cerita,

Kurang Hajarnya Makcik!!!

Khamis, Mac 15, 2012 Mahamahu 0 Comments

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia kepada semua rakan2 blog mahupun pembaca blog Mah@mahu ini. Hari demi hari makin kuat dan makin byk dugaan yg terpaksa di tempuhi untuk mencipta hari yg bahagia di masa akan dtg betulkan. Itu namanya lumrah kehidupan ada asam garamnya sendiri. Begitu juga lah yg di hadapi oleh Mah@mahu pada hari ini.

Pengalaman ini pertama kali Mah@mahu dpt dan rasai sendiri. Semuanya berlaku semasa Mah@mahu berhenti di sebuah stesen minyak dengan tujuan untuk mengisi minyak. Sebelum ke kaunter Mah@mahu nak pergi ke mesin ATM. Sewaktu bejalan melangkah dengan keadaan lantai stesen agak kotor dan bertanah maklumlah baru lepas hujan Mah@mahu langkah pelahan2 untuk ke pintu utama.

Terdapat seorang makcik sedang menyapu depan pintu tersebut. Mah@mahu buka pintu dengan hati2 takut terkena makcik tu. Tiba sebaik saja langkah masuk makcik tu saund Mah@mahu dengan nada yg tinggi. begini bunyinya "Adik lap dulu kasut tu kotor lantai ni". Mah@mahu pun secara sepontan mohon maaf kat makcik tu. Tak perasan tapak ada kesan tanah daripada lantai stesen yg kotor itu.

 

Lepas tu Mah@mahu teruskan langkah pergi ke mesin ATM dalam masa sama makcik tu masih membebel kepada Mah@mahu dengan berakta "Kurang ajar nyer budak! Aku belasah karang". Mah@mahu terkejutlah bila makcik tua tu sanggup mengeluarkan kata mcm tu. Mah@mahu dlm hati terdetik nak pergi ajar sikit makcik tu cara2 nak sopan dengan org. 

Bukan sengaja nak kotor kan lantai tu. Padahal ramai lagi org kuar masuk stesen tu tak pulak dia marah. Kalau tak nak kasi masuk tutup jer pintu tu kata kedai tutup kan senang. Tapi memang mengjutkan Mah@mahu apabila firstime makcik berkata-kata sebegitu kepada customer. Dengan muka penuh kekwatnya dan juga tiada sebutir senyuman di lontarkan Mah@mahu tahu makcik tu memang nak marah kepada Mah@mahu.

Kerana memikirkan dia seorang makcik tua yg kerja sebagai pencuci Mah@mahu pun tak jadi nak marah dan terus ambil duit pergi kaunter bayar untuk mengisi minyak. Selepas isi terus belalu tanpa memandang makcik tu. Tapi mungkin lah perangai makcik ni akan di warisi oleh anak2nya nanti. Tak mustahil gak makcik ni nanti akan kena tinggal kat hotel oleh anak dia. Hehehhe jahat kan tapi kita ada adap sopan jaga tatasusila dan bahasa kita. Tak salah nak tegur tapi ada kata2 kena jaga kita org timur.