Selamat Pengantin Baru - [Aktiviti]


Hujung minggu lepas aku telah menghadirkan diri ke majlis perkahwinan kawn aku seperti yg diundang dalam entry aku yg lepas [klik sini]. Majlis perkahwinan dua kawn aku iaitu Hizami dan juga Fahmi yg berlangsung pada tarikh yg sama, nasib waktu berbeza. Mana tak nya si Hizami kenduri hari sabtu siang, manakala si Fahmi malamnya pulak. So sempatlah menghadirkan diri untuk kedua2 majlis yg paling bermakna bagi kawn2 aku ni.

Mempelai Hizami & Wife dua2 study tempat sama tahniah

Ramai jugalah sahabat2 lain yg turut sama memeriahkan majlis tersebut, termasuklah Kak Ida yg dah lepas pantang untuk anak pertama beliau. Tahniah comel anak dia Damia namanya. Tapi aku ada muskil pada kawn aku sorang ni dua2 majlis tidak kelihatan padahal kita satu group ni untuk "Final Year Project" masa study. Entahlah mungkin aku tak terperasan kot kehadiran beliau. Walau apa pun aku doakan kebahagiaan kedua2 mempelai ini akan berterusan sehingga ke anak cucu dan sehingga ke akhir hayat aminnnn.... Dengar kata honeymoon dekat Thailand wahhhh..

Mempelai Fahmi dan Fazura di Dewan Sri Semarak



3 comments.. read them below or add one

imanshah imanshah 30 November, 2010
tahniah kepada mempelai
Darkbatman Darkbatman 30 November, 2010
slamat pengantin bru.. hoho