Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahun ini adalah musim keempat Pensonic menganjurkan rancangan memasak di TV bersama dengan pelbagai lapisan masyarakat di Malaysia dan selebriti terkenal tanahair. Maha sendiri pernah sertai program ini tak silap tahun 2016 rasa. Dari dulu sampai sekarang masih bersama dengan selebriti chef yang tak asing lagi dengan produk ini iaitu Dato' Chef Ismail.
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pensonic adalah pengeluar produk memasak yang Maha percayai mana tidak sebelum ni pernah guna Pensonic Bread Maker, Pensonic AirFryer dan terbaru Pensonic Steamboat & BBQ. Kali ini pula Pensonic Noodle House adalah impian setiap suri rumah dan penggemar mi serta pasta di seluruh Malaysia. Pembuat mi dan pasta automatik yang mesra pengguna ini menghasilkan mi yang anjal dan pasta yang cantik dalam masa yang singkat.
Korang juga boleh tambahkan jus buah-buahan dan sayuran seperti labu, lobak merah, tomato atau ubi ‘beetroot’ ke dalam tepung bebas gluten, protin tinggi atau tepung untuk menyediakan mi dan pasta mengikut citarasa korang yang beraneka warna, perisa dan lazat. Korang yang mengutamakan kesihatan dan pemakan yang cerewet terutama kanak-kanak, akan turut menggemarinya.
Hanya dengan butang automatik satu sentuhan dengan motor yang kuat tetapi senyap, yang dapat mengadun, menguli serta menekan keluar adunan doh dengan cepat, sesiapa pun boleh menjadi pakar membuat mi dan pasta segar hanya dengan menukar bahan-bahannya sedikit.
Pengulian cepat 3 minit dalam produk ini sudah pasti menjadikan pembuatan mi dan pasta bebas pengawet dan bebas gluten satu perkara yang mudah. Seperti masakan ibu yang memang sedap berbanding dengan makanan yang dibeli dari kedai, mi dan pasta segar yang dibuat menggunakan Pensonic Noodle House lebih sedap, berperisa, bebas pengawet dan berkhasiat jika dibandingkan dengan mi dan pasta dari kilang.
Saiz produk ini yang padat membolehkannya diletak di atas permukaan kabinet dapur dan ia disertakan dengan 13 pembentuk. Pembentuk acuan terdiri daripada Large Fettuccine, Medium Fettuccine, Small Fettuccine, Thick Spaghetti, Thin Spaghetti, Ultra Thin Spaghetti, Udon, Macaroni, Triangular, Open Macaroni, Sliced Noodle, Ultra Thick Spaghetti dan Dumpling Wrapper.
Jika korang berminat memasak, boleh mendapatkan resipi-resipi mi dan pasta di Pensonic Kitchen Facebook. Terdapat berbagai-bagai resipi mi dan pasta yang menyelerakan dan mudah disediakan di sana. Walaupun Pensonic Noodle House menjadikan proses membuat mi dan pasta semudah ABC, satu faktor penting yang mempengaruhi kejayaan mi atau pasta ialah kuantiti bahan-bahan. Oleh itu, kami juga memberi satu Penimbang Digital Dapur percuma untuk masa terhad sahaja. Alat pembersihan yang berfungsi sebagai pemotong, bekas penyukat air dan tepung juga disertakan bersama set pembelian ini.
Kelebihan mi dan pasta yang dibuat di rumah ialah tekstur doh yang kasar sedikit berbanding dengan mi dan pasta yang dibeli dari kedai. Tekstur doh yang kasar ini membolehkan sos melekat pada permukaan mi dan pasta, menjadikannya lebih sedap dan lazat! Kebanyakan mi dan pasta yang dibeli dari kedai mempunyai permukaan yang licin, oleh itu sos tidak melekat dan tertinggal di atas mangkuk.
Jika korang nak membeli Pensonic Noodle House, korang boleh mendapatkannya dari Pensonic e-store dengan menggunakan promosi kod 'MAHAPNH' dan dapat harga serendah RM399 buat masa terhad sehingga 14 Oktober 2018 sahaja tau. Kat sana boleh dapat penimbang digital dapur edisi terhad juga. Kesemua 13 pembentuk disertakan percuma bersama pembuat mi ini. Korang tidak perlu menjadi chef yang pakar untuk membuat mi dan pasta yang menyelerakan. Jadi tunggu apa lagi boleh dapat sekarang.
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Hari tu Maha ada jalan-jalan kat pasaraya ingat nak beli bahan untuk memasak tapi sekali ternampak satu perkakasan memasak yang masih tiada kat rumah. Jadi apa lagi terus jatuh cinta dan belilah produk Pensonic Stimbot & BBQ 2-Dalam-1.
Nak masak steamboat waktu berbuka tak berapa selera sangat jadi fikir satu idea untuk buat satu resipi yang boleh guna peralatan Maha baru beli ini. Maka terlintas kat fikiran nak masak Pais Ikan Mabong. Sebab barang Pensonic ini ada BBQ ditengah-tengahnya jadi mudah lah nak buat panggang makanan laut. Besar juga perkakasan ini ingat kecil jer.
Bila Maha balik dan buka memang rasa teruja sangat nak cuba perkakasan ini. Terus sediakan bahan-bahan untuk buat resipi yang dan plan tadi. Tak banyak pun bahan kena sedia dan cara nak buat pun tak susah cuma yang susah nak dapatkan daun pisang kat KL ni. Kalau tak ada daun pisang boleh gantikan dengan daun kunyit untuk balut ikan tu nanti.
Jom tengok apa bahan-bahan yang Maha gunakan untuk resipi kali ini.
2 ekor Ikan Mabong 3 tangkai Cili Merah 1 biji Bawang Besar 3 ulas Bawang Putih
4 biji Cili Padi 2 cm Halia 2 cm Kunyit Hidup 2 batang Serai 4 sudu masak Air Asam Jawa 1 helai Daun Kunyit 2 helai Daun Pisang Garam dan gula secukup rasa
Semua bahan yang kat atas tu kisar sehingga halus. Kalau korang nak ikut cara lebih senang boleh tonton video yang Maha sediakan kat bawah ini cara paling cepat dan mudah nak masak Pais ini.
Tak silap Maha Pais ini adalah masakan berasal dari Negeri Pahang. Tapi serata negeri pun dah ramai orang pandai masak. Ikan tu boleh digantikan dengan ikan lain yang korang suka seperti Ikan Talapia, Ikan Kembong atau juga Ikan Pari. Kalau nak lebih pedas korang boleh lebihkan cili padi tu Maha letak sikit sebab tak kuat pedas.
Perkakasan memasak Pensonic yang Maha beli tu memang sangat bagus lah mudah jer sebab ada kawalan kepanasan berasingan antara Steamboat dan juga BBQ. Kalau Maha masa masak Pais ini gunakan api yang sederhana agar ia masak sekata tida cepat hangus. Bekas periuk untuk steamboat tu pun besar dan banyak boleh isi sup dalam tu untuk rebus bahan steamboat.
Tonton Rancangan Balik Kampung Bersama Pensonic
Kebetulan hari sama lepas siap masak Pais ini untuk berbuka puasa tengok TV ada pulak rancangan baru dari Pensonic iaitu 'Balik Kampung Bersama Pensonic'. Kalau korang nak tonton rancangan ini ditayangkan setiap hari Isnin jam 6.00 petang di TV3 sebelum berbuka puasa. Boleh bagi ilham untuk memasak.
Kalau dah rancangan Pensonic sapa lagi pengacaranya kalau bukan Dato Chef Haji Ismail yang memang kelakar tu. Hari yang Maha tonton tu ada artis jemputan iaitu Ashraf Muslim yang berkongsi pengalaman balik kampung beliau kat Melaka. Seronok tengok mereka berceloteh sambil memasak memang tak kering gusi banyak ilmu dapat.
Pada akhir rancangan ada pula promo pertandingan Beli, Tonton & Menang. Boleh memenangi hadiah yang bernilai RM200,000.00 termasuk kereta Nissan X-Trail dan produk-produk peralatan rumah Pensonic. Lagi lah teruja Maha nak masuk sebab nak menang kereta tu.
Cara untuk penyertaan peraduan ini pun mudah jer.
1. Beli produk Pensonic bernilai RM50.00 dan ke atas dalam satu resit. 2. 'Like' Facebook Pensonic Malaysia & poster peraduan. 3. 'Share' poster peraduan di Facebook anda.
4. Tonton rancangan ‘Balik Kampung Bersama Pensonic’ di TV3. 5. PM gambar-gambar resit, kad waranti, butir-butir peribadi dan jawapan untuk soalan peraduan FB.
Pemenang untuk Hadiah Utama akan dipilih dari korang yang menyertai peraduan mingguan. Soalan peraduan Beli, Tonton & Menang akan dipaparkan setiap minggu di Facebook Pensonic selepas habis rancangan. Rancangan ini terdiri daripada 8 episod dimana 10 pemenang akan dipilih setiap minggu, iaitu sejumlah 80 pemenang bagi kesemua episod.
Hadiah-hadiah mingguan peraduan akan dinyatakan dalam poster peraduan Beli, Tonton & Menang. Jika korang telah menyertai peraduan mingguan Beli, Tonton & Menang tetapi gagal memenangi sebarang hadiah, jangan putus asa kerana korang masih berpeluang memenangi Hadiah Utama.
Peraduan ini akan berakhir pada 8 Julai 2018 lambat lagi masih sempat nak sertai sekarang. Maha pun dah beli produk Pensonic Stimbot & BBQ 2-dalam-1 ini jadi boleh gunakan resit dan kad waranti sebagai bukti pembelian. Korang tunggu apa lagi join lah mana tahu tuah korang tahun ini boleh menang kereta. Maha dah hantar korang bila lagi selamat mencuba semua.
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Teringin punya pasal nak makan Ayam Percik nak beli kadang-kadang rasa tak semenggah dengan rupa. Jadi Maha plan untuk masak sendiri resipi tradisional ini, nak try buat yang ala-ala Kelantan punya manis dan lebih buka selera waktu berpuasa ni.
Jadi pergi Mydin untuk beli semua barang-barang nak memasak resipi ini. Maha cari resipi ni kat google jer pastu try buat mana yang agak macam sedap jer. Ayam percik ini selalu orang panggang kat api arang atau dapur gas tapi kali ni Maha nak gunakan Pensonic Chef's Like Air Fryer. Kata orang lebih sihat tanpa minyak dan masak lebih sekata.
Air Fryer ini saiz agak besar jadi boleh muat lah untuk masak kalau setakat seekor ayam tu. Cuma kali ni Maha masak sikit jer sebab nak makan bujang. Bestnya Air Fryer ini ia ada 30 minit auto shut off dan bunyi apabila ia dah tamat memasak jadi tak perlu risau nak biar lama pun. Boleh masak macam-macam sebenarnya dengan air fryer ini seperti menggoreng, membakar dan juga memanggang.
Walau nampak besar tapi ia ringan di angkat dan atasnya ada pemegaang yang memudahkan kerja mengangkat. Kemudian kat tapak bawah pula ada kaki anti-skid yang membuatkan ia teletak di satu-satu tempat tak mudah bergerak. Cara nak menggunakan produk ni sangat mudah tak susah pun sebab ada pelaras suhu dan timer yang korang perlu set pastu siap. Kalau nak beli produk Pensonic Chef's Like Air Fryer ini boleh dapatkan secara dalam talian kat Lazada beli kat sini jerhttp://ho.lazada.com.my/SHQll2.
Ok dah cite pasal Air Fryer ini sekarang nak cite pasal resipi pulak. Bahan-bahan yang Maha gunakan pun mudah nak cari dan tak banyak rupanya. Jom kita tengok bahan-bahan untuk membuat resipi Ayam Percik Ala Kelantan ini.
Bahan-bahan untuk memasak Resipi Ayam Percik Ala Kelantan
Bahan Perapan: 3 ketul Daging Ayam 1 biji Bawang Merah 3 ulas Bawang Putih 1 inci Halia Garam secukup rasa
Bahan Kuah Percik: 1 kotak Santan 2 biji Bawang Merah 1 inci Halia 1 batang Serai 5 tangkai Cili Kering 2 sudu Gula 1 sudu Air Asam Jawa Garam secukup rasa
Cara-cara memasaka Resipi Ayam Pecik ala Kelantan
Ok tu bahagian bahan-bahan sekarang ni Maha nak tunjuk cara nak membuat resipi ni sampai jayanya. Korang hanya perlu tonton video ini sampai habis jangan skip tapi kalau laju tu pause lah dulu ok hehehe.
So macam mana rasa nak buat sendiri kan lepas ni Ayam Percik. Tak perlu nak beli kat Bazar Ramadhan lagi. Kalau yang keluarga besar tu boleh sangat masak sendiri lebih jimat dan juga banyak boleh makan. Maha dah teruja nak berbuka puasa dengan Ayam Percik Ala Kelantan ni.
Maha terinpirasi nak buat resipi menggunakan produk Pensonic Chef's Like ni sebab menonton rancangan Chef Mail Masak Bersama Pensonic yang sekarang ni tengah belangsung setiap hari Isnin jam 6.00 petang di TV3. Chef Mail masak bersama dengan celebriti jemputan dan juga pemenang praduan We Want You To Be On TV yang mereka buat kat Facebook Pensonic dulu.
Tapi sebenarnya korang masih boleh menang produk-produk Chef's Like macam yang Maha guna ni kalau korang menonton program ni sepanjang bulan Ramadhan. Lepas tu mereka akan bagi contest kat Facebook Pensonic Malaysia lepas sahaja rancangan tersebut. Jadi korang terus jer jawab kat sana dan boleh menang produk Chef's Like. Selamat mencuba memasak semua, selamat menyertai peraduan dan selamat berbuka puasa.
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tup tup tahun 2017 adalah tahun keempat penganjuran kempen Chef's Like dari Pensonic. Maha pun rasa seronok sebab tahun lepas berjaya menyertai kempen ini bersama produk yang dipercayai oleh rakyat Malaysia.
Bersempena dengan kempen ini pelbagai aktiviti dirancang untuk peminat dan pengguna produk Pensonic. Antaranya program memasak beramai-ramai, Peraduan ‘Cook with Celebrity and Dato’ Chef Haji (DCH) Ismail’, Peraduan ‘Instagram’ dan banyak lagi peraduan korang kena follow facebook dan instagram Pensonic Malaysia.
Macam Maha bagitahu tadi tahun lepas Maha sempat menyertai program memasak beramai-ramai di West Boulevard, One Citydi mana 500 orang peserta telah memasak bersama-sama dengan DCH Ismail. Seronok sangat sebab pengalaman memasak dan juga hadiah yang disediakan memang sangat-sangat banyak kepada sapa yang sertainya.
Ada hadiah cabutan bertuah, hadiah peraduan Instagram dan macam-macam lagi sepanjang program tersebut. Kalau korang nak tengok apa hadiah yang Maha bawa balik dalam program memasak tu boleh baca post Maha yang lepas ok memang seronok sangat-sangat.
Tapi Kempen Kembara Memasak Chef’s Like Musim Keempa tahun ini agak berbeza sedikit dengan tahun-tahun sebelum ini. Di mana Dato’ Chef Haji Ismail, akan mengadakan kelas dan demonstrasi masakan di lokasi-lokasi terpilih seluruh Malaysia. Berikut adalah senarai para peniaga yang terlibat dalam promosi kali ini :-
Ban Huat Electrical Sales and Services, Pulau Pinang (29 April 2017, 11.00 pagi, Sabtu).
Wah Lee Group, Penang (5 Mei 2017, 4.00 petang, Jumaat).
HK Home Enterprise, Kedah (6 Mei 2017, 3.00 petang, Sabtu).
AEON BiG Bukit Rimau, Selangor (20 Mei 2017, 2.00 petang, Sabtu).
Tesco Mutiara Damansara, Selangor (15 Julai 2017, 1.00 petang, Sabtu).
Giant Kota Damansara, Selangor (16 Julai 2017, 9.00 pagi, Ahad).
Chan Furniture & Electrical Store, Sabah (29 Julai 2017, 2.00 petang, Sabtu).
Bright Scott Electrical Sdn Bhd, Sabah (30 Julai 2017, 12.00 tengah hari, Ahad).
senQ, Sabah (30 Julai 2017, 4.00 petang, Ahad)
Tu untuk korang nak memasak secara live dengan chef tapi tahun ini juga pihak Pensonic telah menganjurkan peraduan “We Want You To Be On TV” di Facebook Pensonic baru-baru ini. Peraduan ini adalah untuk pengguna produk Pensonic berpeluang memasak bersama Chef Ismail dan juga artis jemputan masak dalam tv. Yang ni pun Maha pernah rasa tahun lepas masak dengan Chef Ismail dan juga Marsha.
Rancangan yang diberi nama “Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017” telah mula tayangan pada 8 Mei lepas di TV3 setiap jam 6.00 petang. Program ni tayang setiap hari Isnin jadi lepas balik kerja terus mengadap tv nak tonton rancangan ni. Selebriti-selebriti yang akan muncul dalam rancangan pada kali ini ialah Mark Adam telah keluar episod yang lepas, Ezuwan Ismail, Amy Mastura, Kilafairy, Kaka Azraff, Azad Jasmin, Fahrin Ahmad, Rita Rudaini, Raja Afiq, Emily Lim, Alan Yun dan Amber Chia.
Korang yang menonton rancangan ini juga berpeluang memenangi hadiah-hadiah yang menarik dengan menyertai peraduan “Tonton & Menang” yang diadakan di Facebook Pensonic Malaysia. Korang berpeluang memenangi peralatan Pensonic dan baucar restoran yang terpilih. Kali ni Maha tengok mereka memasak di restoran terpilih yang mempunyai kepakaran dalam masakan yang berlainan iaitu Korea, Arab, Nyonya, Bali, Jepun dan India.
Sebenarnya Pensonic telah lama mengeluarkan produk dapur Chef's Like dengan rekabentuk ringkas dan menarik untuk menjadikan memasak satu aktiviti yang menyeronokkan. Di antara peralatan dalam siri Chef's Like termasuklah :-
Kelas yang mereka adakan setiap lokasi tu adalah untuk memberi pendedahan kepada penggunaan produk Chef's Like ini. Juga peluang nak belajar memasak resepi yang sedap-sedap dan boleh guna untuk masak didapur sendiri. Jadi tunggu apa lagi jom sertai kempen yang mereka anjurkan ni tak rugi banyak hadiah boleh menang. Terima kasih Pensonic Malaysia.
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pada yang ikuti program Chef Mail Masak Bersama Pensonic tahun lepas mesti masih ingat lagi bukan. Tahun lepas Maha adalah salah seorang pemenang yang telah berjaya terpilih untuk program tu. Best kot kerana pertama kali boleh keluar kat tv dan orang ramai tonton bukan senang nak masuk tv hehehe.
Lagi best bukan sahaja dapat keluar tv tapi dapat memask bersama chef popular Chef Ismail dan juga artis popular. Masa Maha hari tu Maha dapat masak bersama dengan Marsha Milan Londoh cantik gila tapi sayang dah bini orang hehehe. Mereka semua datang rumah Maha dan buat rakaman memang penuh satu rumah tu meriah sangat ditambah celoteh chef yang tak kering gusi.
Sebenanya pengalaman memasak dan ilmu yang chef kongsikan kepada Maha tu yang sangat-sangat bermakna. Kita tukang masak amatur ini memang kena banyak belajar daripada yang pro seperti Chef Mail. Satu pesanan chef pada Maha masa tu kalau nak masak guna semua bahan yang disediakan jangan dibazirkan kerana bahan tu mahal nak beli dik non, masih terngiang-ngiang kat telinga ni pesanan chef tu.
Kalau tahun ni Maha boleh masuk memang Maha join tapi tak boleh. Kini
peluang korang pula untuk menjadi sebagai selebriti masakan di kaca tv. Pensonic telah menganjurkan peraduan "WE WANT YOU TO BE ON TV" bermula sekarang sehingga 3 Mac 2017 nanti. Jadi masa ni lah korang nak rebut peluang untuk menang peraduan bersama Pensonic juga dapat peluang untuk bersiaran di kaca tv. Kelainan tahun ini dengar cite mereka shooting di restoran-restoran penaja untuk program tv tersebut.
Korang tunggu apa lagi jom sertai sekarang mudah sangat nak masuk peraduan ini. Korang ikut step yang Maha sediakan kat bawah ini mesti ada peluang punya :-
1) LikeFacebookPensonic dan e-mel butiran anda seperti di bawah ke fb@pensonic.com
2) E-melkan :-
- Nama resipi.
- Bahan-bahan masakan.
- Gambar step by step masakan.
- Gambar masakan.
3) E-melkan sekali butir-butir peribadi anda :-
- Nama penuh (Ikut kad pengenalan)
- Nombor kad pengenalan
- Alamat tempat tinggal
- Nombor telefon bimbit
- Alamat e-mel
4) Tarikh tutup penyertaan 3 Mac 2017.
7 peserta yang bertuah dengan resipi yang menarik dan gambar yang cantik berpeluang untuk menang dan menjadi jemputan dalam program Chef Mail Masak Bersama Pensonic 2017". Tahun lepas resepi yang Maha buat adalah Cotton Cheese Cake ada Maha update kat instagram Mahamahu. So Maha cadangkan buat resipi lain mesti korang akan terpilih punya. Serlahkan bakat memasak korang sekarang dengan sertai peraduan ini. Cepat-cepat selagi masih berpeluang.
Seramai 500 Orang Memasak Dalam Program Memasak Bersama Chef Ismail Dan Pensonic - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa sini yang hari tu ada join "Raya Merdeka Cook With Chef" Maha tahu ramai muka2 yang kenal hehehehe. Maha pun diberi kesempatan untuk serta program memasak teramai di Malaysia. Lebih kurang 500 orang yang hadir memasak dalam setengah hari program tu.
Sebelum ni Maha ada promote pada sapa yang nak join program memasak ini masa sebelum puasa hari tu korang boleh baca kat post nak memasak bersama Dato' Chef Ismail dan Pensonic. Memang Pensonic dan Chef Ismail ni selalu buat program memasak ini kerana tahun ini adalah musim ketiga penganjuran dan yang terbesar katanya. Maha buat pertama kali join aktiviti memasak ini secara live dan bersama profesional chef.
Hari tu sampai pagi2 memang meriah suasana di One City USJ Subang Jaya dengan dekorasi dapur untuk memasak dan juga banyak barang Pensonic. Pulak tu sampai2 jer disapa oleh Chef Ismail yang sebelum ni dah datang memasak kat rumah Maha dalam program TV3 yang lalu kalau korang sempat tontonlah.
Selain daripada Dato Chef Ismail ada lagi artis2 lain juga memeriahkan majlis pada hari tu seperti Amber Chia, Ahmad Syahir, Lim Jian Wen dan Saran Kumar pelakon Ola Bola, kemudian ada Fendi Balas, pelakon Ungku Ismail dan ramai lagi lah. Lagi meriahlah majlis hari tu seronok sangat. Rugilah sapa tak dapat join memang rasa hari minggu yang menyeronokan.
Nasi Goreng Muhhibah
Roti Lembut
Mamee Chef Lontong
Pulak tu celoteh Chef Mail yang buat kita tak kering gusi nak gelak. Chef juga tak loker untuk kongsi petua2 dan rahsia memasak. Hari tu Chef menyediakan 4 menu yang special iaitu Nasi Goreng Muhhibah, Roti Lembut, Mamee Chef Lontong dan juga Ayam Masak Merah. Kami semua yang datang juga diberi peluang untuk memasak sendiri dengan bahan2 yang disediakan iaitu Ayam Masak Merah.
Paling bestnya dah siap masak boleh bawa balik lauk tu untuk makan juga kami dapat bawa balik satu set Pensonic Multi Cooker. Tu yang paling bestnya dapat hadiah percuma dari Pensonic. Pulak tu ada cabutan bertuah yang dapat bawa balik Pensonic Steamer. Yang lagi bertuah dapar hadiah untuk contest Instagram bawa pulang Pensonic Bread Maker pulak tu. Memang seronok lah semua yang datang tak habis2 dapat hadiah.
In Sha Allah kalau ada lagi tahun depan untuk program memasak ni korang janganlah ketinggalan untuk sertai tau. Boleh bawa balik macam2 hadiah dan cenderamata dari Pensonic. Terima kasih kepada Pensonic kerana memberi peluang kepada Maha untuk program memasak ini. Lepas ni kalau ada program memasak kita join yer ok. Jumpa korang lagi.