Mencari Dan Menikmati Masakan Asli Pakistan Di Restoran Najia's Pakistani Tawa & Grill
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Malaysia sebut sahaja orang kenal denga kaya pelbagai makanan yang sedap dan lazat-lazat beralaka. Kita popular dengan masakan seperti Melayu, China, India, Thailand, Indonesia dan macam-macam lagi. Tapi tahu tak bahawa kat negara kita juga ada masakan popular daripada Pakistan. Mungkin kerana ramainya penduduk Pakistan yang mula mencari rezeki di negara kita ini maka masakan dari negara Asia Selatan ini menjadi popular juga di sini.

