Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label Maggi. Papar semua catatan

MAGGI SAH Malaysia! Membawakan Masakan MAGGI Paling Viral Setelah 51 Tahun Di Malaysia

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Rupanya diam tak diam MAGGI yang korang selalu makan waktu tengah malam kalau lapar atau juga buat MAGGI goreng tu telah mengeyangkan perut rakyat Malaysia 51 tahun sejak dari 1971 lagi. Sebab itu kalau semua mee segara kita akan panggil MAGGI walaupun ia jenama lain kerana bagi kita MAGGI tu dah sebati dengan jiwa rakyat Malaysia.


Rancangan Realiti 'Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2' Lebih Hebat, Lebih Tegas Dan Lebih Aksi

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Siapa sini mengikuti rancangan realiti TV Resipi Berani MAGGI Musim Pertama dulu. Korang memang wanita yang cukup beranilah. Tahun ini program ini tampil pula untuk Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2. Dengar cerita musim kedua ini lebih hebat, lebih tegas dan peserta lebih aksi. 



Kali ini daripada 2000 orang peserta yang sertai Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI hanya 12 orang sahaja yang bertuah dan telah terpilih untuk sertai rancangan Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2 kali ini. Musim kedua menjanjikan lebih banyak kejutan menarik dan akan memaparkan kecekalan dan perjalanan peserta dalam menempuh cabaran. Ini termasuk beberapa cabaran dalam bidang Pembangunan Peribadi, Kemahiran Berniaga dan Kemahiran Memasak.



Antara cabaran utama yang perlu dilalui peserta termasuk penyediaan hidangan istimewa masing-masing dan mencipta semula masakan asli Malaysia dengan menggunakan ramuan yang unik! Selain cabaran kulinari, para peserta juga perlu memberi tumpuan kepada elemen seperti kemapanan makanan, daya maju perniagaan serta memanfaatkan penghasilan kandungan untuk platform media sosial. 

Barisan Mentor Sheila Rusly, Datin Paduka Eina Azman dan Anne Idris


Apa makna sebuah rancangan realiti tanpa mentor merangkap juri yang hebat kepada semua peserta kali ini. Barisan mentor dan juri adalah terdiri daripada Penggemar Makanan dan Duta Jenama bagi MAGGI CukupRasa, Datin Paduka Eina Azman; Pengarah, Penerbit, Aktres dan Pemilik The Dim Sum Place, Sheila Rusly; serta Ikon Usahawan dan Pemilik My Mum’s Bakery, Anne Idris. Juga musim kedua ini masih mengekalkan pengacara yang sama makin cantik, makin ayu siapa lagi kalau bukan Nana Mahazan. 



Mereka ini akan membimbing 12 orang peserta sepanjang siri realiti ini menerusi Sesi Maklum Balas Mentor. Untuk Musim Ke-2, siri ini akan menampilkan juga empat orang juri jemputan iaitu Stacy Anam, Betty Rahmad, Aisya J dan Chef Sherson Lian.

Mengekalkan Nana Mahazan Sebagai Pengacara Musim Kedua


Majlis Pra-tonton Dan Memperkenalkan Rancangan Ini


Majlis pelancaran dan perkenalan program ini kepada KOL terlah diadakah pada 6 Julai lalu bertempat di Maggi Masak-masak Kitchen Mutiara Damansara. Pada majlis itu juga diperkenalkan 12 barisan perserta yang telah layak untuk masuk dalam rancangan musim kedua ini. Barisan peserta terdiri daripada para pemilik perniagaan makanan yang berpangkalan dari rumah.



Meraka datang dari serata Malaysia seperti Anastasia Maigi (Sabah), Kalarani A/P Subramaniam (Putrajaya), Mellony Anak Stephen (Sarawak), Nazrina binti Zamani (Selangor), Noraslinda binti Rusli (Selangor), Norli binti Mohd Azmi (Selangor), Kentila A/P Veerayah (Selangor), Nur Syahidah Aimullah binti Abdul Rahim (Kedah), Nurul ‘Syaza Shahirah binti A. Samsuddin (Melaka), Nurul Hajar Ismail (Johor), Rozana Sari binti Roslan (Pahang) dan Suzaimi binti Zahari (Terengganu). 



Matlamat utama rancangan realiti MAGGI adalah untuk menampilkan perjalanan para peserta dalam memajukan perniagaan makanan mereka. Diharap rancangan ini dapat memberi inspirasi kepada para wanita untuk memulakan sesuatu yang baharu bagi membawa perubahan positif dan menaiktaraf kehidupan mereka. Ini terbukti apabila dapat menyaksikan perubahan ketara pada pemenang musim pertama, dan bagaimana mereka mampu memberi inspirasi serta impak kepada kehidupan orang lain.



Selain menerima modal benih sebanyak RM8,000, juara Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2 akan turut menjalani program bimbingan peribadi selama 8 minggu bersama ikon usahawan, Anne Idris, memfokuskan pada peningkatan perniagaan makanan, mengurus kecekapan kos dan strategi penjenamaan. Pemenang tempat Kedua dan Ketiga masing-masing akan menerima modal benih sebanyak RM5,000.



Resipi Berani MAGGI ini adalah kemuncak kepada Program Mentor Wanita Cukup Berani MAGGI, yang bertujuan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk keluar dari zon selesa dan merealisasikan semangat ‘Tak Kenal, Tak Cinta’. Program yang dianjurkan hasil kerjasama MAGGI dan Google Malaysia ini menampilkan siri Bengkel Online Wanita Cukup Berani MAGGI yang bertumpu kepada pembinaan keyakinan diri, peningkatan kemahiran perniagaan melalui kemahiran digital dan menambah baik kemahiran memasak.

Ms Yashashri Vatve, Consumer Marketing Manager, Nestle (Malaysia) Bhd.


Ulasan Tonton Episod Pertama


Maha sendiri dah tonton semalam untuk episod pertama Resipi Berani MAGGI musim kedua ini kat TV3. 12 perserta diberi tugasan pertama mereka iaitu untuk sediakan hidangan dengan tema 'Saya Cukup Berani'. Dimana semua peserta perlu menyediakan makana terbaik mereka dan perlu hidangankan makanan depan mentor untuk dinilai. Saat ini memang nampak sangat semua peserta berdebar kerana pertama kali perlu mengadap mentor yang makan tegas dan juga lebih teliti dalam pemilahan masakan.



Mentor juga nampak kali ini bagi soalan maut juga sehingga ada peserta yang nampak kaku dan gementar depan mentor. Macam-macam masakan hebat yang dihidangankan kepada mentor seperti Laksa Johor, Rendang Campur Kak Amoi, Nasi Kerabu, Kelupis, Ayam Masak Kicap, Asam Pedas Melaka dan juga Ketupat Sotong. Paling mendebarkan adalah dalam episod pertama yang ditayangkan semalam mereka umumkan hanya enam nama sahaja yang layak untuk pergi ke episod kedua. Nak tahu nama tu korang boleh tonton siaran ulangan atau juga pergi ker youtube Maggi Malaysia.



Kalau anda adalah wanita yang cukup berani dan mahu menjadi seperti mereka jangan lupa untuk saksikan rancangan realiti Resipi Berani MAGGI Musim Ke-2 yang akan disiarkan pada pukul 4.30petang setiap hari Jumaat di TV3 selama 6 minggu bermula 8 Julai hari ini. Kalau terlepas masih boleh tonton siaran ulangan pada jam 11.30pagi setiap hari Sabtu. Korang juga boleh tonton episod yang lalu setiap minggu menerusi saluran YouTube MAGGI Malaysia https://www.youtube.com/user/maggimalaysia/videos dari 5.00petang setiap hari Jumaat, mulai 8 Julai. 

Info lanjut kat laman https://www.maggi.my






Nestle Perkenalkan Maggi OatMee Dan Nescafe Rasa Pandan Yang Pertama Buat Rakyat Malaysia

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok kali ni Maha nak masak sesuatu daripada peti misteri yang diterima macam dalam dalam program MasterChef Malaysia pulak kan. Tapi rasa cabaran kali ni satu idea terbaru untuk memberi kelainan dalam masakan Dapur Mahamahu.


Buka punya buka rupanya dalam kotak misteri ini ada produk daripada Nestle. Korang tengok ada Maggi tapi bukan yang biasa kali ini Maggi OatMee terbaru daripada Nestle Malaysia. Maggi menghasilkan mee daripada oat bijian penuh dengan gandum ditambah perisa kari yang lazat dan beraroma. 


Pertama di Malaysia mee daripada Oat


Maha buat pertama kali makan Maggi dengan OatMee ni, selalu kita susah nak makan oat begitu sahaja bukan. Tapi kali ni bila kita makan Maggi kita dapat kebaikan oat tu sendiri. Maha ada satu resepi istimewa nak masak maggi baru ini. Namanya Maggi OatMee Goreng Mamak. Cara penyediaan pun tak susah macam masak maggi goreng biasa jer.



Kali ni Maha tambah perisa untuk tumisan iaitu bawang, cili padi untuk kepedasan dan juga tambahan sayur-sayuran serta kesedapan telur goreng dalamnya. Korang boleh buat sendiri kat rumah tak lama cuma hanya 10 minit sahaja untuk buat resepi ni. Korang boleh tambah seafood atau daging dalam mee goreng ni untuk kesedapan yang lebih.


Kelainan minuman Nescafe bersama rasa pandan


Tapi tak sedap juga kalau makan je tak ada minum. Nestle juga telah mengeluarkan minuman baru yang istimewa iaitu Nescafe White Coffee Rasa Pandan. Dapat minum nescafe panas pastu ada rasa dan aroma pandan dalam setiap hirup. Korang akan rasa satu suasana tenang bila minum nescafe ni.


Nak sediakan minuman ni tak susah sebab dah siap dalam sachet yang hanya perlu sediakan seacawan air panas, pastu koyak sachet tu dan masukan dalam air panas kacau. Nanti akan keluar aroma pandan dan atasnya ada buih-buih putih yang melazatkan lagi minuman ini.


Pastu boleh minum sambil makan maggi goreng tadi layannnn. Boleh juga buat minum sarapan pagi sebab ramai orang suka nescafe panas pagi-pagi ni baru segar. Setiap rumah kena ada semua ni terutama orang bujang sebab ia sangat mudah untuk disediakan.


Nak dapatkan semua produk ni tak susah kalau korang cari kat pasaraya tak jumpa korang boleh beli belah secara online di Lazada.com.my. Sekarang Nestle menjadi salah satu jenama makanan yang ada dijual secara dalam talian di Lazada. Korang boleh pilih bukan setakat maggi dan nescafe yang Maha cite tu macam2 lagi produk keluaran Nestle ada di sini.


Tambahan pula masih ada lagi promosi 'Online Revolution' sehingga 12.12 ni dan produk Nestle pun tak ketinggalan untuk bagi yang istimewa. Kena shopping sekarang di Lazada untuk dapatkan semua barangan keperluan harian mahupun barang-barang elektrik. Maha adalah salah seorang mangsa yang terbeli di Lazada sempena dengan promosi ini boleh baca kat entry tiba tarikh 11.11. Selamat mencuba dan selamat membeli belah semua.






Voucher AEON Boleh Shopping

Voucher AEON Boleh Shopping - Salam sejahtera kepada semua pembaca dan rakan2 blogger sekalian. Entry kali ni simple dan pendek jer hehehehe. Nak ucap terima kasih kepada Maggi Malaysia kerana memilih Mahamahu sebagai pemenang di facebook Maggi. Contest Maggi Big Blowout yg di adakan pada hujung tahun lepas dan setiap peminat Maggi kena buat slogan.


Dapat masej daripada Maggi baru2 ni tentang contest ni and Mahamahu terpilih salah seorang pemenang. Sebab tu dpt voucher AEON bernilai RM100. Alhamdulillah rezeki tahun baru ni so boleh lah gi shopping kat AEON lepas ni. Sapa nak ikut Mahamahu jom shopping hehehe.






Masak-masak Studio Maggi Kari Terbaik

Salam semua pembaca blog Mah@mahu dan juga rakan2 yg sentiasa mengikuti blog yg tidak seberapa ini. Harap ia memberi anda panduan dan juga sedikit ilmu berguna untuk di kongsi bersama terutama dalam dalam dunia makan-makan. Huhuhu tapi best lagi kalau dapat masak makanan bersama rakan2 yg tak kenal dan boleh jadi kawn2 lepas tu hehehe. Itulah pengalaman Mah@mahu memasak bersama rakan2 di Studio Masak-Masak Maggi di Menara Surian Damansara.


 

Satu pengalaman yg paling best ingat program apa yg Maggi cuba buat rupanya kami semua yg di jemput ini di beri peluang untuk memasak dengan mereka masakan kami sendiri. Paling best kami di beri peluang masak mee Maggi Kari dengan cara kami tersendiri. Mah@mahu di gandingkan dengan 3 org rakan lagi yg memang tidak pernah kenal hari tu baru bertegur sapa. Terima kasih kepada semua rakan2 korang memang hebat. Tak sangkat kita dapat masak menu yg di beri nama Aggim Irak Maggi Kari Asam Awal Akhir huhuhuhu pelik lah nama menu kami. 



 


Nak tahu mana dapat nama ni, sebenarnya nama ni di berikan sempena dengan nama seorang selebriti yg turut sama masak dengan kumpulan kami. Kalau korang pandai teka sapa dia, betul tu lah dia Awal Ashaari yg dtang bersama isteri kesayangan Scha Alyahya. Meriah lah hari tu kami masak sama2 berterbangan barang2 dapur di kerjakan kami. Sapa sangka Awal ni sebenarnya pandai memasak yer tanya lah Scha. Hari tu kami bersama Awal bertungkus lumus nak siapkan masakan mee Maggi Kari dalam masa hanya 2 minit sahaja.



Apa pun korang guys memang happening and Awal dan Scha memang sporting gila hari tu. Selain tu juga Lisa Surihani turut dtg sama memeriahkan majlis masak2 bersama Maggi ni. Apa pun thanks to Maggi kerana menjemput kami untuk majlis masak2 dan juga merasa mee Maggi Kari ciptaan chef hebat iaitu Chef Muluk. So nak tahu resepi kami layari lah Facebook Maggi sekrang juga. 







Kemuncak Rumah Terbuka Maggi 2011 | Video Part 2

Salam 1 Malaysia dan salam kebahagiaan kepada semua rakan2 blogger dan pembaca blog Mah@mahu. Kehangatan makin terasa dan debaran makin tiba apa lagi Masterchef Malaysia prorgram realiti masakan pertama di dunia kini tiba di Malaysia. Tak sbr nak saksikan aksi2 serta kehebatan peserta dari seluruh Malaysia menyajikan kemahiran serta kekretifan masing2 dalam merebut takhta Masterchef Malaysia pertama. Facebook Masterchef Malaysia like ramai2 ok..

Tapi dalam kehangatan ini jng lupa saksikan video kedua majlis kemuncak Maggi Rumah Terbuka salah satu sponsor kepada program Masterchef Malaysia 2011. Video kedua ini telah tiba kepada kemuncak segala-galanya dimana pemenang diumumkan. Nak tahu jom layan video ini ok..


Terima kasih kepada kawn2 yg telah membantu terutama family mak dan ayah susah payah dtg dari kg dalam menjayakan program bergembira sambil beramal ini. Harap2 dapat di anjurkan lagi di tahun akan dtg. Terima kasih sekali lagi pada semua.


   

Kemuncak Rumah Terbuka Maggi 2011 | Video Part 1

Salam 1 Malaysia dan dalam kepada semua blogger. Hari ni hari mulia hari paling bahagi dalam hidup kita hendaknya amin. Kita kena sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kegembiraan hari2 kita lalu begitulah kita doakan kepada rakan2 serta keluarga kita hari2 moga dapat keberkatan darinya. Hari tu Mah@mahu ada update berkaitan Rancangan Maggi Rumah Terbuka yg telah berlangsung. Walaupun agak lewat tapi Mah@mahu tetap gembira pada majlis amal yg di adakan khas untuk meraikan anak2 yatim tercinta.

Kali ni Mah@mahu nak update video yg telah diupload di laman FB Maggi Malaysia sempena dengan majlis penuh bermakna itu. Enjoy sgt majlis pada hari tu best meriah nak layan video kat bawah ni ok...


Video part 1

Tunggu akan muncul video part 2 lah nanti ok. Tapi tak sbr nak tunggu rancangan Masterchef Malaysia yg akan tiba tak lama lagi. Mah@mahu memang minat rancangan masakan ni pada kawn2 yg minat gak saksikan nanti Masterchef Malaysia pada 22 Okt 2011 hanya di Astro Ria.

p/s* Layari http://www.astro.com.my/masterchef/ untuk maklumat lanjut...



Kemuncak Rumah Terbuka Maggi 2011 | Part 2

Salam kepada semua pembaca blog Mah@mahu.com. Hari tu dah puas tgk gambar2 sepanjang persediaan majlis kemuncak Rumah Terbuka Maggi. Gambar tgh memasak dengan berbagai ragam dan juga aksi huhuhu , penat tu memang penat tapi berbaloi-baloi. Kali ni lak nak cite Majlis di dalam dewan Saloma Bistro lak acara lebih formal. Semua yg dtang hari tu cantik dan begaya dengan baju raya almaklumlah masih mood raya hehehehe, tak ketinggalan gak Mah@mahu dan juga keluarga.

Pintu masuk Saloma Bistro di hias cantik
Mah@mahu bersama mak dan adik dengan hidangan istimewa kami
Acara belah tghari tu lebih santi dan relax setalah penat memasak daripada lagi. Dewan penuh dengan tetamu VIP dan juga VVIP iaitu anak2 yatim yg dirai. Termasuk rumah anak yatim pilihan Mah@mahu iaitu Rumah Anak Yatim Sentuhan Budi Kg Batu Kuala Lumpur. Mah@mahu pilih rumah tu kerana nak membantu anak2 yatim yg ada kat situ dan berkongsi kegembiraan berhari raya bersama-sama. 

Antara anak2 yatim yg hadir
Tetamu jemputan Maggi
Persembahan nasyid daripada anak2 yatim
Dimulakan dengan acara Food Presentation daripada semua 5 peserta dah mcm pertandingan memasak antarabangsa lak rasanya hehehehe. Dalam dewan tu gamat bukan sahaja dengan acara malah aksi anak2 yatim yg memang seronok sgt dapat berkumpul dalam majlis meriah mcm ni. Ada juga persembahan daripada anak2 yatim mereka juga berbakat yer. Ada juga pertandingan seperti memakai sampaing dan juga mengayam ketupat memang best.
Majlis perasmian bertemakan cahaya aidilfitri
Pertandingan memakai samping memang meriah
Keputusan diumumkan dan terima kasih pada Maggi
Setalah penat bertungkus lumus untuk menyediakan sajian istimewa tersebut berita gembira menyusuri team Mah@mahu apabila diumumkan sebagai pemenang utama pada hari itu. Tak sangka sgt2 dan gembira tak terkira diumum pemenang tapi yg paling gembira dapat menyumbang kepada rumah anak yatim pilihan Mah@mahu sendiri. Memang bersyukur sgt2 dpt membantu mereka sambil menunjuk bakat  memasak yg ada dalam diri ini rupanya hehehehe...
Rezeki adik2 ni dari rumah Sentuhan Budi
Terima kasih Mah@mahu nak ucapkan kepada semua team Mah@mahu kerana telah membantu untuk menyiapkan juadah tersebut terutama family Mak & Ayah serta adik dan abg yg juga memberi sokongan kepada Mah@mahu. Kepada kawn2 yg juga menyumbang tenaga pada hari itu memang2 amat Mah@mahu hargai. Kepada adik2 Rumah Anak Yatim Sentuhan Budi ini sahaja yg dapat disumbangkan kepada anda semua harap sedikit sebanyak dapat membantu adik2 semua. Insyallah lain kali akan sertai lagi program amal memang seronok kawn2 blogger lain pun joint lah kalau ada program2 amal ok, sama2 kita membantu mereka yg memerlukan.. Selamat berblog..

Posse bersama team Mah@mahu yg telah menang yahooo...

Kemuncak Rumah Terbuka Maggi 2011 | Part 1

Salam 1 Malaysia dan Salam Merdeka Raya. Masih terasa bahang raya dan juga merdeka walaupun pada hujung2 syawal ni kan. Masih ada lagi yg buat rumah terbuka dan masih lagi menjamu selera rumah terbuka sedara dan juga rakan taulan. Tak lupa juga sebuah syarikat permakanan yg terkemuka di negara kita juga menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Maggi yg telah berlangsung pada 24 September 2011 bertempat di Restoran Saloma Bistro. Ini sebenarnya majlis kemuncak kepada pertandingan dan juga program amal Maggi bersama anak2 yatim yg telah Mah@mahu sertai sebelum bulan puasa lagi. 


Saat yg ditunggu telah tiba dan juga debaran sgt2 lah terasa pada masa tu. Apa taknya persaingan antara 5 keluarga dalam pertandingan ini sampai kepada kemuncak dimana Mah@mahu dan juga keluarga akan memasak masakan istimewa kami dan dihidangkan kepada anak2 yatim serta hampir 1ribu tetamu yg hadir pada hari tersebut. Seawal pukul 7 pagi lagi Mah@mahu sekeluarga telah sampai ke sana untuk menyediakan hidangan istimewa kami iaitu Daging Masak Dendeng Bonda. 

Khemah2 peserta untuk memasak
Taklimat khas sebelum memasak drpd Chef Muluk
Tgh siap sedia dengan pakaian dan topi Junior Chef hehehe
Acara memasak bermula tgh menyediakan bahan
Sempat lagi pose untuk peminat hehehehe..
Sangat meriahlah gelagat semua peserta termasuk juga kami sekeluarga bertungkus lumus untuk menyediakan sajian tersebut. Nasib baiklah Mah@mahu dibantu oleh pembantu2 chef separa pakar ini dapat juga meringankan beban. Terima kasih kepada Aizoul dan juga Cimocimo kerana sudi membantu Mah@mahu dan keluarga dalam program ini. Sebenarnya program mcm ini bukan sahaja dpt beramal tapi juga dpt mengeratkan hubungan kami sekeluarga kerana kerjasama yg ditunjukkan sangat2 hebat.

Jng serius sgt Aizoul dan Cimo2 tepi tu mak dan adik pempuan
Time nak blend bahan nak ditumis byk nyer..
Masa potong daging..
Rasa penat masih terasa tetapi keseronokan serta kepuasan jelas tepancar di wajah semua peserta dan juga team Mah@mahu pada hari tu. Ni belum habis lagi ada part 2 menanti anda jadi jng lupa tunggu kemunculan kemuncak terakhir kepada program ini ada lagi gempak ok. Jumpa lagi salam....

Dah siap masakan Daging Masak Dengdeng Bonda
Ok tak hiasan mcm Master Chef kan hehehe..