Fast Food,

22 Tahun Nasi Ayam Yang Mengagumkan Di The Chicken Rice Shop

Isnin, Jun 20, 2022 Mahamahu 2 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Hujung minggu lepas Maha pergi makan makanan kegemaran Maha iaitu Nasi Ayam. Kalau korang nak tahu restoran Nasi Ayam paling Maha suka dalam list sentiasa akan pergi adalah The Chicken Rice Shop. Ni bukan ampu tau tapi memang kenyataan. Daripada Maha pergi makan fast food lebih baik Maha pergi makan Nasi Ayam kat sini terbaik.



Sekarang ini The Chicken Rice Shop menyambut ulang tahun yang ke 22. Lama dah rupanya jenama Nasi Ayam popular ini berada dipasaran dan menghidangkan nasi ayam terbaik kepada rakyat Malaysia. Sempena dengan ulang tahun ini TCRS mengadakan promo ulang tahun dengan pembelian Anniversary Promo pada harga harga RM22 untuk 2 set. Mana nak dapat set dua yang harga bebaloi ini. 



Dalam set promo itu terdapat juadah seperti :
- 2set x Ayam Satu Bahagian
- 1 x Taugeh Ipoh (biasa)
- 2set x Mangkuk Nasi Ayam
- 2set  x Sup Hari Ini
- 2set  x 12oz Minuman Ringan
- 2set x Sambal dan Halia goreng

Macam mana nak tebus promo ni?

Sekarang ini korang boleh order menu di TCRS dengan menggunakan aplikasi SedapZ. Muat turun aplikasi SedapZ secara percuma dan daftar diri anda. Kemudian dalam tu ada ganjaran dan pilih ganjaran yang disediakan semasa buat tempahan set tersebut di mana-mana restoran yang korang telah tetapkan. Promo ini hanya sah bermula 13 Jun hingga 07 Ogos 2022 sahaja tau!  So, kene cepat dapatkan sekarang.



Ada lagi yang berganda syoknya. Sambil makan sambil boleh menang hadiah. Bila dah makan kat TCRS boleh join The Chicken Rice Shop 22nd Anniversary Contest dan berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa.



Macam mana nak sertai peraduan ni ikuti langkah di bawah ni:-

1. Berbelanja minima RM22 dalam satu resit di mana-mana cawangan restoran TCRS

2. Isikan Borang Google (https://tinyurl.com/tcrs22) & muat naik foto resit anda (13 Jun - 07 Ogos 2022)

3. Lengkapkan slogan "Saya suka Kedai Nasi Ayam kerana...."

 **Tertakluk kpd terma & syarat

Hadiah yang ditawarkan juga sangat istimewa iaitu 22unit iPhone SE. Wow banyak tu hadiah telefon tunggu apa lagi makan promo ulang tahun dan terus hantar penyertaan dalam google form yang diberikan sekarang juga. 

#TheChickenRiceShop #tcrsmy #tcrs22 #tcrs









2 ulasan:

  1. Pakej set yang ditawarkan TCRS memang cukup berbaloi. Sedap pula tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kali ni puas hati makan nak dtang lagi ulang hehehe...

      Padam