Pengalaman Di Sebalik Tabir Shooting Bersama Dato' Chef Ismail Dan Marsha

Pengalaman Di Sebalik Tabir Shooting Bersama Dato' Chef Ismail Dan Marsha - Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan2 sekalian. Pengalaman baru buat Maha untuk tahun ini apabila dapat shooting lagi. Tapi kali ni lebih hebat dengan Dato' Chef Ismail yang lucu bangat orangnya hehehe. Sebelum ni Maha ada cite yang Maha terlibat dalam program makan Walla di TV1 bersama dengan Chef Abang Brian


Tu pengalaman pergi restoran untuk cari tempat makan yang menarik dan sedap, tapi kali ni Maha terlibat dalam program masakan pula. Kena jadi chef masak pulak dengan Dato' Chef Ismail yang dah popular dan pemilik Restoran Rebung. Segan juga mulanya sebab rumah tak berapa kemas almaklumlah orang bujang. Tapi bila chef dah sampai memang tak kering gusi kami gelak.



Shooting ni susah jugakan almaklumlah tak pro tapi atas tunjuk ajar dan juga telatah chef juga artis jemputan Marsha memang hilang rasa gugup. Marsha walaupun dah kahwin tetap cantik orangnya siap bagi Maha single lagu terbaru beliau iaitu "Sudah Ku Temui". Terima kasih Marsha nanti Maha akan dengar lagu tu hari2 kat dalam kereta ok.


Seronok juga lah bila dapat pengalaman shooting memasak bersama dengan seorang chef profesional. Banyak tips yang dikongsikan kepada Maha juga pada penonton. Nak tahu apa yang Maha dan chef masa korang kena tonton sendiri program ini kat TV nanti ok. Maha yang tak pandai masak ni pun dapat belajar dengan chef untuk masak yang sedap dan baik.


Ramai yang tanya macam mana Maha boleh shooting bersama dengan chef ini. Sebenarnya Maha menyertai pertandingan yang dianjurkan di Facebook Pensonic. Pertandingan Cook With Celebrity & Chef DCH Ismail yang diadakan pada bulan Januari yang lepas lagi. Dimana pertandingan tu peserta kena post resepi penuh bersama gambar kat facebook dan mereka akan pilih pemenang.



Tak sangka Maha adalah salah seorang permenang dan paling best Maha adalah satu2nya peserta lelaki yang menang hehehe. Masa shooting tu pun crew macam tak percaya Maha peserta yang menang. Nak tahu apa lagi hadiah yang Maha menang selain daripada shooting bersama chef korang kena tonton program ni yang akan disiarkan bulan puasa nanti.


Mereka juga sekarang tengah menganjurkan satu lagi pertandingan di laman Facebook Pensonic yang dipanggil Raya-Merdeka Cook With Chef. Dimana pemenang kali ini juga bertuah dapat masak bersama-sama dengan chef secara live. Cara penyertaan boleh pergi ke laman Facebook Pensonic dan baca dengan teliti ok. 


Apa pun ini adalah pengalaman yang sangat2 berharga buat Maha untuk langkah menjadi tukang masak walau tak profesional tapi kira pandai jugalah. Korang juga boleh cuba resepi2 yang Maha ada pernah buat dan post kat blog ni atau kat Facebook Fanpage Mahamahu ok. Selamat mencuba semua dan jangan lupa tonton program tv Maha tu nanti ok hehehe.


Facebook Pensonic : www.facebook.com/pensonicmalaysia






{ 12 comments.. read them below or add one }

PCL PCL 19 April, 2016
Wah tahniah Maha.. makin mantap skrg ni.. all de best n kipidap.
Maha Mahu Maha Mahu 19 April, 2016
Terima kasih mana ada biasa2 jer cuma cuba nasib hehehe..
Mek ila Jual Vitamin Mek ila Jual Vitamin 19 April, 2016
Wah seronoknya. Glamour lah bro Mahamahu selepas ini. Macam selebriti pula :-)
Noriza Rahman Momma Vogue Noriza Rahman Momma Vogue 19 April, 2016
Murah rezeki betul la MM tahun ni kan, macam2 hadiah dapat
Maha Mahu Maha Mahu 19 April, 2016
Alhamdulillah rezeki kena selalu cuba..
Maha Mahu Maha Mahu 19 April, 2016
Wakakak tak adalah glamor mana pun sampingan jer...
Maha Mahu Maha Mahu 19 April, 2016
Tak adalah ramai lagi bertuah. Kena rajin cuba lah In Shaa Allah dapat.
Delimasari Delimasari 21 April, 2016
tahniah..... x sabar nk tgk kat TV
Maha Mahu Maha Mahu 21 April, 2016
Terima kasih kak hehehe nantikan bulan puasa nanti...