Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Pizza Hut. Papar semua catatan

Rasai Kombinasi Dua Jenama Ikonik Pizza Hut Malaysia Dan Coca-Cola

Pizza Hut Malaysia dan Coca-Cola teruja mengumumkan kolaborasi ikonik dua jenama terkemuka yang menampilkan dua variasi perisa baharu yang lazat: Hawaiian Cola Pizza dan Krispy Cola Wingstreet. Menariknya setiap hidangan adalah hasil gabungan produk asli mereka yang amat digemari ramai, semestinya mencipta pengalaman rasa baharu yang hebat.


ONG! Bersama Dengan Pizza Khas Tahun Baru Cina Dari Pizza Hut

Pizza Hut telah memperkenalkan dua pizza sempena perayaan Tahun Baru Cina – The Ooooooooong Party Box dan Ooooooooog Treasure Box yang menampilkan pizza Cheesy Poppers – kedua-duanya menarik untuk dijadikan buah tangan dan sesuai dinikmati bersama keluarga dan orang-orang tersayang apabila berkumpu beramai-ramai.


WOW! Piza Looooooooong Party Box Sepanjang Satu Meter Hanya Ada Di Pizza Hut Sekarang

Pizza Hut ingin menarik para peminatnya untuk menjamu selera di restoran dan menikmati piza Looooooooong Party Box. Sepanjang bulan kemerdekaan yang ke-65, pelanggan kini boleh menikmati piza sepanjang satu meter yang didatangkan dengan tiga sos pencicah berserta minuman ringan tanpa had (free flow) untuk 10 orang dengan hanya menambah RM10.


Mulakan Tahun 2022 Dengan Tawaran Pizza Hut RED MMMMonday Untuk Atasi Masalah 'Monday Blues'

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi dan dirindui selalu. Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada tahun 2021 yang penuh makna, Pizza Hut Malaysia kini memulakan tahun 2022 dengan tawaran baharu yang lebih menarik! Memperkenalkan tawaran RED MMMMonday yang menggembirakan, dimana anda boleh menikmati penjimatan hebat sambil memuaskan selera anda dengan hidangan piza yang lazat setiap hari Isnin.


PIZZA HUT Tampil Dengan Kempen Istimewa 200 Piza Hand Crafted PERCUMA Sepanjang Oktober

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekaian. Bersempena kejayaan pelancaran Hand-Crafted San Francisco Style Pizza, Pizza Hut sekali lagi tampil memberi penghargaan dan kepelbagaian kepada rakyat Malaysia dengan satu lagi kempen istimewa. Untuk semua penggemar piza yang sudah jemu dengan menu pizza yang hambar, mereka kini boleh menikmati menu Hand-Crafted dari Pizza Hut dengan hanya menukarnya menggunakan kupon atau baucar diskaun yang mereka perolehi dari mana-mana restoran atau jenama piza.


Pizza Hut Membawa Selera Anda Keluar Bercuti Dengan Pelancaran Pizza Hand Crafted Light dan Airy Baharu

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Pencipta Pan Pizza ikonik dan Stuffed Crust Pizza kegemaran ramai serata dunia, Pizza Hut sekali lagi tampil untuk mengukir sejarah dengan  ciptaan kerak terbaharu yang bakal mengangkat kelazatan piza ke tahap yang lebih hebat. Setelah bertahun-tahun berkembang, kerak piza jenis Hand Crafted San Francisco yang  terbaharu ini memberikan citarasa lembut dan ringan, garing di luar dan gebu di dalam, dicipta  khas untuk menggembirakan selera para pencinta piza terkini.



“Sebagai jenama pizza yang paling dikenali di Malaysia, tiada yang lebih penting daripada  meletakkan citarasa dan selera pelanggan sebagai keutamaan kami, memastikan setiap  pengalaman menikmati pizza mudah dan enak untuk semua lapisan masyarakat. Peningkatan  citarasa dan selera semasa terhadap makanan jenis ‘artisanal’ dan autentik di kalangan  generasi muda memberi peluang kepada Pizza Hut untuk menampilkan produk berinovasi ini  kepada mereka.”



“Hand Crafted San Francisco Style Pizza terbaharu ini disediakan segar setiap hari  menggunakan doh jenis sourdough yang melalui proses penapaian yang panjang,  mewujudkan struktur sel terbuka yang benar-benar mengubah rasa dan tekstur pizza. Ini  menghasilkan kerak piza unik yang garing di luar, namun lembut dan ringan pada setiap  gigitan, sambil meninggalkan rasa enak dan lazat.” 



“Teknik pembuatan yang inovatif ini mengangkat kerak piza jenis nipis yang biasa terdapat di  pasaran menjadi satu-satunya kerak enak luar biasa dengan kesedapan unik, hanya terdapat  di Pizza Hut. Hand Crafted San Francisco Style Pizza adalah kerak piza bertekstur, penuh  dengan keenakan rasa, namun ringan. Ini benar-benar tiada tandingan, begitu ringan tetapi  lazat, dengan harga yang sesuai dinikmati oleh semua rakyat Malaysia," kata Emily Chong,  Ketua Pegawai Pemasaran Pizza Hut Malaysia.



Bagi meraikan pelancaran ini, Pizza Hut telah merangka kempen kreatif berkait dengan  keinginan yang mungkin dirasakan oleh semua rakyat Malaysia sekarang - kerinduan untuk bercuti dan berjalan jauh sambil menimba pengalaman baru namun terhalang di musim PKP  yang ketat semenjak Jun lalu. Pizza Hut ingin mengembirakan pelanggan dengan  memberikan satu alternatif dimana ia memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk  menikmati percutian dan pengalaman travel dengan cara unik menerusi tekak dan selera  mereka dengan Hand Crafted San Francisco Style Pizza yang baharu. Kelazatan kerak  terbaharu ini akan melahirkan kepuasan rasa yang hebat seakan-akan perasaan anda semua  apabila dapat makan angin dan bercuti ke tempat yang baru.

"Kami berharap musim PKP ini lebih bermakna dengan kempen kreatif ini dimana 10,000  rakyat Malaysia yang bertuah akan dapat merebut Pek Travel Pizza dengan harga  pengenalan RM 1.90 untuk menikmati pengalaman piza baru yang luar biasa dengan mudah  dalam suasana simulasi seakan-akan anda akan keluar melancong," kata Emily Chong.

Sementara itu, Pek Travel Pizza unik ini akan dijual pada 14 – 16 Ogos 2021 (3 hari) pada  pukul 3 petang untuk waktu yang terhad (selama 1 jam sahaja) hanya boleh didapati di https://travel.pizzahut.com.my dengan (terhad, siapa cepat, dia dapat).



Sementara itu, Hand Crafted San Francisco Style Pizza baharu ini telah dijual di kesemua 418  kedai Pizza Hut di seluruh negara, melalui khidmat penghantaran atas talian dan juga khidmat  dibawa pulang dari www.pizzahut.com.my, Aplikasi Pizza Hut, GrabFood atau anda juga  boleh datang ke mana-mana kedai Pizza Hut untuk khidmat dine-in (terhad di kawasan  mengikut pengumuman terkini kerajaan) atau bawa pulang. Kerak inovatif ini boleh didapati  dengan semua topping kegemaran anda, sama ada hidangan kombo atau ala carte.

Promosi  untuk kerak baru ini juga tersedia dalam promosi khas 50% diskaun sempena pelancarannya.  Pesan promo ini di www.pizzahut.com.my/order/promosi.









Mengirim Salam Dengan Pizza Kari Raya Bersama Pizza Hut

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian yang dikasihi. Raya kali ini, umat Islam seluruh negara sekali lagi akan menyambutnya dengan norma baru tanpa kunjung mengunjung dengan PKP yang semakin ketat, namun tidak semestinya sambutan kali ini tidak bermakna.


Tarik, Celup, Syok Dengan Piza Cheesy Poppers Baharu Dari Pizza Hut

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Ketika kita masih lagi berdepan dengan wabak Covid-19, suasana berkumpul beramai-ramai untuk menikmati juadah bersama keluarga dan orang yang tersayang sudah tidak lagi menjadi kebiasaan, lebih-lebih lagi untuk meraikan sambutan akhir tahun seperti tahun-tahun sebelumnya. Walaupun penting untuk kita menjaga jarak sosial, namun ikatan dan jalinan dengan orang tersayang juga sama pentingnya.


Meletup-letop Di Dalam Setiap Gigitan Dengan Black Volcano Pizza

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pizza Hut adalah salah satu restoran makanan piza kegemaran Maha kerana apa bukan sahaja kerana kesedapnya tapi juga keunikan setiap musim piza yang dihasilkan. Sebelum ini pernah ada Krabby Cheese Pizza kemudian ada pula Durian Cheese Pizza semuanya kaya penuh dengan keju.

Keseronokan Makan Bersama Keluarga Di Pizza Hut Dengan Chicken Cheesy Bites Baru

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Piza adalah satu makanan yang sesuai untuk dimakan bersama keluarga. Kalau yang dah berumah tangga ada anak-anak kecil nak lebih mesra dan erat kasih sayang Maha cadangkan korang makan kat Pizza Hut.


Sebab apa kita satu keluarga akan mengadap satu hidang piza yang dikongsi beramai-ramai. Kalau tempat lain kita akan makan pinggan lain-lain tapi kat sini jer kita makan akan mengadap satu sama lain dan saling kongsi makanan piza tu. Paling best bila makan rebut-rebut dengan anak-anak lagi meriah dan kecoh satu meja tu hehehehe.




Kini Pizza Hut memeriahkan lagi dengan mengeluarkan piza baru buat semua pecinta cheese. Chicken Cheesy Bites yang mengandungi 18 kerak piza, penuh dengan kejutan keju cheddar dan mozarella, dilengkapi dengan peperoni ayam lazat, bebola daging ayam dan cebisan daging ayam di atas sos tomato salsa dan keju.
Chicken Cheesy Bites

Cheesy Dip

Perhhh memang meleleh dengan Maha hari tu dapat makan piza ni tak cukup satu tapi 2 sekali makan habis. Nak lagi berganda kesedapan piza baru ini korang kena makan dengan Cheesy Dip yang penuh dengan cheese. Ni kalau korang order piza ni akan dapat dan korang kena cicah piza dengan Cheesy Dip sebelum masuk ke mulut. So korang akan dapat kesedapan 2 kali tanpa kata apa-apa.


Piza Chicken Cheesy Bites terbaru ini boleh dibeli melalui pesanan ala carte dengan harga RM35.50 untuk saiz biasa, manakala pilihan kombo juga boleh didapati melalui penghantaran, take-away atau dine-in. So tunggu apa lagi jom serbu restoran Pizza Hut seluruh Malaysia yang ada.


Sekarang ni pula kalau korang datang makan kat restoran Pizza Hut korang akan dilayan dengan konsep digital baru iaitu kesemua pekerja dilengkapi dengan tablet untuk mengambil pesanan dengan lebih efisien dan tepat. Bukan setakat kedai Mamak jer sekarang restoran Pizza Hut pun dah guna tablet ok tak perlu nak tulis-tulis lagi.



Juga restoran istimewa mereka di Sunway Pyramid adalah satu-satunya di Asia Pasifik yang menyediakan Kiosk Bawa Pulang Digital. Masa korang lalu kat luar restoran tu pun dah nampak ada 3 kiosk yang disediakan untuk korang order bayar kat situ dan pastu ambil untuk bawa pulang. Tak perlu nak berbaris panjang best gila.


Lagi memantapkan konsep digital di Pizza Hut mereka juga telah memperkenalkan applikasi mobile yang boleh dimuaturun sekarang di Andriod dan iOS. Kat dalam apps tu korang boleh order untuk beli tanpa buat panggilan. Sistem apps ni lebih mesra pengguna dan efisyen untuk tempahan piza yang korang suka. Lokasi dan data korang akan disimpan dalam ni dah hanya perlu isi sekali jer mempercepatkan tempahan piza.


Jadi lepas ni nak makan piza kat mana-mana pun boleh semua dihujung jari. Maha sendiri dah cubu semua khidmat mereka ni memang satu perubahan yang drastik dilakukan oleh Pizza Hut Malaysia dalam memastikan ia adalah penyedia piza pilihan pertama di Malaysia. Jom kita ke Pizza Hut sekarang. Selamat menjamu selera semua.

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 3.5/5





Cair Tengok Marsha Milan Londoh Seperti Cairnya Cheese Pastry Crown Pizza Dari Pizza Hut

Cair Tengok Marsha Milan Londoh Seperti Cairnya Cheese Pastry Crown Pizza Dari Pizza Hut - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Tahun Baru Cina tak lama lagi semua pihak pasti menonjolkan kelainan untuk pengguna nikmati kehebat dan keseronokan tahun baru. Begitu juga tidak ketinggalan Pizza Hut Malaysia yg telah melancarkan produk baru Pastry Crown Pizza untuk semua peminat2 piza di Malaysia.


Mahamahu dan juga beberapa org blogger telah di jemput untuk majlis memperkenalkan produk baru ini khas daripada Pizza Hut. Bukan sahaja kami ada pada majlis yg berlangsung di Pizza Hut Quill Mall City Mall KL malah turut bersama pelakon dan penyanyi cantik manis dari Sabah sapa lagi kalau byukan Marsha Milan Londoh. Cair kejap tgk Marsha yg memang cantik dan manis orgnya mcm cairnya cheese atas kerak piza.



Ok back to piza hehehe memang piza ini lain daripada lain kerana ia menggabungkan antara piza dan juga pastry di dalam satu hidangan. Keunikan piza ini terletak pada kombinasi lapisan inti manis dan lazat beserta kerak keju tiga rasa yg di lapisi mentega garing keemasan. Atas piza ini pula di limpahkan dengan topping ketulan meatloaf ayam, bawang, nanas, kapsikum merah, keju mozzarella dan sos istimewa BBQ Tennesse.



Tgk sendiri lah bahan2 yg di letakkan di atas piza ini memang korang akan terliur dan rasa nak cuba. Mahamahu yg makan piza ini panas2 memang menarik kerana korang akan rasa mentega kat tepinya yg manis dan gabungan topping yg penuh akan buat korang kenayang. Pastu makan pula dengan sup cendawan, dan juga appertizer yg ada cukup menarik.



Pada hari tu juga kami bukan sahaja makan piza tapi juga turut melakukan acara menggaul Yee Sang semepena dengan Tahun Baru Cina yg bakal tiba tak lama lagi ni. Marsha pun turut sama dengan blogger dan juga Pengurus Besar Kanan Pizza Hut Malaysia menggaul Yee Sang. Mahamahu suka sebenarnya makan Yee Sang ini kerana ia mengandungi segala dalam satu hidangan. 



Buat anda yg nak cuba Pastry Crown Pizza boleh dapatkan sekarang di semua cawangan Pizza Hut di Malaysia sehingga 31 Mac 2015 ini. Kalau korang tambah RM6.00 lagi korang berpeluang menikmati hidangan Pastry Crown Pizza melalui kombo Huts Delight Meal dan Big Double Box. Ada juga set Big New Year Box sempena tahun baru pada harga isitmewa RM47.90 di mana dalam kombo ini mengandungi Pastry Crown Pizza, 6 ketul drummet New Orleans, roti bawang putih, 6 ketul spicy chicken fingers dan 2 sup cendawan. Selamat menjamu selera dari Mahamahu.








Pizza Baru Dari Pizza Hut Keju 3 Rasa Dalam Jam-Packed

Pizza Baru Dari Pizza Hut Keju 3 Rasa Dalam Jam-Packed - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Mahamahu ada antara penggemar pizza kalau ada yg baru mesti Mahamahu akan cuba. Kini Pizza Hut memperkenalkan Pizza Jam-Packed semenjak 4 November lalu. 




Pada majlis bersama blogger baru2 ini Pizza Hut memperkenalkan kepada kami Pizza Jem-Packed 2 lapis dengan keju 3 rasa dan inti berganda. Kalau korang biasa tgk iklan dalam tv dah ada keluar tentang pizza ini. Lihat sahaja dah cukup menyelerakan dan dapat rasa kerangupan dan limpahan cheesenya.

Pizza Jem-Packed

Beza pizza ini dengan yg sedia ada adalah dari segi fizikalnya yg ada dua lapisan inti yg disusun bertingkat. Selain kelebihan pada jumlah cheese yg di gunakan begitu banyak serta di bakar dengan topping yg di susun cantik seperti bunga di atasnya. Itu adalah pepperoni ayam dan sensasi sos pesto, chicken pepperoni florets, lada benggala, serta hirisan daging ayam lazat menjadikan ia adalah pizza paling padat dengan rasa. 


Pada malam tersebut juga majlis di meriahkan dengan pertandingan selfie, twitter, dan juga cabutan bertuah dengan hadiah2 yg hebat2. Mahamahu pun dah menang pada malam tesebut dengan peraduan selfie. Korang juga berpeluang untuk menang dengan preaduan Selfie bersama Pizza Jam-Packed. Cara2nya korang boleh baca seperti di bawah ini hadiah juga cukup lumayan. 




Apa lagi ini peluang anda untuk makan pizza yg padat dan penuh dengan rasa sambil menang hadiah lumayan. Pizza Jam-Packed ini menjanjikan kelainan kepada anda yg menggemar rasa pizza sensasi. Anda juga boleh cuba hidangan sampingan lain yg special seperti Sharing Platter, Creamy Fondue, Pollo Arrabiata Spagetti dan Molten Lava Cake.

 Pollo Arrabiata Spagetti

Sharing Platter

Creamy Fondue

Molten Lava Cake

Jom ke Pizza Hut selagi masih ada tawaran ini dengan rasa yg enak dan juga harga berpatutan. Pizza Jam-Packed ini boleh di nikmati secara dinning atau take away atau delivery. Segera ke cawangan Pizza Hut berhampiran anda kerana promosi ini telah bermula. Selamat menjamu selera.







Piza Pan Baru Dari Pizza Hut Di Jamin Berkualiti Di Jamin Rasa Hebat

Piza Pan Baru Dari Pizza Hut Di Jamin Berkualiti Di Jamin Rasa Hebat - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu. Pizza Hut adalah jenama pengeluar dan penyediaan piza berkualiti yg di percayai oleh peminat piza di Malaysia. Setelah berpulun tahun berada di Malaysia kini Pizza Hut memperkenalkan variasi piza baru dan juga pembuka selera.

Sharing Platter

Hut's Platter

Pan piza yg baru ini di beri jaminan akan di sediakan secara segar, dengan menggunakan ramuan serta bahan-bahan terbaik dan berkualiti tinggi bagi menghasilkan piza yg enak dan lazat. Piza baru ini juga ada jamina kepuasan dan sekiranya pelanggan tidak berpuas hati dengan rasa serta kualiti, Pizza Hut yg anda makan akan menggantikan dengan piza baru secara percuma.

Creamy Foundue

Sapa yg dtg Pizza Hut kini boleh memilih daripada 16 jenis topping termasuk 3 jenis piza baru yg di perkenalkan dalam menu baru ini iaitu Meat Lover's Pesto, Pesto Chicken dan BBQ Chicken. 3 piza ini Mahamahu dah rasa dan memang cukup lain dari yg biasa dan membuka selera sgt. 

Meat Lover's Pesto

BBQ Chicken

Pesto Chicken

Selain daripada Piza Pan baru Pizza Hut juga turut memperkenalkan 18 jeni menu baru merangkumi pelbagai jenis pembuka selera, pasta, hidangan nasi, minuman dan juga pencuci mulut. Yg Mahamahu sempat cuba adalah seperti BBQ Wings, Chicken & Cheese Roll, Cinnamon Twist, Mama Mia Meatballs, Pollo Arrabiata Spaghetti, Molten Lava Cake dan banyak lagi.

Creamy Mushroom Chicken Fettuccine








Menu nasi juga ada buat kali ini special dari Pizza Hut, antaranya adalah Flaming Prawn Rice dan Chicken & Cheese Bake Rice. Bagi minuman juga telah di tambah baik untuk menambah variasi dalam menu di Pizza Hut. Antara air minuman baru yg ada kat sini adalah seperti Fizzy Berry, Tiramisu Treat dan Chocolate Tiramisu Twist. 


 

Promosi piza baru ini terlah bermula sekarng kalau korang perasan ada iklan di tv Pizza Hut tu lah dia untuk promosi hebat kali ini. Pizza Hut juga mengadakan peraduan bermula 12 Ogos 2014 hingga 10 September 2014 yg menawarkan hadiah hebat sehingga RM1000.00. Nak sertai peraduan ini hanya membuat pembelian minimun sebanyak RM30 dalam satu resit. Perlu hantar penyertaan melalui WhatsApp atau melalui pos. So tunggu apa lagi jom makan piza sekrang...