Biskut,

Bersedia untuk Menikmati Nutella B-Ready Kini Dalam Bentuk Bar

Jumaat, April 01, 2022 Mahamahu 0 Comments

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Nutella, sapuan kacang hazel yang ikonik, telah memperluas rangkaian produknya dengan Nutella B-Ready, iaitu produk biskut yang diperkenalkan baru-baru ini di Malaysia. Direka khusus untuk mereka yang sentiasa aktif dan sibuk serta mereka yang ingin mendapatkan makanan ringan antara sajian utama, Nutella B-Ready baharu merupakan penyelesaian yang sesuai dan tepat.



Para peminat Nutella yang selama ini menikmatinya dalam bentuk balang kini boleh mencubanya dalam bentuk bar! Nutella B-Ready adalah rangup pada bahagian luar dengan kulit biskutnya, dan berkrim pada bahagian dalamnya dengan  Nutella® yang lazat serta taburan bertih gandum rangup.  Bar biskut yang sentiasa dicari-cari ini dibungkus secara individu dan sesuai untuk dimakan sepanjang hari, pada bila-bila masa dan di mana-mana jua.
 
Sulabh Madhwal, Ketua Pemasaran Nutella Asia Tenggara berkata, “Rakyat Malaysia menggemari makanan ringan, dan di Ferrero, kami sentiasa berusaha untuk memahami dan menangani keperluan tempatan secara inovatif. Dengan Nutella B-ready, kami menawarkan cara baharu kepada rakyat Malaysia untuk menikmati makanan ringan yang sedap pada waktu aktif dan sibuk, dijadikan istimewa dengan perisa ikonik Nutella yang disukai ramai.” 

Nutella B-Ready menggabungkan sapuan kacang hazel yang ikonik dengan kombinasi tekstur berbilang, dan diperbuat daripada tujuh ramuan yang dipilih secara teliti dan berkualiti tinggi tanpa pewarna atau pengawet tambahan.
 
Nutella B-Ready kini boleh didapati di rak-rak di kesemua peruncit utama, termasuk pasar raya, kedai serbaneka, kedai runcit, dan kedai dalam talian dalam 2 bentuk – bar tunggal dan pek berbilang yang mengandungi 6 bar. 

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman Facebook Nutella Malaysia atau layari  www.nutella.com/my/en/.







0 Pandangan: