Kempen,

Kempen Basmi Jangkitan Daripada CLOROX

Khamis, Disember 22, 2011 Mahamahu 0 Comments

8 Tips untuk hentikan jangkitan kuman bagi anda di rumah mari kita hayati sama-sama...

1) Amalkan kebersihan diri yang baik.
Kerap basuh tangan dan mandi dengan menggunakan sabun. Jangan berkongsi barang-barang peribadi seperti tuala mandi, sapu tangan, dan berus gigi.

2) Sediakan makanan secara bersih dan selamat.

Kuman boleh membiak di dalam semua jenis makanan, sama ada yang mentah atau yang telah dimasak. Oleh itu, gunakan papan pemotong yang berasingan bagi sayuran dan daging mentah, pastikan permukaan meja sentiasa bersih dan basuh semua jenis sayuran dan buahbuahan secara menyeluruh. Tutup makanan daripada lalat. Sejukkan atau bekukan makanan untuk mengelakkan ia dari rosak. Simpan makanan di dalam bekas yang sesuai atau dibalut rapi. Sucihama (disinfek) permukaan dapur termasuk papan pemotong.

3) Amalkan pemakanan yang seimbang dan cara hidup yang sihat.
Kuatkan sistem imun anda dengan pemakanan yang seimbang, kaya dengan sayur-sayuran dan buah-buahan. Amalkan juga cara hidup yang cergas.

4) Ambil vaksin dan jangan abaikan dos penggalak.
Kementerian Kesihatan telah menyediakan imunisasi percuma yang wajib diberi kepada bayi dan kanak-kanak bagi melindungi mereka daripada beberapa penyakit yang boleh membawa maut. Sekiranya mampu, anda patut mempertimbangkan imunisasi untuk melindungi keluarga dan diri anda daripada penyakit-penyakit lain seperti influenza, pelbagai jenis hepatitis dan lain-lain.

5) Ambil berat terhadap haiwan juga.

Haiwan membawa pelbagai jenis kuman dimana ia boleh dipindahkan kepada anda. Mandi dan rapikan haiwan peliharaan anda sentiasa dan dan bawa ia berjumpa dengan doktor haiwan. Sentiasa sucihama (disinfek) semua benda yang ia sentuh (bekas makanan dan minuman, mainan, tempat tidur, sangkar dan lain-lain)

6) Bersihkan kawasan yang bersepah.
Rumah yang bersepah sukar untuk dibersihkan. Persekitaran yang lembab di Malaysia memudahkan kulat untuk tumbuh di kawasan yang bersepah. Oleh itu, pastikan barang peribadi anda sentiasa tersusun. Amalkan cara penyimpanan dan pelabelan yang sistematik. Cuba lapangkan persekitaran anda. Sekiranya terdapat barangan yang tidak diperlukan, buang, hantar ke pusat kitar semula atau dermakan sahaja. Jadilah contoh yang baik dan galakkan anak anda untuk sentiasa kemas dan teratur.

7) Jagalah ahli keluarga yang sakit.

Asingkan mereka di dalam bilik sehingga mereka sembuh. Apabila berada di luar bilik, pastikan mereka mengambil langkah berjaga-jaga agar ahli keluarga yang lain tidak dijangkiti. Contohnya, mereka patut menutup mulut dengan lengan atau lengan baju semasa batuk atau bersin. Mereka juga patut mempertimbangkan untuk memakai penutup muka. Sucihama (disinfek) cadar dan permukaan yang mereka sentuh, contohnya permukaan meja, kerusi, dan juga perabot lain termasuklah lantai.

8) Bersih dan basmi
Adalah lebih baik sekiranya anda mempunyai jadual membersihkan rumah. Ini kerana aktiviti membersihkan rumah seperti menyapu, memvakum, membasuh dan mengelap adalah perlu untuk membuang kotoran dan habuk. Namun begitu aktiviti-aktiviti ini tidak dapat membunuh kuman dan akan menyebabkan anda dan keluarga anda terdedah kepada jangkitan. Gunakan pembasmi kuman untuk membunuh bakteria, virus dan kulat yang hidup di permukaan dan objek seperti:
- Lantai & dinding
- Permukaan dapur & sinki
- Papan pemotong, span dapur, kain pengelap piring.
- Permukaan meja, papan kekunci, tombol pintu
- Mainan plastik
- Tandas dan bilik mandi

Tip-tip ini dibawakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama CLOROX