Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Sambal Hitam Pahang. Papar semua catatan

Min'z Sambal Hitam Pahang Dah Masuk PotBoy Groceries Lagi Mudah

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha memang sangat suka Sambal Hitam Pahang ni memang kalau makan sambal ni dengan nasi putih dan telur goreng pun dah cukup sebenarnya. Tapi sebenarnya banyak cara boleh nikmati tradisi sambal yang berasal dari Pahang ni. Selalu kalau nak makan sambal hitam ni Maha akan balik kampung dan minta mak tolong buatkan.


Tapi sekarang tidak lagi kerana Sambal Hitam Pahang dah boleh beli secara online kat PotBoy Groceries. PotBoy ini adalah merupakan peruncit dalam talian yang berpengkalan di Lembah Klang dan menyediakan keperluan barangan runcit dengan penghantaran percuma kepada pelanggan-pelanggan tanpa had pembelian. Korang beli satu item kat PotBoy pun mereka akan hantar terus percuma sahaja bestkan.



Maha baru tahu kot itu pun hari tu Kak Min selaku pengasas kepada Min'z Sambal Hitam Pahang menjemput Maha untuk majlis memperkenalkan produk mereka yang boleh dibeli terus di PotBoy. Waktu tu jugalah berkesempatan untuk mengenali tempat perusahaan mereka yang terletak kat Setia Alam tapi korang tak perlu pergi sana beli online jer lagi mudah. 




Masa Maha ada kat sana rupanya pihak PotBoy mengadakan 'Facebook Live' memperkenalkan produk sambal hitam ni dengan cara yang lebih efektif. Masa tulah Kak Min menunjukkan bakat memasak beliau yang memang expert sebab tu sambal hitam beliau sedap. Kak Min ni asal orang Raub Pahang jadi memang beliau menggunakan resipi original dari keluarga beliau dan sebab itu ia asli.

Kak Min pengasas kepada Min'z Sambal Hitam Pahang

Hari tu Kak Min mengajar kami bagaimana cara nak nikmati sambal hitam keluarannya selain daripada makan dengan nasi kosong. Rupanya sambal ni boleh masak dan juga buat menu-menu sedap seperti Sandwich Sambal Hitam Cheese, Bubur Nasi Sambal Hitam, Oglio Olio Sambal Hitam Ikan Talang, Kangkung Goreng Sambal Hitam dan Pulut Berinti Sambal Hitam.

Hasil Belimbing Buluh yang telah direbus

Oglio Olio Sambal Hitam Ikan Talang

Kalau Maha selalu masak sambal hitam ni dalam nasi goreng sangat mengancam tau. Kalau korang nak resipi search kat blog Maha, boleh ikut sangat senang. Guna sambal hitam ni korang boleh rasa tekstur ikan bilis atau ikan talang dan juga kepedasan yang asli. Min'z Sambal Hitam Pahang ni dihasilkan daripada buah Belimbing Buluh yang telah direbus kata Kak Min. Jadi sebab tu rasanya sangat original dan kemudian dimasak dengan cara tradisional yang memakan masa sangat lama.

Kelebihan Min'z Sambal Hitam Pahang


- Produk sambal hitam yang sedia dimakan. Korang cuma perlu membuka penutup botol dan sedia dihidangkan. Ini sangat menjimatkan masa bagi golongan ibu yang sibuk tiada masa untuk memasak.

- Produk yang tahan lama tanpa bahan pengawet dan 'homemade'. Sangat sesuai untuk golongan pelajar yang tinggal di asrama atau luar negara. Sangat mudah untuk dijadikan hidangan bersahur ketika bulan puasa.

- Produk ini juga boleh dijadikan perencah masakan khas untuk memudahkan korang yang kurang kemahiran memasak.

- Sambal hitam ini bukan sahaja sesuai dimakan bersama nasi tetapi dengan pelbagai pilihan makanan mengikut kesesuai dan citarasa korang.

Setakat ini Min'z Sambal Hitam Pahang mengeluarkan 3 variasi produk dari sambal hitam mereka. 


1) Sambal Hitam Pahang Ikan Bilis Kering
Sambal hitam pahang yang bertekstur seakan serunding.
Harga : RM15.00 sebotol


2) Sambal Hitam Pahang Ikan Bilis Basah
Sambal hitam pahang versi original seperti masakan ibu di rumah.
Harga : RM15.00 sebotol


3) Sambal Hitam Pahang Ikan Talang
Sambal hitam pahang yang telah diinovasikan menggunakan isi ikan talang jeruk yang berkualiti tinggi.
Harga : RM20.00 sebotol

Semua ni korang boleh dapatkan terus kat laman facebook atau instagram Kak Min. Tapi lagi senang kalau korang order terus jer kat laman web www.potboy.com.my penghantaran percuma sahaja. Lepas ni Maha akan dapatkan stock setiap minggu lah untuk bekal takut tengah malam habis dah tak selera nak makan. 





Maha nak ucapkan terima kasih kepada Kak Min kerana sudi jemput Maha untuk memeriahkan acara Facebook live bersama PotBoy Groceries. Korang pun kena dapatkan sambal hitam ini memang terbaik. Ok lah nak rest sambil makan sambal hitam. Selamat menjamu selera semua ok.

Promosi dan pembelian :







Resipi Maggi Goreng Sambal Hitam Menangis Kepedasan Mengalahkan Samyang Dari Korea

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Sambal Hitam memang menjadi kegemaran seluruh rakyat Malaysia umumnya dan orang Pahang khasnya. Ini kerana bahan-bahan yang digunakan dalam sambal ini dan pasti cara penyediaannya yang teliti. 


Sebelum ni nak dapatkan sambal hitam ini memang susah kena pergi Pahang beli atau juga suruh tok nek masakan. Tapi sekarang tak susah dah kerana dah ada serta Malaysia. Ia telah dikomersialkan oleh usahawan muda anak jati negeri Pahang sendiri iaitu saudara Khairul yang mahukan seluruh rakyat Malaysia menikmati keenakan dan kepedasan sambal ini. 


Sebelum ni Maha ada cite pasal Sambal Hitam Menangis kalau ada masih ingat yang botol bentuk lama. Tapi sekarang mereka dan buat pembaharuan dengan sticker baru untuk menaikan kualiti produk juga menaikan rasa kesedapan sambal ini. Maha dah rasa sendiri sambal ini mula-mula Maha buat cicah makan pisang goreng dan juga keropok leko. Memang kaw dan power kepedasannya lebih sedap daripada sambal kicap.


Amaran
*Awas kepada mereka yang ada masalah perut dan juga buasir dilarang makan sambal ini.
*Tidak digalakan untuk dihidang kepada kanak-kanak bawah umur.

Tu peringatan ok nanti karang tiba-tiba salah makan kena sakit yang bukan-bukan salahkan Maha pulak hehehe. Maha suka sangat sambal ni jadi terfikir nak buat satu resipi mudah dan sedap yang sesuai untuk orang bujang. Resipi ni Maha bagi nama Resipi Maggi Goreng Sambal Hitam Menangis sebab lepas makan maggi ni memang mengalir air mata.


Bahan untuk menyediakan resipi ini sangat mudah hanya perlu ada dua bahan utama ini:
1) Mee Segera
2) Sambal Hitam Menangis
3) Kicap Manis

Untuk Hiasan
1) Telur Goreng
2) Bawang Goreng
3) Daun Ketumbar

Cara nak menyediakan Maha macam biasa akan buat video untuk korang tonton senang sikit. Kalau cite satu-satu korang tak nampak. Tapi resipi ni cukup mudah tak sampai 5 minit nak buat pun. Tonton video ni sampai habis ok.


Lepas siap jer resipi ni Maha makan dengan kawan2 dan semua menangis kepedasan. Tapi tips nak hilang kepedasan sangat kena minum dengan Air Kelapa Muda In Sha Allah akan kurang. Kalau sebelum ni tular pasal Maggi Samyang dari Korea yang ramai orang kata pedas sangat tu. Korang kena cuba resipi maggi Maha ni mesti meraung kepedasan tak caya kena try.


Maha suka akan Sambal Hitam Menangis keluaran MR Melting ini kerana ia masih menggunakan bahan-bahan yang semulajadi. Seperti mana semua tahu kalau nak buat sambal hitam kena ada Ikan Bilis, Cili Padi, Bawang, Minyak, garam dan gula. Tapi satu bahan yang susah nak dapat kat KL ni membuatkan sambal hitam ini original adalah Belimbing Buluh.



Menurut apa yang tercatat pada botol ni sambal hitam ini boleh bertahan selama 1 tahun dari tempoh ia dikeluarkan. Satu botol seberat 200gram ini Maha beli kat online harga RM15.90 sahaja. Korang juga boleh beli kat stokis-stokis yang telah berada seluruh Malaysia sekarang ni dengan follow Facebook dan juga Instagram Sambal Hitam Menangis. Selamat mencuba semua.

Kawasan stokis sedia ada:-
Shah Alam | Sabak Bernam | Kepong | Selayang | Sungai Buloh | Cyberjaya | Sepang | Gombak | Setiawangsa | Kota Damansara | Kajang | Sungai Besi | Kuala Selangor | Puncak Alam | Ampang | Wangsa Maju | Perak | Pulau Pinang | Kedah | * dan masih mencari stokis baru

Tempahan atau maklumat lanjut hubungi :-
Whatapps : 013 3091472 (En Khairul)
Facebook : www.facebook.com/SHMrMelting
Instagram : www.instagram.com/sambal_hitam_menangishq




Rahsia Kenapa Orang Paling Suka Bahagian Kepala Ikan Patin Masak Tempoyak Di Restoran Temerloh Catering

Rahsia Kenapa Orang Paling Suka Bahagian Kepala Ikan Patin Masak Tempoyak Di Restoran Temerloh Catering - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Ramai gila kot orang suka makan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak. Hidangan cukup popular ini datang dari satu daerah di tengah2 semenanjung Malaysia iaitu Temerloh. Sebab tu lah Temerloh digelar "Bandar Ikan Patin".


Bagi Maha sebagai anak jati Pahang dari Temerloh memang bangga kerana populariti masakan Ikan Patin ini. Sebab tu Maha kata korang menyesal kalau tak makan masakan Ikan Patin ini sebab ia unik tiada di tempat lain. Tapi buat orang KL ni macam mana nak makan masakan ni setiap hari. Tak kan nak berulang-alik dari KL ker Termeloh selama 4 jam semata2 nak makan masakan ini jer.


Kini di sekitar KL telah ada 4 restoran khas sediakan masakan Ikan Patin Masak Tempoyak dari Temerloh. Nama restoran pun Restoran Temerloh Catering yang terdapat di Wangsa Maju, Bandar Baru Bangi, Shah Alam dan cawangan asal di Bandar Temerloh sendiri. Jadi orang KL ni hari2 dah boleh makan masakan original Ikan Patin ini tanpa rasa bimbang akan harganya.


Orang kata harga masakan Ikan Patin ini boleh cecah sehingga puluhan ringgit untuk seketul dagingnya. Sebenarnya orang paling suka makan bahagian kepala Ikan Patin kerana ia mengandungoi sedikit lemak yang membuatkan ia begitu menjadi kegilaan ramai. Kalau kat restoran ini mereka sediakan Ikan Pating Sangkar daripada Sungai Pahang sendiri. Jadi tak risau akan bau hanyir dan juga bau tanah seperti mana yang sesetengah orang ceritakan.






Di restoran ini ada 3 jnis ikan Patin yang popular iaitu Ikan Patin Sangkar, Ikan Patin Mas dan Ikan Patin Buah. Paling mahal adalah Ikan Patin Buah dan paling tinggi permintaan yang kadang kala boleh cecah sehingga ratusan ringgit untuk seekor. Jadi kena tanya dulu tuan kedai tu jenis ikan yang dihidangkan dan harga agar kita tak terkejut bila bayar bill. Puas hati sebenarnya Maha makan Ikan Patin Masak Tempoyak kat sini kerana rasa ikan yang lembut dan juga tempoyak yang lemak manis.

Harga Ikan Patin.
    Ikan Patin Buah : RM29 seketul
    Ikan Patin Sangkar : RM12 seketul
    Ikan Patin Mas : RM22 seketul
Harga Ikan lain.
    Ikan Baung : RM18
    Ikan Kerai : RM12 / 100gm
    Ikan Jelawat : RM12 / 100gm
    Ikan Talapia : RM10 seekor
    Ikan Lampam : RM4 - RM8 seekor






Pulak tu korang boleh makan hidangan tradisional lain yang popular dari negeri Pahang semua ada kat sini. Kalau kat restoran ini ada Ikan Talapia Goreng, Ayam Kampung Goreng, Ikan Lampam Goreng, Ikan Seluang, Kerai Masak Lemak dan juga Sambal Hitam yang popular sekarang ini. Tu baru bahagian ikan sungai yang mereka dapat semua dari daerah Temerloh segar2 ok.





Selain tu juga ada banyak lagi lauk pauk lain yang korang boleh makan kat restoran ini seperti Daging Opor, Bawal Masak Sambal, Telur Masin Masak Lemak, Ikan Kembung Masak Lemak, Pecal dan juga ulam-ulam kampung. Disedapkan lagi hidangan kampung ini dengan Sambal Belacan kaw dan juga Sambal Tempoyak memang membuka selera sangat. Perkena semua ini memang buat korang tak tido malam lah asyik teringat jer semua makanan ni hehehe.




Style makan kat Restoran Temerloh Catering ini pula adalah korang akan pilih semua lauk pauk yang korang nak makan dan kemudian isi dalam mangkuk juga ambil nasi putih sendiri. Mereka tak sediakan hidangan set kat sini. Jadi korang bayar apa yang korang ambil dan makan jer. Maha suka restoran ini kerana ia style santai tapi kalau korang datang lambat sorry ye kalau kena tunggu lama untuk dapat tempat duduk memang orang ramai sangat.



Sempena dengan bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi mereka akan beroperasi seperti biasa setiap hari kecuali hari Jumaat dari pukul 3.00 petang hingga 8.00 malam. Kalau hari2 biasa bukan bulan Ramadhan mereka akan buka dari pukul 10.30pagi hingga 8.00 malam. So koran boleh plan untuk buka puasa kat sini kalau nak cuba hidangan tradisional Negeri Pahang. Paling menarik kat sini adalah pencuci mulut yang popular iaitu Puding Raja khas untuk pencinta hidangan Di Raja Pahang ini.



Jadi tunggu apa lagi datang sekarang kerana kenikmatan masakan tradisional Melayu Pahang menanti anda di Restoran Temerloh Catering ini. Pergi mana2 cawangan yang terdekat dengan korang dan pasti tidak akan menyesal punya makan kat sini. Selamat berpuasa semua dan selamat menjamu selera ok.

Maklumat lanjut :
Alamat : 35-G, Kedai D'Wangsa
               Jalan Wangsa Delima 12, Wangsa Maju
               53300 Kuala Lumpur
Tel : 03-4141 5044








Pembukaan Rasmi Dapur Koi Paling Best Ikan Patin Masak Tempoyak

Pembukaan Rasmi Dapur Koi Paling Best Ikan Patin Masak Tempoyak - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Buat peminat makanan asli negeri Pahang kat sekitar KL dan Selangor ini agak susah nak dapat. Tapi kali ini semua hidangan negeri Pahang ada di Restoran Dapur Koi. Jadi pecinta makanan seperti Patin Masak Tempoyak dan juga Sambal Hitam memang ini adalah tempatnya.


Restoran ini baru sahaja di buka tak sampai sebulan pun dari posting ini di buat dan pada masa sama mereka juga baru sahaja merasmikan pembukaan restoran ini pada 16 Mei 2015 yang lepas. Majlis pembukaan yang cukup meriah dan di raikan bersama beberapa barisan artis yang hadir seperti Awal Ashaari, Kaka Azraff dan juga penyampai radio ERA Jaa. Tapi Maha tak dapat hadir kerana ada urusan lain.



Tapi Maha telah pun pergi bersama blogger2 makan yang otai mencuba hidangan2 di restoran ini kerana nak tahu bagaimana rasa sebenar menu2 yang di sediakan. Maha pun orang Pahang dan memang mencintai masak Pahang ni jadi mesti kena cuba. Ada beberapa menu yang tak pernah Maha rasa tapi pernah dengar sahaja hehehehe. Mari kita tengok beberapa menu yang Maha dan juga abang2 blogger otai telah cuba sendiri. Paling tak sabar nak cuba mestilah Patin Masak Tempoyak kan. 





Di sini ada 2 jenis patin yang di masak tempoyak iaitu Patin Sangkar dan juga Patin Buah dari sungai Pahang. Bagi Maha kedua2 patin ini rasa berbeza dari rasa lemaknya tapi yang best masak tempoyak kat sini juga rasa sedap sangat. Di tambah pulak dengan Sambal Hitam Pahang memang terangkat bila korang makan. Pada yang kuat pedas sambal hitam ini sangat sesuai untuk cuba. 

Sambal Hitam Pahang

Yang ni Maha tak pernah cuba lagi iaitu Sambal Tempoyak Ikan Bilis & Petai. Memang dapat rasa kepedasan sambal ini dan kesedapan ikan bilis bersama petai best siot. Satu lagi Lemak Tempoyak Pucuk Ubi & Petai ini pun memang korang kena cuba. Semua masakan Pahang ini memang tersedaklah korang kalau makan laju hehehe pedas siot.

Sambal Tempoyak Ikan Bilis & Petai

Lemak Tempoyak Pucuk Ubi & Petai

Kalau yang tak makan tempoyak ini boleh cuba menu lain yang juga special dari Pahang seperti masakan Masak Lemak Cili Api Ikan Baung. Masih ikan sungai juga yang di masak pedas juga tapi masih boleh di nikmati semua peringkat umur. Kalau yang tak makan ikan sungai masih boleh cuba juga makanan lain seperti Ayam Kampung Goreng memang rangup dan sedap. 

Masak Lemak Cili Api Ikan Baung

Ayam Kampung Goreng

Kemudian masakan daging seperti Gulai Kawah dan juga Opor Daging. Kalau yang mencari Gulai Kawah ini adalah terbaik di masak dalam kawah depan mata. Opor Daging ini pula ada macam seakan-akan masakan rendang daging tapi ia tidak terlalu pekat dan memang daging lembut. Pada yang suka sup kat sini ada juga disediakan Sup Tulang yang terbaik. Hirup sekali mahu lagi hehehe.

Gulai Kawah

Sup Tulang

Opor Daging

Tapi kalau tak makan dengan Sambal Tempoyak Asli memang tak sah yang ini paling kaw2 sangat. Tpai kalau dapat makan dengan ulam-ulaman tempatan lagi best macam petai, kerdas, jering dan macam2 lagi perhhh terangkat doh. Ada kuah sayur lain iaitu Masak Lemak Umbut Kelapa juga terbaik.

Pais Ikan Patin

Masak Lemak Umbut Kelapa

Kalau korang datang Restoran Dapur Koi makan tengah hari hidangan ini semua di sediakan dalam bentuk buffet yang boleh di pilih sendiri. Tapi ada juga dalam bentuk hidangan set yang telah di sediakan menu2 dan juga harga sangat2 bebaloi. Terpulang pada korang nak pilih mana cara makan tapi bila makan kat sini rasa macam makan kat kampung lak. Restoran ini di bukan dari hari Selasa hingga Ahad manakala Isnin tutup, di buka dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Puding Raja

Apa pun pada peminat makanan Pahang di alu-alukan untuk datang sini memang terbaik. Boleh cari restoran ini di sebelah SILK Highway sebelum tol Sg Ramal menghala ke Putrajaya. Terletak di Taman Putra Kajang, sebaris dengan Laman Grill dan bertentangan dengan kedai Kemangi Cafe. Jadi mudah jer nak cari kalau guna waze pun boleh juga. Selamat menjamu selera pada semua.

RESTORAN DAPUR KOI
Alamat : 2-G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor