Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Produk Makanan. Papar semua catatan

Quaker Malaysia Perkenal Zahirah Macwilson Sebagai Duta Jenama Terbaharu

Quaker, jenama oat nombor 1 dunia  dengan bangganya mengumumkan kerjasama dengan selebriti Malaysia, Zahirah Macwilson, sebagai duta jenama yang rasmi di Malaysia. Kerjasama ini menandakan satu pencapaian penting bagi Quaker dalam usaha memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk melakukan perjalanan transformatif menerusi pembinaan asas-asas untuk kehidupan selain memupuk kesejahteraan fizikal mereka menerusi khasiat oat.



Berbekalkan warisan lebih 140 tahun, Quaker berbangga dengan pelbagai penawaran meluas yang merangkumi 4 rangkaian produk utamanya – Quaker Base Oats, Quaker 3in1 Minuman Bijirin Oat, Quaker Multi-Grain & Quaker Oat Cookies. Hal ini menjadikan penerokaan dunia oat suatu pengalaman yang menyeronokkan dan mudah diakses oleh semua, tanpa mengira usia dan keadaan sama ada untuk sarapan, hidangan bijirin penuh, atau snek yang dibawa bersama. Dengan 7 kali lebih serat berbanding dengan beras putih , Quaker Oats bukan sahaja pilihan alternatif yang baik untuk jantung sihat tetapi juga menjadi makanan tambahan yang sangat sesuai untuk apa-apa jenis diet, sekali gus memastikan pengguna berasa kenyang lebih lama dan bertenaga sepanjang hari.

Pengurus Pemasaran PepsiCo Malaysia, Debra Deyvitah berkata, “Quaker Oats ialah bijirin hebat yang bekerja keras untuk menyuburkan dan membina badan yang kuat menerusi pelbagai manfaat seperti kepadatan nutrien, tenaga yang berpanjangan, kesihatan jantung, dan penghadaman. Kami memahami bahawa meskipun adakalanya situasi dalam kehidupan seharian boleh menghalang pembinaan tubuh dan minda yang kuat yang diperlukan untuk berkembang, kami percaya bahawa hal ini tidak sepatutnya menghalang kita daripada mengambil pemakanan yang sihat. Oleh yang demikian, kami berasa teruja memperkenalkan Zahirah Macwilson sebagai Duta Jenama kami di Malaysia. Kesungguhan Zahirah Macwilson untuk terus mengamalkan gaya hidup sihat di sebalik jadual yang padat tepat mencerminkan semangat Quaker. Menerusi kerjasama ini, kami berharap untuk terus memperkasakan rakyat Malaysia untuk menjalani kehidupan yang lebih berkualiti dengan menerima kebaikan Quaker.”



Sebagai peminat setia dan pengguna produk Quaker sejak sekian lama, Zahirah sentiasa menggabungkan Quaker dalam pelan makanan hariannya. “Saya menggemari oat, dan Quaker telah sejak dahulu lagi menjadi sebahagian daripada kehidupan saya. Variasi produknya yang pelbagai memberikan perubahan yang ketara kepada saya. Sama ada saya memerlukan hidangan sarapan segera, sesuatu untuk dipadankan dengan hidangan saya, rangsangan nutrisi, manisan, atau sesuatu yang dapat memberikan tenaga yang berterusan untuk memastikan saya kekal aktif, saya sentiasa boleh mengharapkan Quaker. Selain itu, ciri serba guna produk yang ditawarkan membolehkan saya mencuba pelbagai resipi berbeza, lantas memberi saya pengalaman yang menyeronokkan. Saya tidak sabar untuk berkongsi kegembiraan ini dan menikmati manfaat oat bersama-sama rakyat Malaysia sebagai Duta Jenama Quaker,” kata Zahirah Macwilson, Duta Jenama Quaker 2023. 

Dengan komitmen untuk mencipta produk yang mempunyai rasa yang enak dan pada masa yang sama mengekalkan manfaat nutrisi, Quaker dikenali kerana sentiasa memastikan pengguna berasa kenyang untuk tempoh yang lebih lama , sekali gus membantu mereka mengekang diri daripada mengambil snek yang berlebihan dan mengekalkan diet yang seimbang. Selain itu, pengambilan Quaker Oat telah diiktiraf secara meluas kerana keupayaannya dalam mengurangkan tahap kolesterol  secara beransur-ansur, menjadikannya pilihan yang sihat untuk jantung bagi individu pada semua peringkat umur.



Quaker mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk menyertai Zahirah Macwilson dalam menggabungkan kebaikan oat dalam hidangan harian mereka dan menerokai pelbagai cara untuk menikmatinya menerusi hidangan seperti Nasi Goreng Quaker, Onde-Onde Quaker Oats Cookies, Nutty Fruity Oatmeal, dan banyak lagi menerusi resipi yang tersedia di laman sesawang Quaker atau dengan mengikuti Zahirah di Instagram untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai perjalanan kesejahteraan beliau bersama Quaker.

Rakyat Malaysia boleh menyaksikan aksi Zahirah dalam iklan jenama Quaker Malaysia yang terbaharu di YouTube. Untuk maklumat lanjut mengenai Quaker, sila kunjungi https://quaker.com.my/ dan ikuti Quaker di Facebook dan Instagram bagi promosi, acara dan maklumat terkini.







Rasai Kombinasi Dua Jenama Ikonik Pizza Hut Malaysia Dan Coca-Cola

Pizza Hut Malaysia dan Coca-Cola teruja mengumumkan kolaborasi ikonik dua jenama terkemuka yang menampilkan dua variasi perisa baharu yang lazat: Hawaiian Cola Pizza dan Krispy Cola Wingstreet. Menariknya setiap hidangan adalah hasil gabungan produk asli mereka yang amat digemari ramai, semestinya mencipta pengalaman rasa baharu yang hebat.


LACTIMA Kepingan Keju Dari Negara Poland Yang Halal Lazat Dan Memikat

QSR Trading, penggerak di sebalik KFC dan Pizza Hut Malaysia dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran barisan produk kepingan keju jenama LACTIMA. Empat varian baharu - Cheddar Yellow, Toast, Mozzarella, dan Creamy akan diperkenalkan di pasaran Malaysia mulai hari ini.


Mister Potato umum gandingan terkini dalam kempen baharu – Mister Potato x Cha Eun-Woo

Mengumumkan berita gembira buat semua peminat Nunu dan AROHA sekalian! Artis K-pop Cha Eun-Woo telah dipilih sebagai duta jenama terbaharu Mister Potato dalam kempen terkini yang dilancarkan hari ini. Kerjasama serantau terbaharu ini – Mister Potato x Cha Eun-Woo – adalah sebahagian daripada kempen sambutan ulang tahun ke-30 Mister Potato yang akan diadakan sehingga pertengahan Ogos 2022. 


Pertama Kali Sediakan Hidangan Jepun Dengan Produk KANIKA Dan Promosi Hari Bapa

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pada hujung minggu yang lalu Maha satu keluarga ada nak datang untuk jalan-jalan kat Kuala Lumpur ni kebetulan pula ada sekali dengan jemputan kenduri kahwin sedara di sini. Jadi keluarga mak ayah dan adik datang dan bermalam di rumah Maha ini kerana rumah Maha pun dekat dengan rumah kenduri dan juga memang Maha tinggal berdua dengan adik lelaki jadi senang keluarga nak datang.


Bersedia untuk Menikmati Nutella B-Ready Kini Dalam Bentuk Bar

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Nutella, sapuan kacang hazel yang ikonik, telah memperluas rangkaian produknya dengan Nutella B-Ready, iaitu produk biskut yang diperkenalkan baru-baru ini di Malaysia. Direka khusus untuk mereka yang sentiasa aktif dan sibuk serta mereka yang ingin mendapatkan makanan ringan antara sajian utama, Nutella B-Ready baharu merupakan penyelesaian yang sesuai dan tepat.


Tergoda Dengan Lima Produk Baru Daripada LengQuas Kena Cuba Ini

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Hari tu Maha ada hebohkan pada semua tetang kat sosial media 'Hari Terbuka LengQuas' yang diadakan dua hari iaitu 25 dan 26 Mac 2022 bertempat di Dapur Setempat KOPETRO Taman Bukit Serdang Sri Kembangan Selangor. Siapa sini yang ada pergi pada hari terbuka tu. Korang kongsikanlah pengalaman pergi sana sebab macam-macam dia orang buat sepanjang dua hari tu.


Twisties Dalam Perisa Baharu ‘Kaya Butter Toast’

Jenama makanan ringan kegemaran Malaysia, Twisties sekali lagi memperkenalkan perisa kegemaran tempatan rakyat Malaysia menerusi varian ‘Kaya Butter Toast’. Makanan ringan yang sesuai dinikmati pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja, Twisties Kaya Butter Toast memberikan keunikan rasa yang tersendiri  kepada para pencinta makanan ringan melalui pengalaman mengunyah tanpa henti yang menyeronokkan.