahu selalu gak buat online shopping ini kerana ialah mudah, cepat dan kita leh servay dulu barang nak beli. Tapi tahukah kita tentang ciri-ciri keselamatn yg perlu kita ambil sebelum online shopping...?

Kat sini Mah@mahu nak share beberapa tips yg Mah@mahu baca sendiri dari buku mahupun mana2 sumber antara perkara yg perlu kita tahu sebelum online shopping. First mestilah kena tahu tentang keselamatan laman shopping kita tu atau latar belakang company mahupun individu yg memberi tawaran jualan murah. Jng mudah percaya dengan sale daripada online ni, kadang2 kata murah tapi rupanya ada bayaran tersembunyi. Pastikn kita tahu semua maklumat lengkap tentang kedai atau individu yg kita mahu berhubung itu seperti alamat atau no tel. Kalau nak lebih selamat biasanya Mah@mahu akan dapatkan maklum balas daripada mereka yg pernah membeli dari laman itu. Mesti mereka ada tinggal comment atau pun mereka memberi cadangan berdasarkan pengalaman sendiri.

Bila dah tgk sale secara online ni kadang2 kita rambang mata itu yg jadi kes oder iPhone dapat batu lesung, nak salah sapa kita tak berhati-hati kan. Paling penting rancang perbelanjaan kerana shopping secara online ni kita leh tgk harga dulu dah buat perbandingan cepat tanpa membuang masa. So kita kena buat pilihan yg betul2 kita yakin kesahihan dan keperluannya. Jng pakai beli jer selagi ada sale. Karang beli baju tak muat lak mcm mana tu. Penting tgk bajet kita dulu cukup tak dengan harga barang dan tanya tentang kos2 tersembunyi seperti kos penghantaran ataupun cukai kerajaan.

Apabila kita sudah kenal pasti barang yg hendak dibeli selok-eloknya kita call dan tanya dulu kedai mahupun individi yg menjual barang tersebut. Supaya kita tak salah beli dan tak terbeli barang lain, kdang2 manusia ni buat silap gak typo error. Sudah yakin betul baru lah tgk system pembayarannya maklumlah sekrang ni mcm2 cara ada bank in, cek mahu pun kad kredit, Jng pulak salah isi maklumat dan selepas buat bayaran semak kod pembayaran dan segala detail yg kita berikan betul. Nanti kalau salah anta sapa susah selalunya penjual tidak bertanggungjawab selepas sahaja barang2 di pos. Tapi yg paling elok lah sebenarnya kita pergi ambil sendiri barang itu lebih selamat dan tidak salah hantar.


Akhir sekali penting kita tahu kalau kita hadapi masalah ke mana sumber yg betul untuk membuat aduan. Selain polis kita juga boleh buat aduan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM). Badan yg bertanggungjawab terhadap semua masalah pengguna daripada pembelian sehingga lah kepada penghantaran. Bawa mereka yg bersalah ini kemuka pengadilan kerana ini sahaja pengajaran untuk mereka yg menipu. Ok lah harap dapat membantu anda untuk shopping online nanti.