Terbaru Terkini
Memaparkan catatan dengan label MASWing. Papar semua catatan

Masa Untuk Bercuti dengan Malaysia Airlines

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Pernahkan korang menggunakan perkhidmatan MAS? Malaysia Airlines (MH / MAS) adalah syarikat penerbangan negara Malaysia, yang ditubuhkan pada tahun 1937 oleh British di bawah nama Malayan Airways. 


Pada masa kini, Malaysia Airlines ialah Skytrax yang disahkan Five Star Airline disediakan untuk wilayah Asia, “Laluan Kangaroo” antara Eropah dan Australasia serta penerbangan transpasifik dari Kuala Lumpur ke Los Angeles melalui Tokyo.

Tahu tak korang Malaysia Airlines mempunyai 2 anak syarikat penerbangan untuk berkhidmat kepada segmen pasaran yang berbeza. Pertama adalah MASwings anak syarikat milik penuh yang memberi tumpuan kepada kawasan luar bandar di Sabah dan Sarawak serta kawasan BIMP-EAGA.


Kedua pula adalah Firefly, syarikat penerbangan serantau bajet rendah yang memberi tumpuan kepada tiket penerbangan tambang murah juga milik penuh Malaysia Airlines dan dengan pengurusan berasingan oleh FlyFirefly Sdn.Bhd.


Malaysia Airlines mempunyai slogan yang menekankan lebih kepada syarikat penerbangan itu sebagai sebahagian daripada pengalaman perjalanan dan bukan komoditi semata-mata: "Perjalanan Dilakukan Bersama Orang yang Anda Bercuti Bersama". 

Ia memiliki keanggotaan-status penuh Oneworld yang merupakan salah satu 3 kerjasama yang terbaik di dunia. Satu lagi syarikat penerbangan terkemuka antara yang lain bergabung dalam Oneworld adalah American Airlines, Air Berlin, British Airways dan Cathay Pacific.



Malaysia Airlines telah memenangi jumlah anugerah yang banyak. Sejak dari 2001-2004, 2007, 2009 dan 2012 ia telah dianugerahkan dengan Krew Kabin Terbaik Dunia oleh Skytrax. Pada tahun 2010 sahaja, Malaysia Airlines telah dianugerahkan sebagai Kelas Ekonomi Terbaik di Dunia dan Perkhidmatan Petugas Cemerlang bagi Asia oleh Skytrax, Syarikat Penerbangan Utama Dunia Asia, Syarikat Penerbangan Utama Asia dan Syarikat Penerbangan Kelas Perniagaan Asia yang pertama. Pada tahun 2012, ia telah memenangi “Best Airline Signature Dish” serta status Syarikat Penerbangan 5-Bintang (juga pada 2005-2007 dan 2009).


Malaysia Airlines menawarkan 3 kelas perjalanan: Kelas Pertama, Kelas Perniagaan dan Kelas Ekonomi. Bagi Kelas Ekonomi, penumpang akan menduduki kerusi 18 inci berjenama A380 yang baru. Hiburan dalam penerbangan syarikat penerbangan ini disokong oleh ”Audio Video on Demand” (AVOD) yang mengagumkan, video di kerusi dengan pilihan hiburan yang luas terdiri daripada Filem Blockbusters hingga kepada lagu-lagu popular. So korang boleh pilih kelas mana yang korang nak duduk mengikut bajet dan kemampuan korang. Jangan risau perkhidmatan mereka memang yang terbaik.


Malaysia Airlines juga menawarkan pelbagai cara untuk mendaftar masuk selain menggunakan kaunter daftar masuk di lapangan terbang. Tersedia 48 jam sehingga 90 minit sebelum berlepas, penumpang boleh memilih untuk melakukan perkhidmatan daftar masuk sendiri melalui daftar masuk web desktop atau mudah alih (tanpa kertas dengan pas masuk mudah alih kod bar 2D) dan MHmobile di mana pas masuk penumpang dihantar melalui pautan SMS dan emel, hanya boleh didapati untuk tempahan satu penumpang.

Peruntukan pemeriksaan bagasi untuk Kelas Ekonomi adalah 30 kg, Kelas Perniagaan 40 kg dan Kelas Pertama 50 kg (kecuali Amerika Utara & Selatan). Setiap penumpang dibenarkan membawa bagasi kabin sehingga 7 kg / 1 buah untuk Kelas Ekonomi, dan 2 buah (setiap 7 kg) untuk Kelas Perniagaan / Pertama. Cabin Baggage ni maksudnya beg yang boleh di bawa masuk sekali dengan kita dalam flight. Ada sesetengah orang gelarkan Hand Carry Luggage.


Bagi pengetahuan korang, lepas korang beli tiket. Terus la download apps dekat playstore ye. Actually senang untuk korang in future. Download apps then add la korang punya travel date. Apps ni bagus sebab  boleh remind bila boleh buat check in. Web chek in boleh dibuat 48 jam sebelum penerbangan dan free seat boleh pilih lepas chek in yang ni untuk sapa cepat dia dapat la. Tapi kalau korang tak nak berebut korang boleh la buat belian seat awal-awal.

So tunggu apa lagi jom dapatkan MAS online promotion untuk kadar harga yang menarik. Nikmati perjalanan korang tanpa membazir masa dan wang.







Tak Dapat Cuba Semua Makanan Yang Menarik Kat Sandakan Sedih

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Ok hari tu dah cite pasal Maha pergi ker Tawau dan makanan-makanan yang menarik kat sana. Kali ni pula nak cite makanan yang Maha sempat cuba masa sampai kat Sandakan. Lepas jer pergi Tawau tu habis kerja terus gerak ke Sandakan menaikai MASWing.


45 minit jer dari Tawau jer ke Sandakan tapi kalau tak nak naik flight boleh juga naik bas ada tapi lama tak silap Maha 6 jam perjalanan. Sampai kat Sandakan maha menginap di Pavillion Hotel dekat Bandar Labuk Jaya. Maha tak sampai bandar tepi laut tu sebab tugas Maha dekat area sini jer hehehe.




Kat situ pun boleh tahan juga walaupun agak kurang meriah dan kurang pilihan tapi tetap ada beberapa makanan yang Maha sempat cuba bila ada kat sana. Paling menarik adalah Roti Canai Cobra. Itu pertama kali Maha dengar nama makanan tu kerana nak tahu orderlah.


Roti Canai Cobra

Rupanya roti canai biasa yang dibanjiri atasnya dengan kuah kari yang kita boleh pilih antar kari ayam atau kari daging. Kemudian kat atas tu pula di letak dengan telur goreng mata kerbau. Memang sedap kari tu sebab masih panas dan jgua roti yang garing terbaik. Maha beli restoran betul-betul dekat dengan hotel malas nak jalan jauh.

Nasi Goreng Sotong

Kemudian Maha cuba Nasi Goreng Sotong. Sorrylah Maha tak sempat nak cuba banyak makanan kat Sandakan ni kerana masa sangat-sangat terhad. Jadi banyak masa habis kat hotel dan juga kat tempat kerja. So takat ni jer Mah aboleh cite nanti akan datang lagi sini sebab nak pergi Pusat Rehabilitation Orang Utan Sepilok dan juga Labuk Bay Proboscis Monkey yang ada monyek hidung besar tu hehehe.