Astro,

Maharaja Lawak Mega Berlawak Lucah

Sabtu, Oktober 29, 2011 Mahamahu 0 Comments

Salam kepada semua pambaca dan pengikut blog Mah@mahu ini. Hari cuti ini rasa tak byk aktiviti rehat di kg sahaja nak relax. Tapi dalam2 relax tu sempat gak layan segala rancangan terbaru di kaca tv. Dalam Astro lahir satu lagi program berkonsep realiti tapi dalam bentuk komedi tapi ini kemedi lebih mega dari biasa. Apa tak nya program yg menggabungkan 3 buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan juga Indonesia. Ini pasti lagi lawak daripada biasa ni.
Buat pertama kali melihat lawak2 yg berkualiti daripada 3 buah negara. Ada 17 peserta memang pecah perut lah menahan lawak jenaka. Masa ini baru kita dapat lihat tahap lawk kita dimana dan lawak mereka bagaimana. Dari pemerhatian Mah@mahu lah lawak kita masih di takuk lama dan masih menggunakan konsep 'double meaning' dan juga ada sikit unsur2 berbau lucah. Bila sentuh bab tu je baru lah ada kelakar nya dan penonton pun baru nak gelak. Mungkin sebab org kita dah dibiasakan dengan lawak mcm tu kot.

Barisan pelawak Malaysia
Berlainan pulak dengan pelawak dari Indonesia, mungkin dia org dah diberitahu bahawa tiada unsur2 lucah atau unsur2 polotik serta perkauman dibenarkan di Malaysia. Maka lawak peserta Indonesia lebih asli dimana meraka byk menggunakan budaya negara mereka sendiri untuk memberi hiburan kepada kita. Mah@mahu nampak tu lebih kelakar lah daripada asyik cite perkara lucah jerkan.
Barisan pelawak Indonesia
Peserta Singapura pulak lebih kepada 'Play Save' lah, dimana lawak mereka like-like jer kata org. Ada masa kelakar ada masa mcm biasa jer. Mungkin mereka tengah mencari rentak peminat2 di Malaysia ni kot. Tapi ada sesetengah pelawak tak kira Malaysia, Singapura atau Indonesia yg kadang2 masih tidak pandai nak menggunakan kelebihan masing2 dalam untuk berjenaka.
Barisan pelawak Singapura
Tapi ni minggu pertama kot mungkin minggu seterusnya akan ada peningkatan. Mah@mahu tetap respek kepada otai2 lawak kita, mereka tetap terbaik dan juga berani untuk sahut cabaran menyertai Maharaja Lawak Mega ini. Kita tunggu sahaja sapa yg bakal juara dan pasti yg kaya Astro gak huhuhuhu cuma harap masa tayangan di awalkan kepada pukul 9 kerana bila dah lebih pukul 12 ni penonton dan peminat dah mula lemau tunggu lama sgt. Ok lah selamat berblog....