Khas

Apa Kena Ni - [Khas]

Jumaat, Julai 09, 2010 Mahamahu 11 Comments


Apa kena mengena MUG ni and entry aku hari ni entah lah tapi apa aku nak tunjuk ni adalah sebuah reality and ramalan. Sebab aku tak percaya pada zodiak and juga bintang ni dan aku ni tak pernah ambil tahu pasal semua tu. Kalau betul pun itu cuma kebetulan tapi aku tak pasti lak yg ramalan ustaz2 dari tarikh lahir tu betul atau tidak. Yang aku pegang sampai sekrang, kalau kita usaha, rajin and tak putus asa ada kejayaan untuk kita kan.


MUG ni aku beli dah lama semasa aku study lagi tujuan untuk minum kerana dia bersaiz agam besar and simple. So korang rasa apa zodiak korang and adakah yg diramalkan itu betul atau hanya kebetulan. Dekat bawah ni ada sedikit penerangan pasal zodiak "Cancer" yg aku search. Ada juga laman boleh dibuat rujukan tapi untuk kepastian kena tanya Ustaz juga ok...


Kata Dr Fadhila Kamsah terhadap org yg lahir bulan Julai :-

"Sangat seronok didampingi, banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali dirangsang, ada harga dan maruah diri, tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tetapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring, pengasih serta penyayang, layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain melalui pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah, suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan, tidak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tidak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tetapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja"

Ada betul and ada yg kurang tepat tapi aku pun tak pasti cuma aku baca saja. So sama2 renungkan dan selmat berblog.....



11 ulasan:

  1. apa yang dr cakap pasal bulan feb, memang kena kat idung saya.HAHA

    BalasPadam
  2. sy plak bulan september ...

    n ape yg dr.fadzillah kaji tu hampir 90% tepat ;P

    BalasPadam
  3. iya en mady a.k.a mahamahu...

    mug ni kenapa erk?? ahaks..
    ok.. jgn caya sangat.. just utk suka2 bleh laa.. ramalan tu yup nampak je tepat.. tapi tu biasa dari kajian.. so kita boleh wat rujukan je... nak percaya mmg tak boleh salah di dalam agama..

    sebab nasib kita yang telah ditentukan ada dua je.. jodoh dan mati... :p

    pape pun.... saya ingin ucapkan SELAMAT HARI LAHIR buat en mady a.k.a Mahamahu.. yg keberapa tu rahsiakan je laa erk..

    semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. AMIN...

    BalasPadam
  4. klu yang dato fadzillah kamsah tu byk gak yg betul...eh...nk check la lepas ni

    BalasPadam
  5. tak pernah percaya pun tapi selalu dgr je..... kalau yg baik kita ikut kalau yg tak baik buat kan renungan...

    BalasPadam
  6. SALAM,

    HURM..betul kot apa yang Dr. cakap..Aku bulan Januari..baca Dr.Fadhilah punya..ada gak yg betul..huhu..

    salam kenal dari Amir Izzat.

    Aduh.ada word verification pulak..Ha,buang ar benda nie..lagi bagus.. senang sikit nak komen..hehe..

    BalasPadam
  7. Visiting here in ur cool blog...nice..This is 'special'for u friend. Don’t Miss it!

    BalasPadam
  8. yg zodiak2 ni aku tak tahu la sgt.

    tp kalo dr fadzilah kamsah tu aku rasa based on kajian. sebab die pun selalu pesan, benda ni dari kajian, tak semestinya wajib ada.

    yang penting ia bagus untuk memantapkan dan memperbaiki diri

    BalasPadam
  9. Perut mudah gemuk? Hehe..

    Saya lahir di bulan November! Scorpion! ;)

    BalasPadam
  10. Kalau lain nak tahu pasal u oll nyer tarikh lahir leh rujuk Dr Fadzilah Kamsah nye web site ok..

    BalasPadam
  11. suke bace bende2 camni, tapi utk suke2, release tension je. bukan caye sgt pon.
    tp kajian dr bulan3 punye, memang hampir tepat.
    kagum2. heheh

    BalasPadam