Rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru Cina dengan upacara Makan Besar dan perjumpaan keluarga. The Chicken Rice Shop (TCRS) mengambil peluang sempena musim istimewa ini dengan memperkenalkan hidangan baharu untuk menghangatkan lagi suasana perayaan. Rangkaian restoran Halal tempatan ini mencipta Ayam Oren yang tersendiri, menggabungkan rasa nostalgia Tahun Baru Cina dengan sentuhan perisa Malaysia yang menggamit selera.
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Selalu makanan atau hidangan ia mempunyai konsep dari negara mana ia berasal, tapi kali ni The Chicken Rice Shop kembalikan semula menu yang telah diperkenalkan sejak 15 tahun lalu. Tapi kali ini ia lain sangat kerana rasa lain dan ada tambahan bahan baharu untuk memberi kesan rasa yang terkini. Pulak tu berkonsepkan anime seperti mana yang popular dari negara Jepun.
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan yang dikasihi. Salah satu tempat yang Maha tak pernah miss setiap tahun akan berbuka puasa di sini iaitu The Chicken Rice Shop. Ini kerana setiap tahun ada sahaja promosi sempena bulan Ramadan dan juga untuk buka puasa. Setiap tahun pasti menyajikan menu yang berlainan seperti tahun ini. Membawakan Ayam Sedap Baq Hang memang sedap sunggung laaa....
Tahun ini kita masih lagi berpuasa dalam sekatan norma baharu dan Prosedur Operasi Standard (SOP) disebabkan oleh pandemik, inilah masa yang terbaik untuk berbuka puasa bersama keluarga dan rakan-rakan sambil menikmati hidangan baharu yang lazat ini. Ayam Sedap Baq Hang hanya disajikan pada masa yang terhad sahaja iaitu dari bermula 9 April hari tu hingga 13 Jun 2021 ni. Sempat lagi nak pergi lepas Raya pun boleh lagi.
Ayam kali ini diperap dengan pelbagai campuran rempah yang unik, sebab itu kalau korang makan dengan nasi ayam rasa lengkap. Ayam ini juga dipanggang dengan sempurna, kemudian disaluti dengan sos istimewa, dihiasi dengan daun kari dan cili kering. Nampak macam pedas tapi tak pedas sangat sesuai dengan selera dan citarasa orang Malaysia.
Sebagai sebuah syarikat tempatan, TCRS berharap untuk terus menyajikan rakyat Malaysia dengan memperkenalkan hidangan-hidangan ayam yang unik dengan pelbagai sajian tempatan lain sambil mengekalkan keasliannya. Itu yang buatkan Maha rasa perlu datang makan di sini setiap kali ada promosi macam ini memang korang akan dapat nilai kelainan yang ditampilkan.
Ayam ini bukan datang dengan ayam seketul sahaja tapi ia ada dalam set untuk makan seorang atau juga beramai-ramai baru meriah. Meal A adalah untuk hidangan satu orang makan dengan dua ketul Ayam Sedap Baq Hang dan juga tambahan lain nasi sayur serta sup dan air special iaitu Dino Choco Malt. Manakala Meal B dan Meal C adalah untuk 2 orang makan dan hingga 4 orang makan. Jadi dah boleh jimat kat situ and nak order pun senang semua lengkap satu satu set.
Jadi inilah masa untuk bawa orang tersayang makan bersama korang buka puasa. Kalau tak ada pun akan seorang boleh juga macam Maha ni tak ada orang sudi teman hehehe. Penting sekali perut kenyang suka hati kan. Maha dah cuba korang bila lagi memang rekemen sangat ayam baharu ini. Selamat berpuasa dan selamat berbuka puasa semua.
Maklumat lanjut mengenai menu Ramadan dan Raya TCRS atau promosi yang terdapat di The Chicken Rice Shop, sila layari :-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Bukan setakat dalam kehidupan memerlukan pasangan tapi juga dalam menikmati makanan yang enak juga kena padan dengan semua termasuk selera dan juga kesedapannya. Dalam masakan juga pertemuan antara ayam dan mentega dapat menghasilkan satu hidangan yang diperkayakan dengan citarasa yang memikat. Sebab tu kini kembali menu akhir tahun yang paling popular di The Chicken Rice Shop iaitu Grilled Butter Chicken.
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Maha sebenarnya suka makan kat The Chicken Rice Shop (TCRS) bukan sahaja kerana sekadar Nasi Ayamnya tapi juga restoran ni tak pernah tak ada promo hebat sepena dengan musim perayaan. Tak kiralah perayaan apa yang disambut di Malaysia ni. Sekarang ni dekat dengan perayaan Deepavali restoran ni sediakan sesuatu buat pelanggan setia mereka.
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Bila cerita tentang makan Maha paling suka akan makan Nasi Ayam. Tak tahu memang setiap kali kalau keluar mesti akan makan Nasi Ayam sebab lengkap dalam satu set ada semua sekali seperti nasi, sup, daging ayam, sayur dan juga sambal. Itu yang membuatkan Maha pecinta nasi ayam.