Fakta

Tahun Baru Dengan Isu Logo Halal

Jumaat, Januari 06, 2012 Mahamahu 0 Comments

Assalammualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua pembaca blog Mah@mahu. Tahun baru 2012 kini telah kita jejaki penuh azam baru dan juga semangat baru. Segalanya perancangan baru kita aturkan diawal tahun ini untuk memastikan kita mencapainya apabila menjelang tahun akan dtg.

Begitu juga isu2 hangat mejengah di tahun baru ini tak lengkang di bibir pembaca dan juga pengguna di Malaysia. Tahun baru dan logo baru itulah yg telah di ambil langkah oleh JAKIM dalam memastikan Malaysia negara pembangkin product halal dunia.
Logo halal yang sah dikeluarkan JAKIM
Namun ini bukan lah perkara baru kerana sebelum ini telah di umumkan bahawa hanya satu sahaja logo halal yg di sahkan untuk digunakan di Malaysia. Logo ini telah lama di war-warkan kepada pengguna di Malaysia untuk memastikan semua product negara terjaga kesuciannya. Tapi kali ini lebih tegas kepada pengguna logo halal bukan keluaran JAKIM akan di ambil tindakan tegas dan telah  bergerak menyerbu semua permis untuk memastikan logo halal yg benar2 sahaja digunakan.

Keratan akhbar isu ini telah lama diperkatakan
Tapi apa pulak tindakan kita? Adakah sekadar tgk dan dgr sahaja. Kita adalah sebenarnya penggerak kepada perkara yg melibatkan akidah ini. Tanpa pengguna tiadalah penjual betulkan? Itulah kuasa kita untuk memboikot semua permis jualan dan makanan yg masih menggunakan logo halal yg tidak sah. Serta tidak membelu barang2 yg asih ada logo halal luar negara walaupun makanan itu kegemaran kita.
Logo swasta tidak dibenarkan
Tunggu apa lagi tunjuk kuasa kita sebagai pengguna bijak. Menjaga makan minum sebahagia daripada menjaga akidah kerana ia akan menjadi darah daging kita sehingga akhirat nanti. Sendiri mau ingatlah ok. Mah@mahu juga mulai tahun baru ini azam untuk tidak membeli barang tiada logo halal sah dan juga  tidak makan di permis yg tiada logo halal sah. Sama2 kita membantu diri sendiri untuk kesejahteraan bersama.

Pesanan ikhlas daripada Mah@mahu untuk semua pembaca 1Malaysia 1Logo halal.