Dapur Koi,

Pembukaan Rasmi Dapur Koi Paling Best Ikan Patin Masak Tempoyak

Selasa, Mei 19, 2015 Mahamahu 0 Comments

Pembukaan Rasmi Dapur Koi Paling Best Ikan Patin Masak Tempoyak - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Buat peminat makanan asli negeri Pahang kat sekitar KL dan Selangor ini agak susah nak dapat. Tapi kali ini semua hidangan negeri Pahang ada di Restoran Dapur Koi. Jadi pecinta makanan seperti Patin Masak Tempoyak dan juga Sambal Hitam memang ini adalah tempatnya.


Restoran ini baru sahaja di buka tak sampai sebulan pun dari posting ini di buat dan pada masa sama mereka juga baru sahaja merasmikan pembukaan restoran ini pada 16 Mei 2015 yang lepas. Majlis pembukaan yang cukup meriah dan di raikan bersama beberapa barisan artis yang hadir seperti Awal Ashaari, Kaka Azraff dan juga penyampai radio ERA Jaa. Tapi Maha tak dapat hadir kerana ada urusan lain.



Tapi Maha telah pun pergi bersama blogger2 makan yang otai mencuba hidangan2 di restoran ini kerana nak tahu bagaimana rasa sebenar menu2 yang di sediakan. Maha pun orang Pahang dan memang mencintai masak Pahang ni jadi mesti kena cuba. Ada beberapa menu yang tak pernah Maha rasa tapi pernah dengar sahaja hehehehe. Mari kita tengok beberapa menu yang Maha dan juga abang2 blogger otai telah cuba sendiri. Paling tak sabar nak cuba mestilah Patin Masak Tempoyak kan. 





Di sini ada 2 jenis patin yang di masak tempoyak iaitu Patin Sangkar dan juga Patin Buah dari sungai Pahang. Bagi Maha kedua2 patin ini rasa berbeza dari rasa lemaknya tapi yang best masak tempoyak kat sini juga rasa sedap sangat. Di tambah pulak dengan Sambal Hitam Pahang memang terangkat bila korang makan. Pada yang kuat pedas sambal hitam ini sangat sesuai untuk cuba. 

Sambal Hitam Pahang

Yang ni Maha tak pernah cuba lagi iaitu Sambal Tempoyak Ikan Bilis & Petai. Memang dapat rasa kepedasan sambal ini dan kesedapan ikan bilis bersama petai best siot. Satu lagi Lemak Tempoyak Pucuk Ubi & Petai ini pun memang korang kena cuba. Semua masakan Pahang ini memang tersedaklah korang kalau makan laju hehehe pedas siot.

Sambal Tempoyak Ikan Bilis & Petai

Lemak Tempoyak Pucuk Ubi & Petai

Kalau yang tak makan tempoyak ini boleh cuba menu lain yang juga special dari Pahang seperti masakan Masak Lemak Cili Api Ikan Baung. Masih ikan sungai juga yang di masak pedas juga tapi masih boleh di nikmati semua peringkat umur. Kalau yang tak makan ikan sungai masih boleh cuba juga makanan lain seperti Ayam Kampung Goreng memang rangup dan sedap. 

Masak Lemak Cili Api Ikan Baung

Ayam Kampung Goreng

Kemudian masakan daging seperti Gulai Kawah dan juga Opor Daging. Kalau yang mencari Gulai Kawah ini adalah terbaik di masak dalam kawah depan mata. Opor Daging ini pula ada macam seakan-akan masakan rendang daging tapi ia tidak terlalu pekat dan memang daging lembut. Pada yang suka sup kat sini ada juga disediakan Sup Tulang yang terbaik. Hirup sekali mahu lagi hehehe.

Gulai Kawah

Sup Tulang

Opor Daging

Tapi kalau tak makan dengan Sambal Tempoyak Asli memang tak sah yang ini paling kaw2 sangat. Tpai kalau dapat makan dengan ulam-ulaman tempatan lagi best macam petai, kerdas, jering dan macam2 lagi perhhh terangkat doh. Ada kuah sayur lain iaitu Masak Lemak Umbut Kelapa juga terbaik.

Pais Ikan Patin

Masak Lemak Umbut Kelapa

Kalau korang datang Restoran Dapur Koi makan tengah hari hidangan ini semua di sediakan dalam bentuk buffet yang boleh di pilih sendiri. Tapi ada juga dalam bentuk hidangan set yang telah di sediakan menu2 dan juga harga sangat2 bebaloi. Terpulang pada korang nak pilih mana cara makan tapi bila makan kat sini rasa macam makan kat kampung lak. Restoran ini di bukan dari hari Selasa hingga Ahad manakala Isnin tutup, di buka dari pukul 9.00 pagi hingga 10.00 malam.

Puding Raja

Apa pun pada peminat makanan Pahang di alu-alukan untuk datang sini memang terbaik. Boleh cari restoran ini di sebelah SILK Highway sebelum tol Sg Ramal menghala ke Putrajaya. Terletak di Taman Putra Kajang, sebaris dengan Laman Grill dan bertentangan dengan kedai Kemangi Cafe. Jadi mudah jer nak cari kalau guna waze pun boleh juga. Selamat menjamu selera pada semua.

RESTORAN DAPUR KOI
Alamat : 2-G, Jalan Putra 2, Taman Putra Kajang, 43000 Kajang, Selangor







0 Pandangan: