Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label QSR Brand. Papar semua catatan
QSR Brands Beri Sumbangan RM150,000 Santuni Pelajar Asnaf UPM Sempena Aidilfitri
QSR Brands (M) Holdings Bhd (pengendali KFC, Pizza Hut, Ayamas dan Life) hari ini telah memberi sumbangan wang tunai kepada 100 orang pelajar asnaf UPM sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Pelajar UPM yang diadakan pada 27 April 2022 (Rabu) bersamaan dengan 25 Ramadan 1443H di Dewan Philip Kotler, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) UPM.
Majlis turut menyaksikan penyampaian replika Cek Agihan Bantuan QSR-SPE bernilai RM150,000.00 oleh Encik Mohd. Khairul Izzad Bin Mohammed Shamsuddin, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, QSR Brands (M) Holdings Bhd kepada Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM iaitu Profesor Madya Dr. Bany Ariffin Amin Noordin dengan disaksikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Yang Hormat Profesor Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM.
QSR Brands juga turut menyumbang set makanan KFC sebagai salah satu sajian berbuka puasa di majlis itu.
Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Pelajar UPM yang bertemakan “Mensyukuri Ramadan, Meraikan Aidilfitri” merupakan kesinambungan daripada program kerjasama Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) dan QSR Brands (M) Holdings Bhd dalam program misi agihan bantuan dan pemindahan ilmu kepada komuniti terutamanya keluarga asnaf dan pelajar fakir dan miskin. Mengambil keberkatan Ramadan, majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar asnaf UPM dan bagi membolehkan pelajar asnaf menyambut Aidilfitri 2022 dengan penuh kesyukuran. Ini selari dengan hasrat dan fokus kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan sosial sebagai manifestasi kasih sayang seluruh Keluarga Malaysia, untuk menjaga kebajikan pelajar terutamanya asnaf.
Langgan:
Catatan (Atom)
Ramainya
Siapa Dia
Catatan Popular
-
Entry kali khas aku buat semua blogger sempena dengan tahun baru yg akan tiba tak lama lagi. Maka aku nak buat satu servay yg bertujuan ...
-
KFC Malaysia mengesahkan semula komitmennya terhadap kesejahteraan komuniti melalui sumbangan 20,000 topeng muka untuk menyokong komuniti ya...
-
Sempena dengan perubahan domain baru ini maka Mah@mahu hendak menganjurkan satu bukan contest atau GA tapi bloglist. Sebab Mah@mahu telah m...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekali. Walaupun dalam ekonomi yang...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini...
-
Tak terlambat lagi rasa kita nak tunjukkan semangat syg dan cintakan kita kepada negara sendiri. Bersamaan dengan bulan kemerdekaan dan kiba...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekaian. Tahun Baru Cina yang akan tiba tak lama lagi ...
-
Penat tak tido satu mlm ni nak kira punya pasal nak pastikan ia adalah yg terbaik dan terlatest untuk semua blogger yg telah ...
-
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ini pengakuan benar yang Maha nak buat sebena...




