Salam semua rakan2 dan juga pembaca setia blog Mah@mahu. Terima kasih atas sokongan anda sehingga kini memberi kekuatan untuk Mah@mahu menulis lagi hehehehe.. Dah mcm ucapan pemimpin negara lak. Kali ni nak share ngan kawn2 kisah kelakar puna ada sedih pun ada dan pengajaran pun ada. Kita ni kan manusia kadang2 alpha dengan segalanya kadang2 seronok sgt sampai tidak sedar ada bahaya menunggu di depan.
Kes 1
Bukan satu cerita serius tapi satu yg boleh di katakan kelakar juga lah. Tapi kedua2 cite ni ada kaitan satu sama lain dan mangsa adalah sama iaitu kucing. Bukan kes dera atpi kes pertama ni adalah kawn Mah@mahu ni nak belajar memotong kuku kucingnya. Tiada pengalaman sebelum ini tapi belajar daripada tgk org buat so dia pun nak cuba buat. Tapi bukan nak salah dia mungkin kurang pengalaman membuatkan bila nak potong tu kucing tu meronta-ronta sehinggakan di terpotong bahagian kuku yg tidak sepatutnya.

Kerana kuku kucing ni ada urat darah dalamnya iaitu bahagian yg dipanggil 'Quick'. Selalu kalau nak potong kena potong depan daripada bahagia tersebut agar kucing tak sakit dan tak kuar darah. Kawn Mah@mahu ni punya lah terkejut sehingga terpotong bahagia tersebut maka keluarlah darah dari kuku kucing tu. Dah kelamkabut kena bawa klinik buat rawatan. Nasib baik doktor kata tak ada apa2 cuma cedera sikit jer. Lepas seminggu kuku tu akan panjang semula jng risau, doktor cuma letak Iodin jer untuk elak jangkitan.
Kes 2
Lepas tu pulak baru jer habis satu kes dtg lak satu kes lagi, kawn Mah@mahu ni nak jadi cerita entah knp tiba2 hari tu dia terasa nak mandikan kucing dalam singki kat dapur rumah dia. Itu lah kata org malang tak berbau makan nak jadi cerita tiba2 jari kaki kucing tersekat kat dlm singki tu. Jenuh dia berusaha nak kuar kan jari kucing tu dari dalam singki dah putus ada dia call Mah@mahu minta bantuan. Kebetulan masa tu dekat dengan pusat Jabatan Pertahanan Awam. Maka terus pergi sana buat laporan minta tolong mereka ni.

Sebab sebelum ni JPAM kan glamor dengan kes tangkap ular masuk rumah, tangkap lembu terlepas lah, dan mcm2 lagi keje menyelamat ni. Tapi hari tu memang sejarahlah buat dia JPAM dtg rumah untuk pertama kali mereka buat tugas menyelamat kucing tersangkut jari kaki dalam singki. Gelak juga abg JPAM tu bila tgk keadaan mcm tu. Tapi keran tugas abg tu jalankan tanggungjawab dengan dedikasi. Setelah setengah jam baru dapat di keluarkan jari kucing tu selepas habis semua singki tu di buka dan di potong. Sian2 tak pasal2 jadi kes. Apa pun terima kasih pada abg2 JPAM tu kerana kalau dia org tak ada tido dlm singki lah kucing tu hehehehe...
Sebenarnya mereka ni pencinta kucing dan syg sgt kucing mereka tu yg jaga beria tapi mcm selalulah malang tak berbau. Pengajaran buat kita kat sini pengalaman mengajar segalanya kadang2 kita ni leka dan tak berhati2 membuat org lain jadi mangsa. Tapi apa pun jng lah mandi kucing dalam singki paling penting ok. Buat kawn2 Mah@mahu tu ambil iktibar dan pada yg lain nak jaga kucing pun sama2 ambil pengajaran. Agar tak jadi pada kita ok. Huuhu hari tu Mah@mahu nak jadikan hari kucing sedunia lah hehehe kelakar....
Salam semua pembaca blog Mah@mahu yang di kasihi. Moga dalam kesejahteraan dan juga kegembiraan selalu. Huhuhuh nak gelak pun tak tahu nak jerit pun dah tak betul. Tapi kalau korang hadapi sendiri situasi sekrang mcm tajuk entry ni mesti pelik kan. Bukan nak hina atau nak jatuhkan kaum hawa tetapi patut mereka memang expert kot.
Kejadian seperti tajuk di atas baru jer tejadi di sebuah pasar malam semalam kat area rumah Mah@mahu sendiri. Masa tu Mah@mahu ada di gerai menjual sayur-sayuran nak beli lah sedikit sayur untuk masak kat rumah hehehe pandai ker. Tiba2 ada seorang girl ni muda lah tapi dah berkerjaya beli beberapa sayur dan juga mee kuning nak mask lah kot. Tokei kedai ni letak satu sayur ni kat dalam bakul dia dan di terus tanya tokei 'Ini daun apa?' Mah@mahu yg ada kat sebelah tak boleh tahan nak gelak pun ada tapi diam2 jer lah.
Pastu tokei kedai tu ckp lah 'Ni daun kucai cik'. Lepas tu pompuan tu nak cover line kot tak nak malu terus kata tak nak lah tak makan daun kucai. Wakakakka gelak2 tak tahan nak gelak. Mana taknya dah jelas tu daun kucai tapi dia tak tahu hehehe..Entah lah nak salah kan wanita sekrang ni tak tahu la mungkin sibuk keje jer kot sampai bahan masak pun tak tahu. Mungkin kalau tanya pasal document atau SOP tahu lah hehehe...
Apa pun ni cuma cerita kehidupan yg kadang2 kita kena hadapi. Jng sampai mak mertua suruh masak tak kenal bahan sudahlah hehehe.. Selamat berblog kepada semua rakan2.
Salam kepada semua pembaca. Sinonim kalau lelaki kacak jer mesti di label gay. Kalau lelaki metro seksual jer mesti di label gay. Knp jadi mcm tu? Knp masyarakat kita begitu mudah menunding jari dan mengekplotasi dari segi luaran lelaki. Adakah kerana memang lelaki kacak begitu??
Itu satu persoalan yg bermain di minda kita. Katakan kalau kita lalu tgh2 ramai org mesti mata kita akan teralih kepada pandangan yg cantik dan menarik. Kalau seseorang lelaki kacak lalu apa korang akan kata. Mesti dalam hati 'hensem gak mamat ni!!' tak pun 'Mamat ni mesti gay!' paling lekeh pun 'knp aku tak sehensem mamat ni!' biasa kan.
Apa pandangan korang pada lelaki ini???
Kalau lelaki ini lak???
Mesti dua pandangan berbezakan tapi ramai lebih suka tgk gambar yg fisrt sekali kan. Lumrah manusia suka tgk menda yg cantik dan menarik. Jadi tak leh nak salahkan lelaki tu gak kalau dah memang di dilahirkan kacak. Kita yg kurang kacak ini kena terima kerana ini adalah takdir dan Allah pernah berfirman 'Setiap manusia adalah sebaik-baik ciptaan'. So kenapa kita nak takut dan rasa tercabar dengan lelaki kacak ni.
Sama2 kita renungkan agar kita tidak taksub kepada perkara yg mungkar. Bukan niat nak memburukkan kaum adam ini kerana dalam diri lelaki ini ada sebahagian kelembutan untuk di rapatka dengan wanita. Tapi sebenarnya entry ini adalah untuk menyahut cabaran SEO lelaki kacak. Satu2 cabaran menguji tahap SEO kita dalam menggunakan perkataan lelaki kacak.
Terima kasih kepada penganjur dan juga barisan penaja untuk cabaran ini :
Cabaran SEO Lelaki Kacak ini dianjurkan oleh
Earncent.com dan ditaja oleh
SEO Apps, Bluedianthus.com, UmarFaruq.com, Hadi Hanafee, Jomtonton.net, Muaz Lelaki Kacak, Ohcikgu.com, BloggerWanita.com, Cyza Sector, LelakiAcai.com Sabreehussin dot com, Abrablog.com dan AhmadFaizal.com.
Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua rakan2 blog mahupun pembaca blog Mah@mahu ini. Hari demi hari makin kuat dan makin byk dugaan yg terpaksa di tempuhi untuk mencipta hari yg bahagia di masa akan dtg betulkan. Itu namanya lumrah kehidupan ada asam garamnya sendiri. Begitu juga lah yg di hadapi oleh Mah@mahu pada hari ini.
Pengalaman ini pertama kali Mah@mahu dpt dan rasai sendiri. Semuanya berlaku semasa Mah@mahu berhenti di sebuah stesen minyak dengan tujuan untuk mengisi minyak. Sebelum ke kaunter Mah@mahu nak pergi ke mesin ATM. Sewaktu bejalan melangkah dengan keadaan lantai stesen agak kotor dan bertanah maklumlah baru lepas hujan Mah@mahu langkah pelahan2 untuk ke pintu utama.
Terdapat seorang makcik sedang menyapu depan pintu tersebut. Mah@mahu buka pintu dengan hati2 takut terkena makcik tu. Tiba sebaik saja langkah masuk makcik tu saund Mah@mahu dengan nada yg tinggi. begini bunyinya "Adik lap dulu kasut tu kotor lantai ni". Mah@mahu pun secara sepontan mohon maaf kat makcik tu. Tak perasan tapak ada kesan tanah daripada lantai stesen yg kotor itu.
Lepas tu Mah@mahu teruskan langkah pergi ke mesin ATM dalam masa sama makcik tu masih membebel kepada Mah@mahu dengan berakta "Kurang ajar nyer budak! Aku belasah karang". Mah@mahu terkejutlah bila makcik tua tu sanggup mengeluarkan kata mcm tu. Mah@mahu dlm hati terdetik nak pergi ajar sikit makcik tu cara2 nak sopan dengan org.
Bukan sengaja nak kotor kan lantai tu. Padahal ramai lagi org kuar masuk stesen tu tak pulak dia marah. Kalau tak nak kasi masuk tutup jer pintu tu kata kedai tutup kan senang. Tapi memang mengjutkan Mah@mahu apabila firstime makcik berkata-kata sebegitu kepada customer. Dengan muka penuh kekwatnya dan juga tiada sebutir senyuman di lontarkan Mah@mahu tahu makcik tu memang nak marah kepada Mah@mahu.
Kerana memikirkan dia seorang makcik tua yg kerja sebagai pencuci Mah@mahu pun tak jadi nak marah dan terus ambil duit pergi kaunter bayar untuk mengisi minyak. Selepas isi terus belalu tanpa memandang makcik tu. Tapi mungkin lah perangai makcik ni akan di warisi oleh anak2nya nanti. Tak mustahil gak makcik ni nanti akan kena tinggal kat hotel oleh anak dia. Hehehhe jahat kan tapi kita ada adap sopan jaga tatasusila dan bahasa kita. Tak salah nak tegur tapi ada kata2 kena jaga kita org timur.
Sekrang tgh kecoh kisah artis kita kahwin sana-sinikan. Baguslah cerita baik dan juga mendirikan masjid tu bagus harap2 kekal lama dan sehingga akhir nyawa. Seronok tgk artis kahwin bukan main meriah kompang sana sini. Susah gak kan jadi artis ni kahwin pada usia agak lanjut dan kalau yg muda2 ni jarang yg tahan lama. Tgk mcm artis kita Zed Zaidi menlangsungkan perkahwinan pada beberapa minggu lepas. Masih segar lagi nak wish selamat pengantin baru.

Pastu tak kurang gak artis kita yg telah melangsungkan majlis pertunangan. Dah mcm trand lak bulan ni semua nak tunang knp yer..? Bulan ni semua artis dpt bonus ker atau dpt durian runtuh ker hehehe. Byk majlis pertunangan antara pelakon Zahiril Adzim dan Shera Ayob pelakon cite bersiri Juvana kat TV3 tu. Pastu lak bertunangnya ustaz muda Ashraf Muslim dengan tunangnya Dayana. Best sama padan dan sama lawa sesuai. Lagi satu pertunangan Danny X-Factor dan tunangnya Leen. Diam2 jer berisi si Danny ni hehehe. Tunggu je lah masa langsungnya harap2 sehingga anak cucu kan.

Sebut pasal anak tak kurang gak artis yg beranak sekarang ni. Mcm berebut2 nak buat anak bagus lah tu makin ramai rakyat Malaysia nanti. Artis kita sorang ni hari tu goyang2 dengar mcm nak tak ada harapan nak kekal tup tup beranak. Sapa lagi kalau bukan Rita Rudani dengan pasangan pemain bola kebangsaan kita. Tahniah dapat anak yg sihat dan comel lepas ni tambahlah atlit negara pulak hehehe. Selain itu, yg mengandung kembar tak kurang gak beranak sapa lagi si Sazzy Falak dengan suami. Moga anak2 comel mcm ibunya juga hehehe didik lah anak2 dengan sempurna ok..