Seramai 500 Orang Memasak Dalam Program Memasak Bersama Chef Ismail Dan Pensonic

Seramai 500 Orang Memasak Dalam Program Memasak Bersama Chef Ismail Dan Pensonic - Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Sapa sini yang hari tu ada join "Raya Merdeka Cook With Chef" Maha tahu ramai muka2 yang kenal hehehehe. Maha pun diberi kesempatan untuk serta program memasak teramai di Malaysia. Lebih kurang 500 orang yang hadir memasak dalam setengah hari program tu.




Sebelum ni Maha ada promote pada sapa yang nak join program memasak ini masa sebelum puasa hari tu korang boleh baca kat post nak memasak bersama Dato' Chef Ismail dan Pensonic. Memang Pensonic dan Chef Ismail ni selalu buat program memasak ini kerana tahun ini adalah musim ketiga penganjuran dan yang terbesar katanya. Maha buat pertama kali join aktiviti memasak ini secara live dan bersama profesional chef.


Hari tu sampai pagi2 memang meriah suasana di One City USJ Subang Jaya dengan dekorasi dapur untuk memasak dan juga banyak barang Pensonic. Pulak tu sampai2 jer disapa oleh Chef Ismail yang sebelum ni dah datang memasak kat rumah Maha dalam program TV3 yang lalu kalau korang sempat tontonlah. 



Selain daripada Dato Chef Ismail ada lagi artis2 lain juga memeriahkan majlis pada hari tu seperti Amber Chia, Ahmad Syahir, Lim Jian Wen dan Saran Kumar pelakon Ola Bola, kemudian ada Fendi Balas, pelakon Ungku Ismail dan ramai lagi lah. Lagi meriahlah majlis hari tu seronok sangat. Rugilah sapa tak dapat join memang rasa hari minggu yang menyeronokan.

Nasi Goreng Muhhibah

Roti Lembut

Mamee Chef Lontong

Pulak tu celoteh Chef Mail yang buat kita tak kering gusi nak gelak. Chef juga tak loker untuk kongsi petua2 dan rahsia memasak. Hari tu Chef menyediakan 4 menu yang special iaitu Nasi Goreng Muhhibah, Roti Lembut, Mamee Chef Lontong dan juga Ayam Masak Merah. Kami semua yang datang juga diberi peluang untuk memasak sendiri dengan bahan2 yang disediakan iaitu Ayam Masak Merah.




Paling bestnya dah siap masak boleh bawa balik lauk tu untuk makan juga kami dapat bawa balik satu set Pensonic Multi Cooker. Tu yang paling bestnya dapat hadiah percuma dari Pensonic. Pulak tu ada cabutan bertuah yang dapat bawa balik Pensonic Steamer. Yang lagi bertuah dapar hadiah untuk contest Instagram bawa pulang Pensonic Bread Maker pulak tu. Memang seronok lah semua yang datang tak habis2 dapat hadiah.



In Sha Allah kalau ada lagi tahun depan untuk program memasak ni korang janganlah ketinggalan untuk sertai tau. Boleh bawa balik macam2 hadiah dan cenderamata dari Pensonic. Terima kasih kepada Pensonic kerana memberi peluang kepada Maha untuk program memasak ini. Lepas ni kalau ada program memasak kita join yer ok. Jumpa korang lagi.







4 comments.. read them below or add one

mama tisya mama tisya 04 August, 2016
500 ek..ingt dlm 200 je hehe...kerlas masak pki spek mata hitam..yg best dpt gadget dapur lg
Maha Mahu Maha Mahu 05 August, 2016
Hehehe memasak kena ada gaya juga huhuhuh..... best dtg event Pensonic ni..
QasehnyaRania QasehnyaRania 09 August, 2016
bestnya
terlepas pandang entry tu
lau x leh juge joined kan ,
Maha Mahu Maha Mahu 10 August, 2016
Tak apa lepas ni hari2 tunggu update dari blog Mahamahu ni mesti ada selain dari event ada juga contest2 leh menang hadiah..