Fesyen,

GAP dan AIDS Ada Kaitan!

Selasa, Disember 06, 2011 Mahamahu 0 Comments

Rentetan kepada sambutan World AIDS Day 2011, (Gap) Red Teams bekerjasama dengan pereka Perancis Isabel Marant menaikkan kesedaran HIV/AIDS kepada semua penduduk dunia.
Depan

Edisi terhad ini adalah rekaan Isabel yg menonjolkan tentang budak-budak lelaki gaya klasik dengan bentuk  v-neck dan bewarna asas kelabu Gap tee. Tompok-tompok olahan cat yg dipaparkan dengan bebayang slouchy tee mewakili Isabel dengan gaya dan koleksinya tersendiri. Kata Isabel “Saya sangat seronok kerana Gap telah memberi saya peluang untuk menyumbang kepada perkara penting sedemikian. Ini adalah satu peluang yang jarang apabila fesyen designer boleh membuat sesuatu bagi membantu menjadikan dunia suatu tempat lebih baik. Saya mengikuti langkah-langkah rakan-rakan saya dalam usaha sebelum ini iaitu projek RED”.
Belakang

50% daripada keuntungan jualan tee akan pergi Global Fund membantu menghapuskan AIDS di Afrika, jadi  anda dapat memberi satu sumbangan juga dengan membeli (GAP) Red tee. Tee akan meneruskan jualan pada Isnin 28 November 2011 secara global di butik2 Gap seluruh dunia.

Isabel Marant dan (Gap)Red tee akan dijual pada harga runcit RM89. Untuk lebih maklumat, log masuk laman Fb www.facebook.com/gapmalaysia. Untuk belajar lebih banyak tentang memerangi AIDS www.theglobalfund.org.