Aidilfitri,

QSR Brands Beri Sumbangan RM150,000 Santuni Pelajar Asnaf UPM Sempena Aidilfitri

Sabtu, April 30, 2022 Mahamahu 5 Comments

QSR Brands (M) Holdings Bhd (pengendali KFC, Pizza Hut, Ayamas dan Life) hari ini telah memberi sumbangan wang tunai kepada 100 orang pelajar asnaf UPM sempena Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Pelajar UPM yang diadakan pada 27 April 2022 (Rabu) bersamaan dengan 25 Ramadan 1443H di Dewan Philip Kotler, Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) UPM.



Majlis turut menyaksikan penyampaian replika Cek Agihan Bantuan QSR-SPE bernilai RM150,000.00 oleh Encik Mohd. Khairul Izzad Bin Mohammed Shamsuddin, Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, QSR Brands (M) Holdings Bhd kepada Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi, UPM iaitu Profesor Madya Dr. Bany Ariffin Amin Noordin dengan disaksikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Yang Hormat Profesor Dato’ Dr. Mohd Roslan Sulaiman, Naib Canselor UPM.

QSR Brands juga turut menyumbang set makanan KFC sebagai salah satu sajian berbuka puasa di majlis itu.



Majlis Penyerahan Sumbangan Aidilfitri Pelajar UPM yang bertemakan “Mensyukuri Ramadan, Meraikan Aidilfitri” merupakan kesinambungan daripada program kerjasama Sekolah Perniagaan dan Ekonomi (SPE) dan QSR Brands (M) Holdings Bhd dalam program misi agihan bantuan dan pemindahan ilmu kepada komuniti terutamanya keluarga asnaf dan pelajar fakir dan miskin. Mengambil keberkatan Ramadan, majlis ini diadakan bagi meraikan pelajar asnaf UPM dan bagi membolehkan pelajar asnaf menyambut Aidilfitri 2022 dengan penuh kesyukuran. Ini selari dengan hasrat dan fokus kerajaan dalam meningkatkan kesejahteraan sosial sebagai manifestasi kasih sayang seluruh Keluarga Malaysia, untuk menjaga kebajikan pelajar terutamanya asnaf.








5 ulasan:

  1. Tanpa Nama28 Mei, 2023

    Nice post thank you Nancy

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama01 Jun, 2023

    Nice post thank you Jeff

    BalasPadam
  3. Tanpa Nama08 Jun, 2023

    youtube to mp3 reviews 2018
    4k youtube to mp3 mac
    how to convert a youtube link into a mp3
    best safest youtube to mp3 converter
    youtube to mp3 select start time
    https://yttomp3.pro/
    youtube to mp3 320kbps reddit
    convert mp3 to youtube upload free
    download youtube video and convert to mp3 online
    download to mp3 youtube

    BalasPadam